Dugaan-Nya


Langit petang October mendung. Bagi gua October bulan akhir. Ini yang gua nanti. "Cuti". Hanya satu patah perkataan. Petang October tahun ini memang redup. Tapi ia juga mungkin boleh jadi cerah dan nyaman seperti bulan-bulan lain. Kini sudah pertengahan October. Gua rasa, diri gua masih ditakat yang sama.

Gua ingin perubahan lagi. Sifat tidak puas hati selalu ada. Manusia... Pendusta jika spesis ini tiada rasa tidak puas hati. Sama ada diri sendiri mahupun orang lain. Itulah manusia. Gua juga sebahagia daripadanya.

Sedar tak sedar, blog ini sudah lama terabai. Insaf bagi gua, tapi masih berani mengambil risiko yang besar. Itu juga sifat manusia. Gua juga sudah rasa penat. Terabai. Sendiri. Bukan mudah untuk lalui. Cuma Tuhan yang tahu. Tapi setiap dugaan yang diberi-Nya, DIA tahu bahawa hamba-Nya itu mampu mengatasinya. Itulah Tuhan yang mencipta sekalian alam. Tiada yang lebih mengetahui daripada Allah S.W.T.

2 ulasan:

star itu bintang berkata...

oktober bday gua .


cis .

I'm JUNKS berkata...

erk?
happy birthday.