Dairi Cinta Seorang Lelaki.


29 Februari,

Semalam kau merajuk dengan aku, tapi aku suka tengok kau merajuk. Alah, aku tau rajuk kau sekejap sahaja. Kemudian, aku cubit pipi kau lagi. Kau geram lalu kau tahan lagi geram kau tu sampai merah pipi kau. Dalam hati aku cakap, cantik betul ciptaan tuhan. Lagi cantik kalau kau pakai tudung. Sumpah aku tak tipu. Bila aku dengan kau, aku tak pernah bergurau lebih lebih. Aku tau kita bukan muhrim. Jadi aku pelihara kau baik-baik. Kalau boleh aku tak nak aurat kau terdedah. Betul, aku tak pernah tipu sayang.

Hari ni aku seronok, bila kau datang awal pagi sambil bawak kek special untuk aku. Kau bilang kek tu kau buat sendiri. Mak aku dah kenal dengan kau, mak aku pown ada cakap kau memang sesuai dengan aku. Mak, jodoh tu di tangan Tuhan. Andai aku mati hari ini, aku tetap akan terpisah  dengan dia yang aku sayang. Semoga umur aku panjang Tuhan.

Lepas sambut birthday aku ke-21, kau bawak aku keluar jalan-jalan. Kau cakap, aku dah tua. Aku cuma gelak sahaja. Dalam hati aku bilang, alah tua ke muda ke kau tetap sayang aku kan? Tapi ia cuma bergema dalam hati. Aku tak luahkannya dibibir. Bagi aku lafaz cinta aku sukar nak diluahkan. Aku cuma ucap bila perlu. Dan simpan bagi pupuk lagi rasa sayang terhadap kau. 

Aku Dengan Kau. 2



Makin hari, hidup aku dah berubah. Bukan macam dulu dulu lagi. Asyik berkepit dengan jantan. Lepas Danial, aku rasa dah malas nak couple couple neih. Ingat aku neih hamba abdi cinta kaa?? Rasa jugak nak berubah. Takkan nak jadi player seumur hidup, bukan?

Malam itu, Danial call aku. Eh jantannn neih, degus aku dalam hati. Aku pick up call dia. 

Danial: "Hello."

Aku: Hurmm,,

Danial: Takkan "Hurmmm" jer kowt? Say something dear.

Aku: Ko nak ape bangsat?

Danial: Saja aku call nak sakitkan hati kau. HAHA.

Aku: Ouhh. ok, semoga berjaya.(then i off the fon)

Betol jantan ne tak guna, kan? Saja nak sakitkan hati aku. Kadang, aku terfikir ape motif dia buat macam tu? Nak bazirkan prepaid ke ape? Duh. lantak dia larh. Esoknya, aku dengar berita, Danial couple dengan budak perempuan mana tah. Si amoi chiii duk bising bising dekat aku pasal si Danial neih. Macam la aku ambil peduli pasal mamat tu. Kemudian, petang itu juga aku nampak dia berkepit dengan awek baru dia. Sengaja dia bawak awek baru dia tu jalan depan rumah aku. Errr. menyampah!

Semalam Bukan Hari ini. (Part 3)


Lepas hari itu, hubungan mereka kembali baik semula. Hari hari mereka kembali indah semula. Dara sudah pasti Teruna cintakan dirinya. Teruna juga merasakan benda yang sama. Hilang sangsi kedua-dua pasagan ini. Mungkin ada hikmah disebalik perjumpaan mereka di sekolah Teruna itu. Hari yang mereka lalui bersama kembali ceria. Mungkin di mata mereka indah belaka. Tapi masih ada hati busuk yang tidak senang melihat kebahagiaan pasangan tersebut. Manusia, sudah pasti ada rasa cemburu dan tidak senang, bila melihat orang lain bahagia.

Petang itu, Dara pulang ke rumahnya. Dia sudah bosan tinggal di asrama. Memandangkan minggu tersebut minggu pulang ke rumah, maka hati Dara jadi lebih senang daripada dia fly (keluar asrama senyap2) dari asrama untuk pulang ke rumah. Seperti biasa, pasti Dara akan membuka laman laman yang disukai ect, Myspace & Tagged. Sudah rutinnya, apabila pulang ke rumah dia akan membuka internet dan ber"chating" dengan mana mana rakan di laman sosial tersebut. Tapi, kali ini berbeza. seseorang dari sekolah yang sama dengan Teruna kesayangan-nya telah membuat permintaan untuk menjadi temannya.

Pada awal-nya, Dara tidak ambil peduli tentang perempuan yang "telah" menjadi temannya itu. Tetapi, secara tiba tiba, perempuan tersebut bertanyakan hunbungan Dara dan Teruna. Dara menjadi binggung. Bagai mana perempuan tersebut boleh mengetahui hubungan mereka. Hati Dara makin tidak sedap. Siapakah perempuan itu? Mengapa menanyakan hubungan-nya dengan Teruna. Setahu Dara, Teruna tidak rapat dengan perempuan di sekolahnya itu. Lebih lebih lagi, Teruna juga jenis yang sukar untuk dirapati oleh perempuan. Mungkin dek kerana Teruna seorang yang bermulut lancang juga dan begitu anti dengan perempuan-perempuan yang cuba mendekatinya.

Perempuan itu menayakan pelbagai soalan yang rumit sehingga membuat hati Dara tidak tenang. Soalan yang ditanyakan begitu mencurigakan. Seperti Dara ditangkap dan disoal siasat oleh perempuan tersebut. Bagai ada yang tidak kena. Lantas dibuka profile perempuan tersebut. Terpangpang di page perempuan tersebut gambar Teruna kesayangannya! Hati teruna panas! Sungguh panas, dan tidak pernah dia rasakan sedemikian rupa.

Terus Dara menelefon Teruna. Teruna mula pelik dengan angin Dara yang tidak menentu, dan marah marah kepadanya. Teruna masih lagi sempat bergurau ketika Dara menanyakan hal kesetiaannya terhadap Dara. Akhirnya bila dipujuk oleh Teruna untuk mengetahui hal sebenar lalu Dara menceritakan bagaimana dia disoal siasat oleh perempuan itu. Di beritahunya tentang nama perempuan tersebut kepada Teruna dan bagai mana dia disoal siasat. Dara bagaikan mahu menagis ketika dia menceritakan hal tersebut. Tiba tiba ketawa teruna meledak dengan besar. Lagi geram Dara pabila Teruna mentertawakan dirinya. Lalu Dara memutuskan talian telefon tersebut. Menagis larh Dara malam itu.

Tidak lama kemudian Teruna menelefon Dara, Dara buat endah tidak endah. Akhirnya, Dara mengangkat juga panggilan dari Teruna itu. Dara hanya senyap sahaja. Membiarkan Teruna menerangkan segala-galanya. Teruna tidak mahu masalah perempuan itu menjadi pergaduhan besar mereka berdua. Lalu diceritakan mengenai perempuan tersebut. Perempuan tersebut merupakan classmate si Teruna. Mereka tidak begitu rapat kerana, semua member-member perempuan tersebut merupakan golongan yang banyak mulut. Teruna memberi gelaran kepada mereka "Keliwon". Bagai hendak pecah perut  Dara, apabila dia ketawa. Di bibir Teruna terukir sekuntum senyuman pabila mendengar Dara ketawa.

Kemudian Teruna menyambung kembali ceritanya bahawa, kumpulan perempuan tersebut tidak puas hati dengannya. Teruna juga telah meminta perjelasan daripadan mereka semua. Rupanya mereka merancang untuk mengenakan Teruna dan Dara. Sengaja perempuan yang menyoal siasatnya itu meletakkan gambar Teruna yang ditangkap secara curi curi itu kedalam page-nya.

Dara masih lagi tidak puas hati, kemudian menayakan sendiri apa yang berlegar difikirannya kepada perempuan tersebut. Akhirnya perempuan tersebut menceritakan sendiri. Terkejut juga perempuan tersebut pabila mengetahui hubungan Teruna dan Dara hampir retak akibat rancangan mereka itu. Akhirnya perempuan tersebut meminta maaf atas kesalahannya itu. Perempuan itu juga mengatakan, mereka suka menyakat Teruna kerana Teruna selalu sahaja ponteng kelas dan sebagainya. Dara hanya tersenyum membaca perbualan mereka berdua. Dia lebih kenal hati Teruna itu yang sering buat perkara yang berlawanan dengan disiplin sekolah.

Akhirnya, Dara menanyakan bagaimana mereka boleh mengetahui hubungan Teruna dengannya.Perempuan itu menceritakan bahawa, salah seorang dari kumpulan kawannya mempunyai talian saudara dengan kawan baik Dara.Kawan baik Dara telah menanyakan tentang bagaimana Teruna di sekolah dari sepupunya iaitu salah seorang daripada anggota kumpulan tersebut. Tahu larh Dara bagaimana mereka boleh mengetahuinya.Dara masih lagi belagak merajuk pabila berdepan dengan Teruna. Dalam hati Dara, dia bangga kerana orang dia sayangi itu tidak begitu melayani perempuan perempuan di sekolahnya.

To be continue.

Saya Berharap,






I wish i could have you again.
I wish i could meet you again.
I wish i could talk to you again
I wish i could laugh together with you like before.
And Im making a wish cause, 
I hope we're togethere again just like the old days.
But not as in a relationship, 
But, as a bestfriend ever!
If i could go to the past time,
I will tell myself to not accept you as a Bf.
I madly desire to repair our friendship.
I miss you as friends dude. :(










p/s:I really regret with what happen to us now. :'(

Bapak bilang,


Bapak aku bilang nascaffe itu banyak kafien.
Kafien tak baik untuk kesihatan, bapak bilang lagi.
Jangan minum Kinah! Bapak aku nasihat lagi.

Aku bilang balik, rokok itu ada nakortin.
Baik untuk kesihatan, hisap la banyak lagi yer pak!
Nanti aku bilang berapa batang rokok yang boleh muat dalam mulut bapak.
Hisap larh puas puas yer pak. 





p/s:Act, aku dah LOIKE nascaffe. Cilakak betol. -.-"

Kimia kita.


Petang itu, langit mendung. Awan hitam berarak perlahan-lahan, menunjuk petanda untuk hujan. Dia tenum dalam-dalam langit mendung itu. Yeah, hati dia sedang gundah gulana, hitam seperti awan yang berarak itu. Makin hari makin terasa pedihnya. Dia bernama Sang Pencinta begitu sabar meniti hari hari kelam yang berlalu. Dia tahu hatinya dirobek dan diperbadutkan oleh gadis itu. Tapi dia hanya biarkan sahaja. Biarlah jatuh berkali-kali, dihumban ke dalam lecah dan becak. Itu sudah rutin dirinya apabila diperkotak katikkan, hatinya begitu sabar. Teramat sabar, menempuhi kerenah gadis itu.

Hari ini, gadis itu curang lagi. Di hadapannya sendiri, gadis itu memeluk bekas kekasihnya. Hati lelaki mana tidak tercabar, pabila dilakukan sedemikian rupa?  Dia hanya biarkan sahaja gadis itu. Nak dihalang takut, merajuk pula. Pabila disoal, bergaduh pula. Akibat terlalu sayang, dia biarkan sahaja. Biarpun dia berkelakuan seperti itu. Luka hatinya, tapi terubat pabila melihat si gadis tersenyum. Gadis itu dan bekas kekasihnya bergengaman tangan. Erat! Sang Pencinta hanya berjalan di belakang pasangan itu. Dia tahu gadis yang dia cintai itu masih sayang kepada bekas kekasihnya itu. Tapi dia tidak berdaya untuk menghalang rasa sayang gadis itu. Maka, akhirnya Sang Pencinta makan hati seorang diri.

Walaupun gadis itu merupakan kekasih Sang Pencinta, tapi Sang Pencinta hanya diperlakukan seperti badut apabila bersama bekas kekasihnya. Pabila bekas kekasihnya tiada baru dia mencari Sang Pencinta. Pernah Sang Pencinta dikatakan dayus oleh gadis itu, tapi omongan itu tidak diambil cakna. Gadis itu tidak pernah mengambil kesempatan ke atas kemewahan Sang Pencinta. Dirinya sudah berada dalam keluarga atasan. Tidak perlu meminta satu sen pown kepada kekasihnya itu.

Suatu petang, gadis itu menagis, Sang Pencinta juga dicarinya. Gadis itu menagis sepuasnya di hadapan Sang Pencinta. Tiada malu tida segan, terus gadis itu terus memeluk dirinya. Dia hanya kaku, lalu melepaskan pelukkan itu perlahan-lahan. Lalu disapu air mata gadis itu.

"Kenapa kau sayang aku Sang Pencinta?"

"Aku sayang kau sebab aku tahu kau ditakdirkan untuk aku dan aku ditakdirkan untuk menjaga kau"

"Kau begitu sabar dengan kerenah ku, tapi bagaiman?"

"Sebab kau ada dalam hati aku dan aku tau kau perlu aku, walaupun mulut kau selalu menafikannya."

"Aku ingin memutuskan hubungan ini, krna ia amat menyeksakan engkau!
 Dan hati aku masih cinta kpd ex bf aku. Maaf."

"Tak perlu kau putuskan hubungan ini gadis, hati aku tetap dengan mu walau berkali kau sakiti hati ini tetap aku sayang kau sampai bila-bila. Dan walaupun aku tau aku tak sempurna seperti ex kau, tapi aku tetap akan bersama dengan kau"

Lalu Sang Pencinta pergi meninggalkan gadis tu sendiri. Bukan membawa diri, tapi cuma pergi dari hembusan nafas yang makin kelam. Gadis terpaku. Bagai ada arus elektrik yang mengalir di dalam badannya melihat pemergian Sang Pencinta.

To be continue.

Minaci Malam Gala.


Selamat malam in addition sekali selamat pagi, mata tak nak lelap lagi. Ni semua pasal budak Shey. Ecehhh, sembang larh hangg Shey kalau hang tak mau snap dengan aku. LOL! Aku nak coffee satu mug, kasi mata ini terkang-kang luas nak bergurau senda bersama-nya. ;) Bukan senang nak berduaaan dalam bilik nieh. Macam lesbo jer bunyi-nya. Eleh kau aper pedulu, kalau aku lesbo pown aku sorang jer. Kau tak pon, aper nak di susah kan? Tapi yang pasti aku bukan lesbian. Untuk skop yang lebih luas mengenai gambar, sila buka link di bawah.


Kala di malam buta ini, aku masih ingat esok pagi kena pergi sekolah. Dengar macam tak best, tapi act aku nak hebohh sikit ada bakar ayam esok. Takkan aku nak avoid kowt? -.-' Lancau betolllll. Tarakk apa, esok boleh bangun awal lagi, maybe. AHAHA. Dah, dah aku nak tido. Jangan banyak songeh pulak. Choww.

Semalam Bukan Hari Ini. (Part 2)


Tangisan Dara semakin ketara, air mata tidak henti henti mencurah keluar. Hati Dara sungguh kecewa, menyangka Teruna telah meninggalkannya. Malu untuk akui-nya bahawa Dara juga turut menyimpan perasaan yang sama, tapi selama ini Dara mampu menahan perasaan semua itu dan menyangkal perasaan tersebut sekuat mungkin. Akhirnya begini la jadinya. Masing masing memendam rasa. Tidak ada yang hendak mengakui-nya. Mungkin akibat terlalu selesa dan tidak mahu kehilangan diantara satu sama lain.

Lalu tanpa membuang masa Dara tidak mahu keadaan ini berterusan sebegini. Segara Dara menyapu air matanya dan menelefon kembali si Teruna. Dara tidak sanggup lagi terseksa memendam rasa, sayang yang kian berat untuk ditanggung lagi. Berkali kali Dara mencuba tetapi tidak dianggkat oleh Teruna. Mungkin Teruna berasa bahawa hatinya di permainkan si Dara. Akhirnya Dara naik geram dan menghantar text kepada Teruna.

TEXT DARI DARA:

Eh kau ne bodoh larh! Pesal tak pick up call ak?
Kau ingt ak tunggul k huh? Bnyk kli ak call kau, kau buat bodoh jer.
Eh kau ne agak2 la nk luah perasaan kat aku. Geram betol ak ne!
kau send text tu wrong time. AKU SAYANG KAU LAH TERUNA!
kau tau tak aku masuk hospital baru ne kene demam panas?? 
mcm mne ak nk rply msg kau? taek betol. 
Pastu mula la ckp x nk contct ak dh. <3
Kau nak aku tak huh Teruna syg?? :D


Akhirnya dua insan ini jatuh cinta, maka jadi lah mereka pasangan kekasih yang bahagia, namun cerita ini tidak berakhir begitu sahaja. Cuti sekolah kain berakhir, bermula la kembali zaman persekolah dua pasangan ini. Teruna membuat keputusan untuk tukar ke sekolah berhampiran dengan Dara memandangkan, sekolah itu juga merupakan sekolah pusat  sukan negeri. Teruna meneruskan pelajarannya di tingkatan 4 di sekolah baru itu. Kini masing masing sibuk dengan persekolahan sendiri. Tak bermakna mereka melupakan antara satu sama lain, walaupun tinggal di asrama mereka masih berhubung rapat. Tidak pernah Dara menyangka yang mereka akan menjadi sebegini rupa. Masing-masing tersenyum sendiri apabila mengingati memori indah bersama.

3 bulan berlalu begitu pantas. Kadang, Dara terfikir, sampai bila dia harus sebegini? Cinta di dalam dunia yang belum pasti. Terlintas juga di hati Dara, adakah Teruna setia bersamanya? Tapi lantas juga Dara membuang rasa itu jauh jauh. Takut juga kalau sesuatu yang buruk berlaku kepada mereka. Kala masing masing sibuk, mula salah satu tidak sempat mengisi masa bersama.

Perlawanan koir peringkat negeri semakin hampir. Dara kian sibuk, Teruna makin lupa padaa si Dara-nya dek kerana latihan sukan yang semakin intensif. Akhirnya masing masing terlupa untuk meluangkan masa bersama. Pertandingan koir peringkat negeri berlangsung di sekolah si Teruna. Argh, baru Dara perasan, hati kecilnya begitu kosong sejak sibuk kebelakangan ini dek kerna koir. Tak mengapa, Dara ingin membuat kejutan kepada Teruna semasa kehadirannya di sekolah Teruna. Tidak dia menyangka akhirnya dia akan bersua muka bersama Teruna yang dulu hanya membuat panggilan video di ruang YM.

Saat yang ditunggu tiba akhirnya. Di kala pasukan koir sedang sibuk membuat persiapan, Dara masih terpinga-pinga. Hatinya tidak sedap, lantas menbuat panggilan kepada Teruna sebelum naik ke pentas untuk membuat persembahan.  "Hello, Teruna? I miss you. Wish me luck." ucap si Dara perlahan-lahan. "Eh, Dara ko dekat mana, apa yang duk merepek neih? Asal lama tak text weihhh? Aku rindu ko la mekk" ucap Teruna dengan geram. Lantas Dara menjawab "Look me on stage after the 3rd choir make a presentation, darling. I hope u're at your school's hall." Terus Dara mematikan panggilan sambil tersenyum, rupanya Teruna masih ingatkan dia.

Lantas Teruna berlari ke arah dewan sekolahnya. Tidak menyangka bahawa Dara kini berada di sekolahnya. Dia tidak begitu ambil tahu akan aktiviti yang berlangsung di sekolahnya dan hanya menumpukan perhatian kepada perlawanan yang akan dia hadapi nanti. Ketika sampai dia terus tersenyum, ternyata Dara sudah di atas pentas membuat persembahan bersama kumpulan choir-nya.. Dia tahu pasti Dara gelisah mencari dirinya, tetapi akhirnya dua mata bertembung juga. Sambil tersenyum melihat Teruna, Dara terus menyanyi dengan merdunya. Usai sahaja persembahan, Teruna tunggu di bawah sambil tersenyum. Mereka diam seribu kata, tapi masing masing hati sedang mekar berbunga.

To be continue. ;)

Pemain Kapet Terbang.


Yeah! Football season around the conner, can't wait which team will win. Act, aku sengaja bikin ini cerita di penghujung musim bola. Aku pasti ramai yang akan post pasal bola. Pasukan fav sudah banyak yang tumbang. Brazil sudah kalah, Argentina sudah tumbang juga. Yang tinggal kini Belanda, Spain, Germany & Urgency.

Dah tak sanggup aku lihat satu persatu pasukan tumbang. Dan kali ini sangat berdendam dengan Germany yang menumbangkan Argentina. Tuihh, harap kekalah Germany akan berlaku apabila berlawan bersama Spain. Kala sabtu lalu, gua terbaca satu status di FB. Dia mengatakan "Perempuan hanya melihat bola kerana ingin mencuri perhatian lelaki. Padahal mereka sama sekali tidak minat untuk mengetahuinya" Memang aku dok gelak keras tadi depan laptop. Tidak menyangka ada juga golongan sebegini. Tapi bagi aku, bola bukan cara nak mencuri perhatian lelaki. Sikit tak guna. Pergh! Takde faedahnya. Bagi aku bola sukan yang sehat damn menarik perhatian aku! Sampai sanggup aku pergi join bapak aku tengok bola di kedai, pada malam buta. Andai larh aku ne lelaki, lama dah main bola sepak. LOL! Semalam, Belanda dah menang. Congerts dude! . kening-kening ;)

Yang pasti, aku memang nak lihat kekalahan Germany. Sakit hati bila KLOSE berkata, "Spain bukan lawan kami, mudah sahaja untuk ditumpaskan." di Harian Metro baru baru ini. Angkuh sungguh mereka, wait and see. I will beat that Germany will lose!

Muka Celup Mat Salleh.


Hari ini, matahari bikin gua panas. Alah biasa larh, musim pemanasan global dunia. Bukannya sejuk selalu macam duduk dalam penghawa dingin. Itu pun masih lagi terasa hangat dunia. Akhirat belum pasti lagi betapa panas matahari ini.

Aktivis di sekolah boosan.. BOOOO! Padan muka, dan kepada pihak sekolah terimas kerna hari ini hari last kegiatan aktiviti ko-kurikulum. Wuhuuuu. Dan oleh kerna hari ini hari last, gua punya Kelab Robotik bikin sukaneka. Wah, dengar macam best tapi sebenarnya hampehhh. Di tambah lagi, dengan muka gua dah kene celup tepung gandum menjadi mat salleh celup.. Boleh dikatakan kelab kami menjadi bahan ketawa umum. Perghh, rasa kemaluan gua dah melekat kat kepala lutut. Tak amik peduli ape orang sekeliling kata, yang pasti kena enjoy! Act, gua punya group menang semua game. Yeah! Thats good. A lotes of candy and I'm promise to my classmate to bring it tomorrow. Tapi malang sebab gua tak bawak kamera, untuk dirakam. Sedih, sobs sobs..

Berita malang pula bagi hari ini, result mid year exam kelas gua tak akan diumumkan. Dan yang paling drastik pabila, gua punya guru kelas mahu bikin suprise kita orang punya result depan mak bapak. Duh, ne tak sedap hati ni. Result macam teruk dan tak guna hampehhhhhhh. -.-' Lepas tu nak diumumkan pula nanti hari perjumpaan ibu bapa, Selasa hadapan. pfft.. Cikgu saya tak nak datang sekolah.

Lubang Hidung Kembang, Gua.



Malam ini gua duk kemas folder dalam laptop. Semua gambar yang dulu dah takde. Jangan banyak soal okey. Gua dah format laptop gua. Tu pasal semua dah ghaib dari laptop. Sebelum tu, gua dah burn semua gambar dalam CD. Eh, bukan semua. Separuh sahaja. Ada yang dipadamkan sekali semasa format. Duh, menyesal tak sudah!

Tadi, gua bukak pendrive gua. Terjumpa la folder "LAWATAN". Gua open larh, pastu teringat balik gambar tu semua masa aku budak form 2. Rasa nak gelak kuat kuat, tengok muka poyo dalam folder tu. Zaman itu memang gua gile malu benci tak suka amik gambar. Memang anti amik gambar, sampai orang nak ambill gambar gua, gua paling muka dekat lain. Pergh! Sekarang, pantang jumpa kamera, terus bagi BIG GOAT's SMILE. Betol zaman dah berubah. ;) 

Ini gambar dari pendrive gua. Nak banyak lagi mintak sendiri dengan gua. Jangan malu nak segan segan pulak. Atau boleh bukak dekat MUKA BUKU gua. 

gile langsung tak pandang camera

jahat muka budak tahi lalat tu.LOL!

Zaman belom matang.

Gila teah, kau buat aku gelak besar tgk muka kau! LOL

Duh, memang benggang tengok gambar nieh.
cikgu snap senyap-senyap.  -.-'

Act, ini semua vacation for prefect. Gua neih penyebok jer nak tumpang sekaki. HAHA. Malam ne Argintina pasti menang. Brazil gua memang dah frusted tertunggeng. Buang masa gua pergi tengok bola dekat kedai mamak. Dah la semua jantan. Gua sekor jer perempuan, abis bau asap rokok selendang gua. Pergh! Tak guna betol. -.-