Dairi Cinta Seorang Lelaki.


29 Februari,

Semalam kau merajuk dengan aku, tapi aku suka tengok kau merajuk. Alah, aku tau rajuk kau sekejap sahaja. Kemudian, aku cubit pipi kau lagi. Kau geram lalu kau tahan lagi geram kau tu sampai merah pipi kau. Dalam hati aku cakap, cantik betul ciptaan tuhan. Lagi cantik kalau kau pakai tudung. Sumpah aku tak tipu. Bila aku dengan kau, aku tak pernah bergurau lebih lebih. Aku tau kita bukan muhrim. Jadi aku pelihara kau baik-baik. Kalau boleh aku tak nak aurat kau terdedah. Betul, aku tak pernah tipu sayang.

Hari ni aku seronok, bila kau datang awal pagi sambil bawak kek special untuk aku. Kau bilang kek tu kau buat sendiri. Mak aku dah kenal dengan kau, mak aku pown ada cakap kau memang sesuai dengan aku. Mak, jodoh tu di tangan Tuhan. Andai aku mati hari ini, aku tetap akan terpisah  dengan dia yang aku sayang. Semoga umur aku panjang Tuhan.

Lepas sambut birthday aku ke-21, kau bawak aku keluar jalan-jalan. Kau cakap, aku dah tua. Aku cuma gelak sahaja. Dalam hati aku bilang, alah tua ke muda ke kau tetap sayang aku kan? Tapi ia cuma bergema dalam hati. Aku tak luahkannya dibibir. Bagi aku lafaz cinta aku sukar nak diluahkan. Aku cuma ucap bila perlu. Dan simpan bagi pupuk lagi rasa sayang terhadap kau.