Dairi Cinta Seorang Lelaki. 2


11 March

Hari ini aku tak sihat. Pergi collage pon tidak.Lepas balik klinik, kau datang melawat aku petang tadi. Kau kata "Cepat lah baik nanti, aku tak sunyi lagi! Aku nak dengar kau gelak, kau buat lawak macam selalu." Aku cuma senyum. Aku bilang "Doa kepada Allah supaya aku cepat sembuh." Kau diam. Aku tau kau tak kuat sangat bab-bab agama. Aku tau ibdat kau jarang yang penuh. Aku cuma nak bimbing kau.

Lepas kau pulang, aku tanya mak aku. Kenapa sesetengah orang sukar tinggal tabiat buruk? Mak aku tanya aku balik, sebab apa aku suka drift kereta? Aku jawab sebab aku dah jatuh cinta dan dah semula jadi dalam diri aku. Mak aku senyum dan jawapan pada soalan aku terletak di tangan aku sendiri. Baru aku faham, rupanya bukan senang nak ubah sesorang kepada kebaikan. 

Lepas makan malam, aku tonton tv. Mata aku melekat di kaca tv, tapi fikiran aku sudah infinity. Apa yang aku bayangkan cuma kau. Aku harap kau boleh teman aku di sini. Sebab aku dah tak lalu nak makan, bila kau masam muka, bila kau sedih, bila kau nagis. Aku teringat balik, kau pernah marah aku sebab aku mintak kau pakai tudung. Aku tau kau suka bergaya, kau suka pakai skinny, aku pun sama. Tapi bagi aku kalau awek aku, aku nak kau nampak ayu. Nak bergaya pakai baju kurung pon cantik. Tapi kau tak nak. Takpe, nanti lama-lama aku harap kau terbuka hati nak berubah fesyen sebab aku takut bila di akhirat Tuhan seksa aku, sebab aku tak nasihat kau di dunia. Atas kau lah nak berubah atau tidak tapi aku tetap akan bimbing kau. Sebab aku nak kau tau aku sayang kau sampai bila-bila.

Tiada ulasan: