10 Perkara Yang Gua Benci Pasal Lu.


Musim sekolah sudah bermula, Kast dan Evelin si penggila puisi masih kekal bersahabat berdua. Rapat! Apa yang dikatakan oleh pelajar lain di sekolahnya tentang diri mereka, langsung tak diambil kesah. Peduli apa gua? Itulah ayat yang sering terpacul dibibir Kast. Baginya, kata-kata seperti itu tidak memberi kesan buruk padanya. Di beri gelaran "Cik Banyak Pendapat" langsung tidak berbekas dijiwanya. Sifatnya yang sukar didampingi dan agak keras kepala membuatkan tiada seorang lelaki pun yang mahu atau sanggup keluar ber-dating dengannya. Di sebabkan oleh, dia merupakan Cik Banyak Pendapat dan pelajar terpintar di grade 11.

Barces pula adik kepada Kast. Jauh berbeza, dari sudut rupa dan perangai. Bagai langit dengan bumi! Apa yang Barces hanya tahu bergaya dengan pakaian ala-ala 90-an dan vintage-nya disamping kontrol ayu apabila berhadapan dengan lelaki.Segala masalah padanya hanya dianggap enteng dan mudah. Tapi hanya satu saja yang menghalang adik beradik tersebut. 

TIADA CINTA ATAU COUPLE SEHINGGA 
UMUR 18 TAHUN KEATAS & MEMASUKI COLLAGE.

Itulah larangan dan undang-undang ketat bapa mereka Encik Dirk. Kast amat patuh dengan peraturan itu. Namun Barces pula sering kali cuba untuk melanggarnya, baginya dia sudah cukup matang untuk merasa nikmat cinta. Remaja, segalanya ingin mencuba. Tapi bagi Kast dia sudah tau apa erti cinta itu. Cinta itu dusta baginya dan dia sudah serik sehingga membuatkan popularitinya sebelum ini Budak Paling Famous di sekolah telah diambil oleh adiknya.

Kini Kast seorang yang anti-sosial dan mempunyai kata-kata yang pedas sehingga sering di halau dari kelas sastera dan berjumpa dengan guru kaunsling akibat memberi pendapat dan idea yang bertentangan dengan gurunya Encik Black. 

Clark, pelajar  baru di sekolah itu mula menaruh hati kepada Barces. Baginya Barces seorang yang lemah lembut dan segalanya tentang Barces indah dimatanya. Lelaki, terlalu mudah menilai perempuan cantik. Setelah diberi amaran oleh Manches tentang perangai sebenar Barces dan mengenai peraturan keluarga mereka. Clark mula merancang sesuatu bagi mengajak Barces keluar dengannya.

to-be-continue

Tiada ulasan: