#4Tahun.

4Tahun :)

Suatu hari yang panas terik, lingkungan jam 12.30 tengah hari;

Pulang dari Tadika, petang yang panas.. Berjalan kaki dari Tadika Kemas, Keratong 6 ke perumahan guru Keratong 6.. Dia hanya pulang ke rumah berjalan kaki sejauh 1km dengan jalan yang berliku dan berbukit..  Dalam hati budak kecil itu membara kepanasan. Mungkin geram terpaksa tunggu bonda nya begitu lama di tadika. Oleh itu, dia ambil jalan mudah. Pulang jalan kaki berseorangan! Semua rakan-rakan nya sudah pulang dengan ibu masing-masing. Pada masa itu, dia berasa seperti hendak menagis. Yelah, di tinggalkan berseorangan. Bonda pula lambat.

Mulut nya muncung bak itik.. Muka nya masam dan merah akibat terik matahari di kepala. "Nak pulang rumah cepat!" itu jer yang terdetik dalam fikirannya. Tanpa dia fikir bahaya berseorangan! pfft.. hampir 500 m lagi dari rumahnya. Kelihatang seorang wanita linkungan 30-an sedang membawa motor suzuki biru. Ouh, itu ibu nya.. Dia makin berjalan dengan pantas. Mahu mendekati ibu nya. Lalu dia terus naik motor Suzuki biru itu. 

"Cepat mak! Haus ne!" bilang budak itu kepada bonda nya. Bonda nya terus membuat U-turn dan pulang ke rumah. 

Hold My Hand.


Buat cuci taik telinge.
Kasi peace dalam jiwa.
Senang jer.
CLICK PLAY.
Lepas tu dengar dan amatinya betul-betul.

Suparjo,

Hidup gua dah kembali ceria. Yeah, chill chill. Btw, hari ini gua buat ayam tandoori bakar sama bonda gua. Bau dia mengancam. Tapi bende yang paling best sekali hari ini, gua tonton "He was Cool" movie korean, 5 kali ulangan tanpa henti. Gila kan?

Gua lihat hari ini langit cerah, sama macam mood bapak gua dan bonda gua. Gua senang. Takde lagi susah payah hati ini gundah. Tapi sekarang gua naik fedup. Sebab tak boleh nak loading FarmVille. Gua rasa pokok-pokok yang gua tanam tu dah boleh tuai. Tapi line lembab macam siput. Sekarang tengad download "Baby and Me" pulak. Korean's movie lagi. pfft.. -,-'

Lihat dan Tangkap









Gua punya suka lah gua nak captured picture apa sekali pun. 
Lu tak kesah kan kan kan?

- Have a nice holiday follower ! -

Terus Terang.


Makin hari, gua makin busy. Bukan nak belagak, tapi sebenarnya tak ada apa pun yang busy. Cuma tempahan Chocolate Moist Cake oleh saudara terdekat sempena hari esok. Kadang, gua geram jugak, sebab last minute baru kasi tau nak tempah. Btw, petang ne dah la nak balik Kelantan. Sekarang, Puan Besar sedang cari barang buat kek. Tulang belakang gua sakit, terpaksa duduk rumah saje, kesian Puan Besar. Gua tak dapat tolong. Lagi pun tugas gua buat Choco Moist Cake sahaja.

Blog ne dah usang, rasa malas dah nak update. Cerita-cerita di blog kemudian cerita lah gua sambung. Penat-lah. Okey, nawaitu gua baik, cuma tak kena cara sekarang ne kan? Gua nak buat kek tu, tapi mungkin, mungkin tidur lewat malam ni. Btw, Selamat Hari Raya Korban esok. Tak sabar nak balik kampung. Bye-

fhgen-of-min

I have no idea to write about. My story will be post soon. TQ. 
Right now, my mind is stuck between the traffic light and the zebra crossing. 
I don't know what I should do.. Aigo!
No need to mention about that.
And
Good Night.

Dairi Cinta Seorang Lelaki. 2


11 March

Hari ini aku tak sihat. Pergi collage pon tidak.Lepas balik klinik, kau datang melawat aku petang tadi. Kau kata "Cepat lah baik nanti, aku tak sunyi lagi! Aku nak dengar kau gelak, kau buat lawak macam selalu." Aku cuma senyum. Aku bilang "Doa kepada Allah supaya aku cepat sembuh." Kau diam. Aku tau kau tak kuat sangat bab-bab agama. Aku tau ibdat kau jarang yang penuh. Aku cuma nak bimbing kau.

Lepas kau pulang, aku tanya mak aku. Kenapa sesetengah orang sukar tinggal tabiat buruk? Mak aku tanya aku balik, sebab apa aku suka drift kereta? Aku jawab sebab aku dah jatuh cinta dan dah semula jadi dalam diri aku. Mak aku senyum dan jawapan pada soalan aku terletak di tangan aku sendiri. Baru aku faham, rupanya bukan senang nak ubah sesorang kepada kebaikan. 

Lepas makan malam, aku tonton tv. Mata aku melekat di kaca tv, tapi fikiran aku sudah infinity. Apa yang aku bayangkan cuma kau. Aku harap kau boleh teman aku di sini. Sebab aku dah tak lalu nak makan, bila kau masam muka, bila kau sedih, bila kau nagis. Aku teringat balik, kau pernah marah aku sebab aku mintak kau pakai tudung. Aku tau kau suka bergaya, kau suka pakai skinny, aku pun sama. Tapi bagi aku kalau awek aku, aku nak kau nampak ayu. Nak bergaya pakai baju kurung pon cantik. Tapi kau tak nak. Takpe, nanti lama-lama aku harap kau terbuka hati nak berubah fesyen sebab aku takut bila di akhirat Tuhan seksa aku, sebab aku tak nasihat kau di dunia. Atas kau lah nak berubah atau tidak tapi aku tetap akan bimbing kau. Sebab aku nak kau tau aku sayang kau sampai bila-bila.

Kimia kita. 2



Selepas hari itu, ya hari si gadis menagis, Sang Pencinta pergi. Sudah aku bilang, pergi bukan membawa diri, tapi penipu besar jika tidak ada sekelumit pown rasa kecewa dalam hati dia. Ketika ini, Sang Pencinta agak berduka. Coba dia membina kembali rasa cinta itu, tapi bukan bermakna sudah hilang rasa itu, tapi ingin mengukuhkan lagi rasa cinta sayang kasih dia terhadap gadis. Benar, dia sedang di duga dugaan yang melampau. Ada ketika dia rasa bagai putus asa!

Petang itu, dia nikmati coffee dengan tenang. Fikiran yang rungsing itu sudah temui penyelesaian bagi masalahnya. Pagi esok dia mesti temui gadis itu. Tidak tahan dia menanggung beban rindunya. Bila difikirkan kembali, bodoh lah dia kalau tidak meninggalkan gadis itu. Tapi apa boleh dia buat? Inilah dikatakan kuasa cinta. Cinta boleh ubah dari yang bijak pandai jadi bodoh macam keldai. Sang Pencinta masih tahu batasnya. Walaupon dia diperlakukan seperti hamba abdi cinta tapi maruahnya masih ada nilai.

Esoknya mereka bertemu di Starbuck. Tempat mereka selalu lepak. Gadis ada dihadapan Sang Pencinta sekarang. Dia kelihatan seperti serba salah. Keadaan dia juga bagai tak terurus. Sang Pencinta masih biasa, berlagak cool, macho di hadapan gadis. Bagai tiada apa yang berlaku antara mereka.

"Aku minta maaf." bilang Gadis.
"Erm.." diam.
"Aku tau aku terlalu ikut perasaan. Aku buta selama ini. Maaf"
"Aku tak tahu nak kata apa Gadis."
"Maaf aku buat kau macam patung aku"
"Aku baru sedar selama ini kau disebelah aku bukan dia."

Sang Pencinta gengam tangan Gadis. Erat. Air mata Gadis menitis lagi. "Terima kasih" bilang gadis lagi. Mereka keluar dari cafe tersebut sambil tersenyum.


****************************


Duka bagi Sang Pencinta sudah berakhir tapi ini tidak bermakna mereka akan bahagia sampai ke akhirnya. Dugaan selalu ada, dan setiap dugaan Tuhan tahu bahawa hamba-Nya itu mampu untuk meringtanginya.


The end