Semalam Bukan Hari ini. (Part 3)


Lepas hari itu, hubungan mereka kembali baik semula. Hari hari mereka kembali indah semula. Dara sudah pasti Teruna cintakan dirinya. Teruna juga merasakan benda yang sama. Hilang sangsi kedua-dua pasagan ini. Mungkin ada hikmah disebalik perjumpaan mereka di sekolah Teruna itu. Hari yang mereka lalui bersama kembali ceria. Mungkin di mata mereka indah belaka. Tapi masih ada hati busuk yang tidak senang melihat kebahagiaan pasangan tersebut. Manusia, sudah pasti ada rasa cemburu dan tidak senang, bila melihat orang lain bahagia.

Petang itu, Dara pulang ke rumahnya. Dia sudah bosan tinggal di asrama. Memandangkan minggu tersebut minggu pulang ke rumah, maka hati Dara jadi lebih senang daripada dia fly (keluar asrama senyap2) dari asrama untuk pulang ke rumah. Seperti biasa, pasti Dara akan membuka laman laman yang disukai ect, Myspace & Tagged. Sudah rutinnya, apabila pulang ke rumah dia akan membuka internet dan ber"chating" dengan mana mana rakan di laman sosial tersebut. Tapi, kali ini berbeza. seseorang dari sekolah yang sama dengan Teruna kesayangan-nya telah membuat permintaan untuk menjadi temannya.

Pada awal-nya, Dara tidak ambil peduli tentang perempuan yang "telah" menjadi temannya itu. Tetapi, secara tiba tiba, perempuan tersebut bertanyakan hunbungan Dara dan Teruna. Dara menjadi binggung. Bagai mana perempuan tersebut boleh mengetahui hubungan mereka. Hati Dara makin tidak sedap. Siapakah perempuan itu? Mengapa menanyakan hubungan-nya dengan Teruna. Setahu Dara, Teruna tidak rapat dengan perempuan di sekolahnya itu. Lebih lebih lagi, Teruna juga jenis yang sukar untuk dirapati oleh perempuan. Mungkin dek kerana Teruna seorang yang bermulut lancang juga dan begitu anti dengan perempuan-perempuan yang cuba mendekatinya.

Perempuan itu menayakan pelbagai soalan yang rumit sehingga membuat hati Dara tidak tenang. Soalan yang ditanyakan begitu mencurigakan. Seperti Dara ditangkap dan disoal siasat oleh perempuan tersebut. Bagai ada yang tidak kena. Lantas dibuka profile perempuan tersebut. Terpangpang di page perempuan tersebut gambar Teruna kesayangannya! Hati teruna panas! Sungguh panas, dan tidak pernah dia rasakan sedemikian rupa.

Terus Dara menelefon Teruna. Teruna mula pelik dengan angin Dara yang tidak menentu, dan marah marah kepadanya. Teruna masih lagi sempat bergurau ketika Dara menanyakan hal kesetiaannya terhadap Dara. Akhirnya bila dipujuk oleh Teruna untuk mengetahui hal sebenar lalu Dara menceritakan bagaimana dia disoal siasat oleh perempuan itu. Di beritahunya tentang nama perempuan tersebut kepada Teruna dan bagai mana dia disoal siasat. Dara bagaikan mahu menagis ketika dia menceritakan hal tersebut. Tiba tiba ketawa teruna meledak dengan besar. Lagi geram Dara pabila Teruna mentertawakan dirinya. Lalu Dara memutuskan talian telefon tersebut. Menagis larh Dara malam itu.

Tidak lama kemudian Teruna menelefon Dara, Dara buat endah tidak endah. Akhirnya, Dara mengangkat juga panggilan dari Teruna itu. Dara hanya senyap sahaja. Membiarkan Teruna menerangkan segala-galanya. Teruna tidak mahu masalah perempuan itu menjadi pergaduhan besar mereka berdua. Lalu diceritakan mengenai perempuan tersebut. Perempuan tersebut merupakan classmate si Teruna. Mereka tidak begitu rapat kerana, semua member-member perempuan tersebut merupakan golongan yang banyak mulut. Teruna memberi gelaran kepada mereka "Keliwon". Bagai hendak pecah perut  Dara, apabila dia ketawa. Di bibir Teruna terukir sekuntum senyuman pabila mendengar Dara ketawa.

Kemudian Teruna menyambung kembali ceritanya bahawa, kumpulan perempuan tersebut tidak puas hati dengannya. Teruna juga telah meminta perjelasan daripadan mereka semua. Rupanya mereka merancang untuk mengenakan Teruna dan Dara. Sengaja perempuan yang menyoal siasatnya itu meletakkan gambar Teruna yang ditangkap secara curi curi itu kedalam page-nya.

Dara masih lagi tidak puas hati, kemudian menayakan sendiri apa yang berlegar difikirannya kepada perempuan tersebut. Akhirnya perempuan tersebut menceritakan sendiri. Terkejut juga perempuan tersebut pabila mengetahui hubungan Teruna dan Dara hampir retak akibat rancangan mereka itu. Akhirnya perempuan tersebut meminta maaf atas kesalahannya itu. Perempuan itu juga mengatakan, mereka suka menyakat Teruna kerana Teruna selalu sahaja ponteng kelas dan sebagainya. Dara hanya tersenyum membaca perbualan mereka berdua. Dia lebih kenal hati Teruna itu yang sering buat perkara yang berlawanan dengan disiplin sekolah.

Akhirnya, Dara menanyakan bagaimana mereka boleh mengetahui hubungan Teruna dengannya.Perempuan itu menceritakan bahawa, salah seorang dari kumpulan kawannya mempunyai talian saudara dengan kawan baik Dara.Kawan baik Dara telah menanyakan tentang bagaimana Teruna di sekolah dari sepupunya iaitu salah seorang daripada anggota kumpulan tersebut. Tahu larh Dara bagaimana mereka boleh mengetahuinya.Dara masih lagi belagak merajuk pabila berdepan dengan Teruna. Dalam hati Dara, dia bangga kerana orang dia sayangi itu tidak begitu melayani perempuan perempuan di sekolahnya.

To be continue.

7 ulasan:

naz berkata...

fuyooo dara bangga lah tu :)

Tanpa Nama berkata...

hoho..best2..sambung plis..huhu

.kinah. berkata...

naz: Eh kalau awek ko xlayan jantan kau suka tak? :D

Anyss Chan. berkata...

cool babe cerite nihh, aku suka :)

.kinah. berkata...

thanks :)
boleh baca dari awl kalau kau nak.

emogirl berkata...

bestkan lau saya boleh jdi mcm awak.

.kinah. berkata...

eh, jd penulis or jadi watak dara dlm story ne? :D