Semalam Bukan Hari Ini.



Ini kesah dongeng. Kesah dua remaja bercinta di alam yang berbeza. Pasti kau fikir kisah cinta ini ialah kesah alam bunian bukan? Arghhh, merapu la semua itu. Ini kesah cinta dua remaja di alam maya.

Alkisah-nya bermula dengan sebuah perkenalan yang tidak disengajakan didalam chatroom.  Dara dibagi nama gadis itu. Seorang gadis yang sungguh nakal dan begitu lawa rupa parasnya. Teruna pula nama si lelaki itu. Perkenalan ini bertukar dari kawan biasa menjadi kawan rapat. Dara sentiasa mendengar luahan si Teruna, yang selalu menceritakan kehidupan sebenarnya di luar. Kisah suka duka si Teruna setia di dengar oleh Dara yang tidak pernah jemu. Minat dan perangai mereka sama. Mereka seorang yang gila gila dan sporting bersahaja. Membuatkan masing masing selesa antara satu sama lain. Dara juga tidak lekang bibirnya menceritakan pelbagai gelagat lelaki yang cuba memikatnya. Sudah menjadi kebiasaan dua sahabat baik ini berkongsi cerita.

Di suatu kala, didalam chatroom, seorang gadis mengadu kepada Dara mengenai gadis itu telah jatuh hati dengan Teruna. Maka apabila gadis itu mengetahui bahawa si Dara merupakan kawan rapat si Teruna di alam cyber, maka si gadis itu meminta pertolongan Dara untuk memberi tahu Teruna mengena perasaannya itu. Malah lebih dari itu, gadis tersebut turut meminta number telefon si Teruna. Dara menceritakan hal in kepada Teruna dan Teruna mengakui bahawa gadis tersebut sudah lama meminatinya. Tetapi dia tidak mempedulikannya.

Akhirnya, terdengarlah kabar berita bahawa Teruna berkaple dengan gadis itu. Dara hanya membuat endah tidak endah, kerna Dara tahu si Teruna pasti sedang memainkan perasaan gadis itu. Malang sungguh nasib gadis itu. Cinta nya dipermainkan. Sudah lama Dara mengetahui sikap buruk Teruna yang suka memainkan perasaan perempuan. Tapi itu bukan masalah Dara, krna Dara seorang yang bersahaja. Dara juga seorang pemain cinta yang handal. Cuma dia tidak mahu melakukannya lagi kerana itu cerita lama.

Selepas beberapa ketika, Teruna menceritakan sendiri kepada Dara bahawa dia telah banyak memainkan perasaan perempuan dengan menggunakan wajahnya yang tampan. Dara masih mendengar setia, kadang kadang menyampuk dengan lawak lawak yang bodoh. Itulah Dara, suka berjenaka dan ketawa.

Suatu hari, Teruna buzz si Dara di dalam YM. Perkara ini jarang berlaku di sebabkan mereka selalu sahaja berbual di telefon. Teruna bagai sedang berduka, macam ada sesuatu yang tak kene. Dara masih menanti setiap patah ayat yang keluar di skrin laptopnya. Akhirnya Teruna meninggalkan Dara begitu sahaja di ruang YM. Keesokkan hari nya, si Dara demam panas. Demam akibat dibasahi hujan yang lebat hari semalamnya. Akibatnya, Dara tidak sedarkan diri untuk beberapa hari.

Si Teruna naik resah dan gundah hatinya, text yang di hantar tidak dibalas. Berpuluh-puluh kali Teruna cuba menghubungi Dara. Semuanya bagaikan hampa. Mungkin Teruna merasakan bahawa, salah satu text-nya telah membuatkan hati Dara hampa. Teruna masih setia menanti dilaman chat dan Ym. Akhirnya semua sia sia. Teruna berhenti mengharap lagi, dan merasakan semua ini telah berakhir.

Ketika Dara kembali sedar, di bagaikan kehilangan kudrat. Lemah seluruh jiwanya. Bagai ada sesuatu bencana menimpanya. Ketika pulang ke rumah, Dara membuka laptop kesayangannya. Lalu turut menantikan si Teruna bagi ingin meminta maaf keran telah lama menghilangkan diri. Teruna tidak muncul muncul jua. Akhirnya, Dara mencari telefon bimbitnya. Dan menyedari bahawa banyak panggilan yang tak terjawab dan massage yang tidak dibalas.

TEXT DARI TERUNA:

Dara, aku nk bg thu kau some things.
mybe kau rasa bodoh tpi ini yg brlaku trhdap aku skrg
aku seryes ne, x main main. AKU CINTA KAU DARA.
maaf krna aku jth cinta dkt kau sbb aku x prnh jmpe org mcm kau.
aku dh lame syg kau sjk aku knl kau. cara kau buat aku selesa.
tp klu kau xtrima cinta aku takpe lah aku xmarah. 
ak cuma nk luahkn ape yg perlu aku luahkn.
mgkin lepas ini ak xkan contact kau lg.
maafkn ak Dara.

5 ulasan:

Wani berkata...

sedih nya ,
lepas tu ?
ta de sambungan ke ?

.kinah. berkata...

ada la sambungan nya. ;D
tp phm2 jer la exam weeks
busy sikit. nanti kinah smbung.

Tanpa Nama berkata...

cerita cinta teruna dan dara ke.. cerita cinta sakinah dan ......

hem3...

pknlan di alam maya??
sporting , brsahaja??

wah~!

hahha

.kinah. berkata...

EHEM, kan aku dah kata cerita ni rekaan semata mata. Jgn nak kaitkan dengan aku pulak, Hakhakahakahak ;D

Shahirah berkata...

mu reka ke? tabik spring ah ;D