Perubahan



Hari ini tak hebat! Langsung tak hebat. Aku tak suka larh... Lantak larh, kepala aku masih benggang, pipi aku masih terasa tebal akibat lantunan b0la jatuh atas kepala dan pipi aku. Permainan aku hari ini tidak sebaik kemarin, alahai, semua orang lakukan kesilapan bukan? Termasuk juga kau. Tapi aku tak nak kesilapan aku berterusan. Aku nak prestasi semakin meningkat bukan JATUH! Kali ini, ia amat penting bagi aku. Kemungkinan besar tahun depan aku akan bersara dari bersukan akibat sebab sebab tertentu tapi bukan SPM :( Perubahan baru bagi kali ini, satu subject tambahan telah aku ambil bagi mencukupkan 10 subject. Tapi bukan EST, ia ialah GEOGRAFI. Subject kegemaran aku. Tak ada apa yang berbeza selain hari yang membosan dan meletihkan. Bab 5 Biologi masih belum dapat ku fahami dan telus untuk masuk kedalam otak. Oleh itu, perjumpaan bersama cikgu amat di perlukan.Timbunan kerja rumah juga masih belum di selesaikan. Dan malam ini akan aku hapuskan segalanya!

Tiada ulasan: