Pengikat Kata,


Nada dering "Kiss Me Thru The Phone" berkumandang di tepi meja. Gua lihat, dan tertera nama cikgu tusyen gua di skrin telefon. Hanya ada dua kabar yang mungkin gua dapat dari panggilan tersebut. Tusyen dibatalkan atau berjalan seperti minggu-minggu biasa. Tapi gua dah dapat hidu, mungkin tiada tusyen malam ini.

Jangkaan gua tepat.. Tiada tusyen. Erti kata lain, mungkin tidak sempat juga gua menghabiskan topik kimia bab 7. Agak kesal. Sebab gua masih belum dapat habiskan topik tersebut. Mungkin gua terlalu bergantung kepada guru. Sehingga ilmu pun hendak disuap oleh guru. Bukan anak murid yang cari guru. Aduh, sudah terbalik.

Malam ini gua ingat ingin chill dan relex dengan lagu irama jazz sambil baring dan texting. Tapi bila gua fikir balik, ini minggu exam, gua kena lupa niat gua itu. Hari ini gua rasa sangat penat dan tensi. Emosi macam gaban, tapi gua hanya mampu berserah. Semuanya telah berlaku. Tak mungking gua dapat ulang balik masa itu dan betulkan kesilapan yang lepas. Mungkin ada hikmah, gua tak dapat nak beri perhatian sepenuhnya kepada kertas Matematik Tambahan. Dan sedikit kecewa apabila gua baru sedar, kertas Bahasa gua agak lari sedikit dari tajuk asal. Harap kertas 2 dapat membantu. amin..

2 ulasan:

star itu bintang berkata...

bagus .


erk , maksud gua cikgu tusyen lu .


bukan lu .


hahahah . good luck exam .

I'm JUNKS berkata...

harharhar,
cikgu tusyen gua memang bagus,
gua je tak bagus.
Tq for the wish dude. :)