Frusted



Mulakan hari ini dengan sekolah! argh, malas betol pagi tadi nak pergi sekolah. Dah la kene buat oral bahasa melayu. Grrr geram betol. Cakap tunggan langgan tak ikot teks yang aku buat. Macam macam alasan aku kasi dekat bapak supaya tak payah pergi sekolah.. Last last sampai jugak! heee..

Hari ini ingat nak plan makan kat luar lepas sekolah, tapi postpone sebab membermember lain tak cukup. Alahai, pundekkk betol! Wani, rabu neih belanja aku beb!! Char kuew teow satu!

Btw, balik tadi, bapak pulak ajak makan nasi ayam. Ingat makan dekat Jasri rupa nya naik pergi bandor dulu. ecessh! Malu punya citer sebab dekat 4 buah kedai tadi masuk nak cari Nasi Ayam! Adoi, lapor gile. Masuk kedai Maidah Chendering takde, pergi dekat area Koliba pown takde jugak. Lastlast makan dekat kedai area perumahan baru dekat Permin. Akhirnya terisi juga perot boyot kesayangan aku neih. HAHA

Cuci Mata


Hawa dingin menerpa, sungguh payah untuk mengekspresikan perasaan. Tiada ape yang menarik aku rasakan ada pada diri aku ini. Sama seperti gadis lain, cuma aku tidak serupawan sama seperti mereka. Laman laman sesawang yang ada tidak dapat memuaskan aku lagi. FB, MS, dll sudah basi.

Semalam, ya, hari semalam. Cuci mata dengan persembahan budak OKU. Agak mencuit hati melihat aksi mereka dengan gaya agogo pada zaman 80-an ; Semalam juga aku terlepas siri kegemaran aku. pergh! Sayang betol. Macam mana nak upload video kedalam post melalui blogger huh? Aku tak pandai, itu sebab aku tanye. Aku nak upload video yang aku rakam semalam larhhh.

Kerek larh.



Hi, hell-o  everyone. Kehidupan masih berjalan seperti biasa. Hari sememangnya panas! Dunia akhir zaman.. Aku nak buat sedikit ulasan bagi semalam. Urgh, bapak sedara aku datang rumah. Bawak la anak anak dia skali bini dia uh. Tiba tiba anak dia yg sulong umor 6 tahun, lakilaki datang kat aku.

"Kak kinah, tengok nieh! Ekal pakai coli! ;p" sambil angkat baju tunjuk kat aku.
Mak dia bukan main terkejut, tengok si Haikal ne pakai bra si mak neh. Adoy!

"Weh ekal! Pier ajor mung! Siap mu aku kejor mu, mu belari x setoh lantai arrr!"
Adik si Haikal pulak dok jelir jelir lidah dekat aku. *nak kne bdak nieh.

Tiba tiba, tak pasal pasal dua dua orang budak tu kene tarik telinge sebab pakai coli. Si adik pown satu hal, ikot sangat kerenah abang dia tuhh. Tuihhh... Siap kau Haikal, esok! Aku datang umah tok, kalau kau pakai coli pulak, aku cekik la puting kau tuh!

Tamat.

p/s: Jangan ikot perangai mereka tak senonoh tu! =___=

Bukan Bebanan.



Kejap lagi gua nak pergi tuition. Argh! Bukubuku dkt tuition hilang! Siakkk betolll. Perghh, selamat ada buku spear-pakk. HA3. Tadi, maksud gau beberapa jam yang lalu, hati gua terdetik lagi nak baca post post entry yang lama since awal tahun lepas. Gua jengok jengok jer. Bukan buat ape pown. Lu ingat senang ke gua nak buat macam tu? Bila baca sikit sikit entry tu, gua rasa macam bodoh dan kelakar. Luu tak payah tau la sebabnya. Itu hanya memori lama gua. Tak perlu di ungkit lagi.

Bapak gua bising. Dia cakap gua tak study. Dia cakap gua hari hari kerja mengadap laptop. Buku ada depan mata tapi tak baca. Siap perli lagi? Alahai, bapak, anak mu ini study lorrh. Tapi bapak, bila nak shut down jer laptop, nafsu dengan setan kacau bapak. Gua pown ada rasa macam ilmu Add Math gua ada yang lumpuh sikit.. -,-

Gua rasa Imam di hati gua tak sekuat dulu. Dan pendirian gua pown macam dah tak teguh. Selalu jer goyah dek nafsu dan setan! Gua nak berubah sekali lagi. Gua tak nak sembang, ini serious. Gua tak main main. Terlalu banyak dah gua bazirkan waktu gua.

Eksitet


Teruja bah! Sangat teruja, eksitet yang tak dapat di gambarkan, buat kali pertama aku menyentuhnya ;0 Nak beli pakai duit sendiri aku tak mampu. Aku tak kan lepaskan peluang ke emasan ini, yerah nak beli cam DSLR bukannya bapak aku nak kasi. Tadi pown pinjam yang cikgu punya. ahaks! Kalau dapat pown Insya-Allah lepas SPM. -,- lambat lagi doee. Agak kaku pergerakan bila menyentuhnya. Kau nak kata aku kuno, cakap terus terang, jangan main kutuk belakang.

Agakagak larh, kalau aku dapat tahun ne, memang hebat la aku! Tapi tahun ne motor dan lesan ;( takkan nak mintak juga camera, sian bapak aku. Baru nieh yang aku dapat tu cuma yang camera biasa jer. Jenama je Nikon. Tak pelah kinah. Kau sabar, nanti kalau dapat peluang lagi nak guna DSLR tu kau rebut cepatcepat. HAHAHA.

Rezki tak lari kemana kinah. ;)

Perhatian-nya



Peahhh hebat kaukau hari ini. Haru biru kelas sejarah. Poraaahhh! Weh sorry tolong sikit erh cikgu, nama saya bukan PEAH! eh eh cikgu jangan sedap sedap jer nak ubah nama mak bapak saya bagi. Nama saya yang best la punya nieh, cikgu bolehh panggil saya PEAH? Sorry ar cikgu, saya tak jawab punya soalan cikgu kalau cikgu panggil nama saya PEAH. Ape class nama macam tu? Saya tau cikgu nak attract my attention supaya tak tido;tak tongkat dagu;tak mengantok;tak letak kepala atas meja dan sewaktu dengannya. HAHA.

Ada ke patut siap bandingkan aku nieh, sebagai contoh belajar dalam bab 4 Sejarah uh? Konon-nya larh, ada mamat datang nak ngorat aku, harihari kasi coklat nisang. Pundekk nyah aku nak terima org mcm tu. Walaupun perbandingan, aku masih tau cikgu sebenarnya nak suruh aku tertarik dengap cara pengajaran dia. Tak ape la cikgu, cikgu bagi saya coklat nisang hari hari cikgu, saya jamin saya tak tido or mainmain masa cikgu. HAHAHHAHA




ps: kdp sapesape name Peah, jgn terasa weh!
pss:cikgu cara cikgu ngajar dah ok lahhh ;)
psss:cikgu, saya memang suka tido dalam kelas. Harap maklum! :)

Khabar Tak Elok


Tak ada apa yang perlu di bimbangkan. Keputusan aku tetap sama dan takkan berubah lagi. Pujuk rayu aku tak makan. Makan suap lagi larh! Mintak maaf kepada orang Kenamaan, sesetengah dari Kenamaan masih tidak mengetahui lagi pasal hal penting ini. Sampai waktunya akan ku kata kan hal itu. Kalau nak tarik balik pangkatpangkat yang aku ada tu, tarik larh. Aku dah tak kesah. Keputusan tetap sama. Bonda dah setuju apa yang aku akan lakukan ini. So, no problem at all. Sudah lama dia bising tentang perkara seperti ini, dan dengan keputusan yang aku lakukan ini, dia takkan mengeluh lagi seperti tahun tahun yang lepas. Maaf sekali lagi. Keputusan aku tetap sama.. Sudah penat aku melaksanakannya dan aku akan berhenti sahaja sampai setakat ini.

Jika choral speach menang dan dapat ke peringkat negeri, kemungkinan aku akan menarik diri. Bergantung kepada keadaan. Aku dah tak sanggup tanggung beban ini. Rasa macam tak di hargai langsung sejak tahun lepas! Agak agak la kan.. Rasanya inilah yang terbaik kan? :)




ps: maaf
pss: maaf lagi
psss: maaf maaf maaf

Hujan..



Kau bagi aku HUJAN band, comferm aku hantukhantuk gelenggeleng anggukangguk kepala aku nieh. Rock babe rock! Tuihhhh.. Tak sangka minat aku nie tahap gaban gila cipan! HAHA. Asal masuk dewan jer aku buat concert especially time training choral speach. Kasi gegar itu dewan!

Kelas hari ini macam biasa, aku pown tak berhenti bercakap kecuali time tido. Tika di dewan aku dah sepak buntot kemalu maluan aku jauhjauh. Kau jangan pikir pelikpelik. Aku ada perform tadi. Langsung tak hebat! Tuihhh. Menyampah betol! =___=

Harap kerjasama mereka yang terlibat amat di perlukan. Malu gaban tadi wooo.

Korekk


Aku baru lepas korek telinga. Maka, telinga aku tak sumbat dan pekak lagi. Banyak wooo taek telinge. Nak tengok??? HAHA

Sebelum aku mulakan cerita hari ini aku ingin kau tahu yang banyak pitisss terbang dan melayang pada hari ini. Itu petanda tak baik! Alahai, aku dah dapat broadband baru. Yerlah, yang lama tu dah rosak. Work like a bullshit. Pergh! Duit datang dan pergi begitu sahaja. Kau ingat aku tak kesah? Baru je dapat pitihss lepas tu terbang pulak masuk dalam mesin casher. Lumrah kehidupan. Jangan mengeluh, rezki ada di manamana. Minggu depan pitihsss akan kembali masuk dan terbang. Aku tak dapat buat apa apa. Semuanya lumrah kehidupan. Tuntasnya, simpan lah pitihss aka wang korang tu elokelok. jangan membazir macam aku.

Eh, perform kat dewan esok?!!! =____= Berita buruk argghh!
Aku tak nak di malukan dihadapan dia!!

Keperluan..

Ini salah satu keperluan! Argh, tak guna Dia buat hal lagi. Terpaksa la aku p0st entry kali ini menggunakan telef0n. Ini adalah pertama kali aku melakukannya. P0st kali ini tidak berseri tanpa gambar. Akibatnya kau tak dpt mencuci mata kau itu. Separuh drpd paper add math telah aku siapkan. Alhamdulilah (: maka malam ini aku dpt pergi tuiti0n dgn megahnya dgn segumpal ilmu di dada yg masih belum mencukupi. Bi0lagi telah di back up dri bab 4. Syukur sekali lagi. Dan akn aku teruskan usaha aku ini


PS:kau tak nak tnya ke ak pnt atau tdk menaip ne?

Bermakna




Mood bersinar, tak bermakna tiada satu habuk pown masalah. Tiada apa yang perlu di bimbangkan. Aku cuma bosan dan kelas hari ini tetap berjalan seperti biasa. Kepulangan aku ke rumah sangat awal hari ini. Alhamdullilah, akhirnya berjaya ponteng choral speech. Sebenarnya aku penat, dah petang kemarin cikgucikgu dah kata hari ini takde, kami boleh rehat. Tibatiba pulak cakap ada hari ini ada. Argh! Aku penat larh, maafkan aku. Sudah beberapa minggu aku pulang lewat ke rumah. Teringin jugak balik awal ke rumah. SEKIAN MAAF~

Bisuuu ke????


Kau tenum mata aku, kau ingat aku patung ke hah? Ikot sedap kau jer, wehhhh kau buat aku perasaan la. Kau sengih kat aku, tapi tak berani nak tegur.. Bisu ke hah? Takkan aku pulak nak kene tegur kau dulu. Tak tau larh hari ini apa malang nasib aku terserempak dengan kau. Biasanya jarang belaku. Tapi hari ini banyak kali pulak kita terserempak? Apee kessss nieh! Huh. Mood aku tak baik larh, aku harap kita tak serempak lagi. Menyusahkan aku jer. =__________=

Keruhhhh.


Mulut tersenyum dan ketawa tapi hati bergelora. Ada suatu yang tak kene. Alah kinah lupakan saja. Kau ada misi untuk diselesaikan. Subject biologi masih belom di back up. Rasa terok apabila tak faham.! Perghh. Aku nak elakkan tekanan. Agakagak bila aku dapat jumpa cikgu huh? Selalu jer sibuk. Kesibukkan di sekolah tidak menentu. Sekejap ke atas, sekejap ke bawah. Naik turun tangga memenatkan. Tapi itu satu latihan stamina. :) Aku tak kesah. Setiap perkara yang dilakukan ada manfaat yang tersendiri. Bagi aku itu bukan masalah besar, tapi aku patut bertemu dengan cikgu. Mungkin esok. Harap kesibukkan aku tak menggangu. Malam ini, tuition akan di adakan. Maka terpaksa larh berjaga lewat malam untuk selesaikan kerja tertangguh. Sebelum aku tamatkan cerita hari ini, aku ucapkan Selamat Jalan Nenek. Semoga selamat sampai ke Mekkah :)

Perubahan



Hari ini tak hebat! Langsung tak hebat. Aku tak suka larh... Lantak larh, kepala aku masih benggang, pipi aku masih terasa tebal akibat lantunan b0la jatuh atas kepala dan pipi aku. Permainan aku hari ini tidak sebaik kemarin, alahai, semua orang lakukan kesilapan bukan? Termasuk juga kau. Tapi aku tak nak kesilapan aku berterusan. Aku nak prestasi semakin meningkat bukan JATUH! Kali ini, ia amat penting bagi aku. Kemungkinan besar tahun depan aku akan bersara dari bersukan akibat sebab sebab tertentu tapi bukan SPM :( Perubahan baru bagi kali ini, satu subject tambahan telah aku ambil bagi mencukupkan 10 subject. Tapi bukan EST, ia ialah GEOGRAFI. Subject kegemaran aku. Tak ada apa yang berbeza selain hari yang membosan dan meletihkan. Bab 5 Biologi masih belum dapat ku fahami dan telus untuk masuk kedalam otak. Oleh itu, perjumpaan bersama cikgu amat di perlukan.Timbunan kerja rumah juga masih belum di selesaikan. Dan malam ini akan aku hapuskan segalanya!

Optimum



Keringat-ke membasahi baju, bau masam mula menular ke seluruh ruang ini. Masam gila bau aku. Tak mandi lagi nieh. Kepulangan aku ke rumah bersama bapak membuat kan aku lebih terarah kepada lapt0p. Menghadap di hadapan-nya membuat bosan aku menghilang rasa sebagai sebatang kara. Untuk itu setelah pulang dari bersukan, hormonhormon aku merenjis keluar dari badan bagai kan tak berhenti. HAHA. Bagi kelas hari ini, kedatangan pelajar baru ke kelas aku sangat dialu alu kan :) Aku kasi "Hi Hello" kpd semua budakbudak jiran sebelah yang naik kelas aku. Pertambahan kelas aku semakin optimum, mungkin dapat menunjukkan prestasi yang lebih baik dan makin banyak saingan aku larh jawabnya. Yang pasti tiada ayat "PUTUS ASA & PATAH HATI" lagi dalam hidup aku lagi! Semuanya perkataan itu telah terhapus dari minda aku. No need the words. Ayat ayat seperti itu boleh melemahkan mental dan fizikal aku. Rohani juga mungkin turut terjejas seperti apa yang berlaku tahun lepas. Sakinah cukup la kau membebel untok hari ini. "Berakkk la kau". HAHAHA

Kutu Hitam



Konklusi bagi hari ini tidak menentu. Bangun pada tengah hari yang lewat dan panas membuat-kan aku rasa serabut. Bagi golongan street fashion itu bukan masalah mereka. Dan aku bagai-kan kelu sepanjang hari ini. Selesai sahaja men-download lagu AUTOMATIC dari album Humanoid kumpulan Tokio Hotel membuat-kan sentimental aku kembali stabil seperti biasa. Longgakan kerja rumah masih belum terhapus bagaikan tidak kehabisan. Bagi ke-esokkan harinya aku sudah dapat bayangkan hari yang akan aku lalui. Segalanya telah tercatat dalam ceruk minda-ku. Bagi bulan April ini jadual-ku sememangnya ketat dan tidak kehabisan kerjakerja yang sibuk. Kau tak nak tolong ringan kan beban aku ke huh? Kesah semalam telah berakhir dan aku akan teruskan cerita bagi hari ini dan keesokkan harinya. Semuanya ke tentuan Ilahi. Pastinya kau tidak paham bukan apa sebenarnya aku ingin sampaikan? Sebenarnya kan, aku rasa aku terlupa gosok gigi pagi tadi. HA3. tu larh pasal ayat aku berbelitbelit macam ular. Nanti lewat malam sebelum tido aku gosak la gigi putih ini :)

Perah!



Selamat pagi kepada semua kaum adam dan hawa. Mata aku sudah kuyu dan mengantok. Baju aku masih basah kuyup kesan drpd berlarilari redah hujan nak balik rumah cepat. Act, aku pergi tuition tadi. Masa otw nak balik rumah tu hujan lebat siot. Dah la aku tumpang member. Terpaksa la redah hujan. Al-kisah sejak aku masok tution ezze tu, jumpe la budakbudak sekolah lain. Tak la ramai sangat dalam satu kelas tu. ;) tapi kan budakbudak dekat tuition tu macam.. erghhh, tak reti la nak bagi tau! Macam ignore jer aku dengan membermebrer aku. Tegur pown tak. Alahai, mungkin sebab aku pakai tshirt murah, seluar track macam nak pergi training sukan kau orang tak tegur aku. Aku tak kesah pown. Sikit aku tak kesah, aku datang sana pown nak belajar, bukan nak pergi date pown.. Btw, haiyooo si shey tu selalu mengadu dekat aku, budak sebelah dia tu slalu jer main sms mase cikgu ngajar smpai dier naik tension. Aku buat dekkk jer. Buat tak nampak sebab aku tak suka jaga tepi kain orang.Tadi cikgu tanya, add math dah belajar sampai bab berapa. Aku cakap jer larh bab 5 dah. Budak yang belakang aku tu macam "nganjing" jer kat aku sebab laju giler belajar. Arghhh lantak kau la budak! Aku tak kesahhhhhhhhhhhhhhh.

Berbau kembali


Hahaha. Kembali aktif di medan blog! Sekian harap terima kasih. ;p btw, aku baru lepas "kejong" broadband celcom dengan bapak aku. HAHAHA. akhirnya "dia" kembali berfungsi. Bapak aku bisingbising sebab aku berkasar dengan "dia"! alahai, kalau ikut kan hati aku, aku patah patah kan jer "berok" band tuuu..  Harapkan aku tak se-jahat tu jer. HAHA ;D Ouh esok aku nak pergi bertunang dekat KEMAMAN. :) tak sabar dan nervous! Betol, tak tipu.. Aku seryes nim. Baru jer kenal 1st day, teros ajak pergi tunang! Gile kan? Tapi aku suka dan bahagia tau! Bagi tarikh 1 April, Dini kau dalam kenagan aku! Aku suka buat lawak tu dekat kau masa 1 April yang zaman ko-ongg tuu ;p  Harap kau dan sahabat perjuangan yang lain bahagia dekat teknik airport tu.

p/s:aku nak pakai lawalawa esok! ;)