Kimia kita. 2



Selepas hari itu, ya hari si gadis menagis, Sang Pencinta pergi. Sudah aku bilang, pergi bukan membawa diri, tapi penipu besar jika tidak ada sekelumit pown rasa kecewa dalam hati dia. Ketika ini, Sang Pencinta agak berduka. Coba dia membina kembali rasa cinta itu, tapi bukan bermakna sudah hilang rasa itu, tapi ingin mengukuhkan lagi rasa cinta sayang kasih dia terhadap gadis. Benar, dia sedang di duga dugaan yang melampau. Ada ketika dia rasa bagai putus asa!

Petang itu, dia nikmati coffee dengan tenang. Fikiran yang rungsing itu sudah temui penyelesaian bagi masalahnya. Pagi esok dia mesti temui gadis itu. Tidak tahan dia menanggung beban rindunya. Bila difikirkan kembali, bodoh lah dia kalau tidak meninggalkan gadis itu. Tapi apa boleh dia buat? Inilah dikatakan kuasa cinta. Cinta boleh ubah dari yang bijak pandai jadi bodoh macam keldai. Sang Pencinta masih tahu batasnya. Walaupon dia diperlakukan seperti hamba abdi cinta tapi maruahnya masih ada nilai.

Esoknya mereka bertemu di Starbuck. Tempat mereka selalu lepak. Gadis ada dihadapan Sang Pencinta sekarang. Dia kelihatan seperti serba salah. Keadaan dia juga bagai tak terurus. Sang Pencinta masih biasa, berlagak cool, macho di hadapan gadis. Bagai tiada apa yang berlaku antara mereka.

"Aku minta maaf." bilang Gadis.
"Erm.." diam.
"Aku tau aku terlalu ikut perasaan. Aku buta selama ini. Maaf"
"Aku tak tahu nak kata apa Gadis."
"Maaf aku buat kau macam patung aku"
"Aku baru sedar selama ini kau disebelah aku bukan dia."

Sang Pencinta gengam tangan Gadis. Erat. Air mata Gadis menitis lagi. "Terima kasih" bilang gadis lagi. Mereka keluar dari cafe tersebut sambil tersenyum.


****************************


Duka bagi Sang Pencinta sudah berakhir tapi ini tidak bermakna mereka akan bahagia sampai ke akhirnya. Dugaan selalu ada, dan setiap dugaan Tuhan tahu bahawa hamba-Nya itu mampu untuk meringtanginya.


The end

Tiada ulasan: