Semalam Bukan Hari Ini. (Part 2)


Tangisan Dara semakin ketara, air mata tidak henti henti mencurah keluar. Hati Dara sungguh kecewa, menyangka Teruna telah meninggalkannya. Malu untuk akui-nya bahawa Dara juga turut menyimpan perasaan yang sama, tapi selama ini Dara mampu menahan perasaan semua itu dan menyangkal perasaan tersebut sekuat mungkin. Akhirnya begini la jadinya. Masing masing memendam rasa. Tidak ada yang hendak mengakui-nya. Mungkin akibat terlalu selesa dan tidak mahu kehilangan diantara satu sama lain.

Lalu tanpa membuang masa Dara tidak mahu keadaan ini berterusan sebegini. Segara Dara menyapu air matanya dan menelefon kembali si Teruna. Dara tidak sanggup lagi terseksa memendam rasa, sayang yang kian berat untuk ditanggung lagi. Berkali kali Dara mencuba tetapi tidak dianggkat oleh Teruna. Mungkin Teruna berasa bahawa hatinya di permainkan si Dara. Akhirnya Dara naik geram dan menghantar text kepada Teruna.

TEXT DARI DARA:

Eh kau ne bodoh larh! Pesal tak pick up call ak?
Kau ingt ak tunggul k huh? Bnyk kli ak call kau, kau buat bodoh jer.
Eh kau ne agak2 la nk luah perasaan kat aku. Geram betol ak ne!
kau send text tu wrong time. AKU SAYANG KAU LAH TERUNA!
kau tau tak aku masuk hospital baru ne kene demam panas?? 
mcm mne ak nk rply msg kau? taek betol. 
Pastu mula la ckp x nk contct ak dh. <3
Kau nak aku tak huh Teruna syg?? :D


Akhirnya dua insan ini jatuh cinta, maka jadi lah mereka pasangan kekasih yang bahagia, namun cerita ini tidak berakhir begitu sahaja. Cuti sekolah kain berakhir, bermula la kembali zaman persekolah dua pasangan ini. Teruna membuat keputusan untuk tukar ke sekolah berhampiran dengan Dara memandangkan, sekolah itu juga merupakan sekolah pusat  sukan negeri. Teruna meneruskan pelajarannya di tingkatan 4 di sekolah baru itu. Kini masing masing sibuk dengan persekolahan sendiri. Tak bermakna mereka melupakan antara satu sama lain, walaupun tinggal di asrama mereka masih berhubung rapat. Tidak pernah Dara menyangka yang mereka akan menjadi sebegini rupa. Masing-masing tersenyum sendiri apabila mengingati memori indah bersama.

3 bulan berlalu begitu pantas. Kadang, Dara terfikir, sampai bila dia harus sebegini? Cinta di dalam dunia yang belum pasti. Terlintas juga di hati Dara, adakah Teruna setia bersamanya? Tapi lantas juga Dara membuang rasa itu jauh jauh. Takut juga kalau sesuatu yang buruk berlaku kepada mereka. Kala masing masing sibuk, mula salah satu tidak sempat mengisi masa bersama.

Perlawanan koir peringkat negeri semakin hampir. Dara kian sibuk, Teruna makin lupa padaa si Dara-nya dek kerana latihan sukan yang semakin intensif. Akhirnya masing masing terlupa untuk meluangkan masa bersama. Pertandingan koir peringkat negeri berlangsung di sekolah si Teruna. Argh, baru Dara perasan, hati kecilnya begitu kosong sejak sibuk kebelakangan ini dek kerna koir. Tak mengapa, Dara ingin membuat kejutan kepada Teruna semasa kehadirannya di sekolah Teruna. Tidak dia menyangka akhirnya dia akan bersua muka bersama Teruna yang dulu hanya membuat panggilan video di ruang YM.

Saat yang ditunggu tiba akhirnya. Di kala pasukan koir sedang sibuk membuat persiapan, Dara masih terpinga-pinga. Hatinya tidak sedap, lantas menbuat panggilan kepada Teruna sebelum naik ke pentas untuk membuat persembahan.  "Hello, Teruna? I miss you. Wish me luck." ucap si Dara perlahan-lahan. "Eh, Dara ko dekat mana, apa yang duk merepek neih? Asal lama tak text weihhh? Aku rindu ko la mekk" ucap Teruna dengan geram. Lantas Dara menjawab "Look me on stage after the 3rd choir make a presentation, darling. I hope u're at your school's hall." Terus Dara mematikan panggilan sambil tersenyum, rupanya Teruna masih ingatkan dia.

Lantas Teruna berlari ke arah dewan sekolahnya. Tidak menyangka bahawa Dara kini berada di sekolahnya. Dia tidak begitu ambil tahu akan aktiviti yang berlangsung di sekolahnya dan hanya menumpukan perhatian kepada perlawanan yang akan dia hadapi nanti. Ketika sampai dia terus tersenyum, ternyata Dara sudah di atas pentas membuat persembahan bersama kumpulan choir-nya.. Dia tahu pasti Dara gelisah mencari dirinya, tetapi akhirnya dua mata bertembung juga. Sambil tersenyum melihat Teruna, Dara terus menyanyi dengan merdunya. Usai sahaja persembahan, Teruna tunggu di bawah sambil tersenyum. Mereka diam seribu kata, tapi masing masing hati sedang mekar berbunga.

To be continue. ;)

1 ulasan:

naz berkata...

wah wah perempuan itu lebih romantik nampak nya haha