Bukan Bebanan.



Kejap lagi gua nak pergi tuition. Argh! Bukubuku dkt tuition hilang! Siakkk betolll. Perghh, selamat ada buku spear-pakk. HA3. Tadi, maksud gau beberapa jam yang lalu, hati gua terdetik lagi nak baca post post entry yang lama since awal tahun lepas. Gua jengok jengok jer. Bukan buat ape pown. Lu ingat senang ke gua nak buat macam tu? Bila baca sikit sikit entry tu, gua rasa macam bodoh dan kelakar. Luu tak payah tau la sebabnya. Itu hanya memori lama gua. Tak perlu di ungkit lagi.

Bapak gua bising. Dia cakap gua tak study. Dia cakap gua hari hari kerja mengadap laptop. Buku ada depan mata tapi tak baca. Siap perli lagi? Alahai, bapak, anak mu ini study lorrh. Tapi bapak, bila nak shut down jer laptop, nafsu dengan setan kacau bapak. Gua pown ada rasa macam ilmu Add Math gua ada yang lumpuh sikit.. -,-

Gua rasa Imam di hati gua tak sekuat dulu. Dan pendirian gua pown macam dah tak teguh. Selalu jer goyah dek nafsu dan setan! Gua nak berubah sekali lagi. Gua tak nak sembang, ini serious. Gua tak main main. Terlalu banyak dah gua bazirkan waktu gua.

Tiada ulasan: