Hari Akhir,


Andai gua ada satu hari lagi, hanya satu hari lagi. Gua tak mahu banyak. Kerna satu hari itu, gua akan luangkan masa untuk diri gua sendiri untuk mengingati sejarah 2010, yang kadang kalanya ada memori macam sucker. Tapi, yang sucker itu lah gua jadi pengajaran untuk diri gua supaya tak ulanginya lagi pada masa akan datang. Ah, kalau hanya untuk mengingati hari-hari 2010, rasanya 120 minit sudah cukup untuk mengingatinya. Kalau satu hari gua gunakan untuk flash back segala benda itu, rasa membazir pulak masa.

Tak lah gua perlu cakap panjang. Sebelum orang lain post Selamat Tahun Baru! biar gua ucap dulu. Selamat  Tahun Baru. Gua tak suka berebut. Walaupun masih ada beberapa jam lagi sebelum tahun baru, gua tak nak beratur panjang untuk post bende alah ini. Nanti line busy.

Semoga tahun 2011, akan beri gua kehidupan yang lebih bermakna dan 2010 memberi pengajaran yang baik untuk gua. Lu semua, insafkan lah diri sekejab. Tak perlu jadi ego, sampai taknak admit kesalahan depan mata. Sebagai manusia itu lah kita, selalu membuat kesilapan. Chill, chill.

Dan esok, bila gua celik mata, gua bukan lagi pelajar 16 tahun. Dan sebagai hari terakhir 16 tahun 2010 umumnya, azam baru sudah tertanam lama. Sembilan A tambah, tunggulah di situ. Jangan lari kemana-mana. Gua akan gapai dengan tangan gua sendiri sampai dapat. Itu sebagai payment untuk bapak, bonda dan guru yang banyak mengajar gua erti hidup. Semoga hidup gua penuh dengan limpah berkat dan rahmat dari Tuhan. Amin

Tegang.


Dengan irama lagu Hujan yang perlahan, buat gua rasa lebih senang. Semuanya di sekeliling gua sedang berbalik abu. Sigh. Dah mula gua rasa tertekan. Bukan di sebabkan rentak muzik. Cuma akibat rasa simpati pada diri sendiri. Entah lah. Buntu lagi, fikiran ini.

Jilid-jilid buku komik Jepun yang di terjamah ke bahasa melayu sudah habis ditelaah. Hujan tadi petang memang lebat, sampai satu tahap, bilik gua dibasahi hujan akibat terlupa tutup tingkap. -,-' Gua seorang yang cemerkap dan gua admit benda itu. Mudah terleka apabila membuat sesuatu perkara.

Sekali lagi hari ini, gua bukak buku Biology. Otak sarat dengan pengisian data-data dan komplikasi bab terakhir Tingkatan 4. Ianya bukan terlalu rumit, cuma terasa seperti tidak cuku oxygen di dalam otak. Secawan kopi cukup buat mata terkankang luas untuk menelaah. 

Pabila terlihat buku matamatik tambahan pula, formula sibuk bertengkar di dalam otak. Peperangan antara soalan yang tidak mempunyai jalan kira buat gua buntu sekali lagi. Itu lah kelemahan gua. Soalan yang mempunyai jalan kira yang rumit bagi gua kerjanya mudah. Tapi bila keluar soalan yang tiada jalan kira otak sudah mula berasap. Sudah! Mati katak gua apabila masuk exam. Kertas 1 selalu sahaja rendah. Average mark hanya 50-60. Rendah betul. Masuk Kertas dua boleh pulak dapat 60-70. Fuuu.. fuuu.. Perlukan lebih usaha.

Belum lagi masuk tolak campur subjek lain lagi. Tapi apa yang pasti, gua tetap Tingkatan 5 tahun hadapan. Apa yang perlu gua buat sekarang hanya habiskan bab-bab Tingkatan 4 sebelum bermulanya pembelajaran tahun hadapan. Moga, tahun hadapan Tuhan mempermudahkan gua untuk menerima ilmu-ilmu yang akan dipelajari. Amin.

Sekadar Sepintas Lalu,

Cuba kau lihat dunia luar. Apa yang kau nampak? Kosong. Itu jawapan minda aku. Pernah aku terfikir, orang zaman sebelum 21st century memang best. Kalau lah aku ada mesin masa, dah lama dah aku nak balik zaman 90-an.

Student zaman sebelum 21st century ne kira beruntung. Langsung takde ganguan nak study except cinta-cintan, tv dan kecuali lagi sekali DIA SEORANG YANG PEMALAS.. You know why I'm saying like that? Cuba kau perhati sekeliling kau sekali lagi. Apa yang kau nampak? Aku hanya nampak golongan seperti ini sibuk bersosial. Tak kira dari segi sosial dalaman dan luaran. Maksud aku, sibuk ber-Facebook, ber-Twitter and ect.. Tak kurang juga sosial luaran, dress up sampai naik rak. Aku tak tau kenapa macam tu. Adakah mereka fikir orang akan menilai mereka dari sudut pakaian?

Bagi anak kecil pula, aku rasa mereka ne kurang sihat. Nak tau mengapa? Pagi petang, siang malam. PSP, Ps2, Ps3 dan ect tak lekang di mata tak jauh di tangan. Zaman kanak-kanak aku tak macam sekarang. Petang-petang, riuh sekampung. Pergi kejar anak lembu, main polis dan pencuri, bergelumang di dalam sawah dan baruh. Baru rasa real hidup. What a pathetic bagi children zaman sekarang. Aku faham, sekarang dah tak macam dulu. Silap hari bulan, lepaskan anak pergi main ke taman tak tentu pasal kena culik. Dulu mana ada kes macam tu. Kalau ada, boleh hintung dengan jari je. Maksud nya betapa sikitnya kes culik budak zaman dulu. Kalau aku pun jadi mak orang, aku pun tak biar anak anak keluar macam tu. Baik beli PSP kasi anak main.

Okey, cukup lah tazkirah dan celoteh aku buat hari ini. Cuma nak ingat kan kembali zaman dulu-dulu bagi sepintas lalu kepada pembaca sekalian. Hidup zaman sekarang terlalu banyak cabaran dan dugaan. Jadi sila kumpul courage anda bagi menempuhinya dengan tenang. :)

Memori,

Aku masih di sini. Masih berbaring dan tidak bermaya di atas buaian. Sekali lagi, sekali lagi aku nampak kau dalam bayangan. Dan itu cuma imaginasi aku sendiri. Penat. Aku sangat penat dengan segalanya yang kau cipta dalam kenangan. Kau buat aku rasa, seperti ketinggalan di alam realiti. Dan buat aku, selalu menoleh ke masa silam, hanya kerna hendak mengingati memori itu. Sehingga aku alpa dengan kehidupan realiti aku. Aku cuma harap suatu hari nanti semoga aku tidak menoleh lagi ke belakang, dan tidak  mengingati zaman aku bersama kau. Kerna memori itu, akan buat aku lemah dan tak bermaya. Seperti apa yang aku alami sekarang.

Dairi Cinta Seorang Lelaki, 3


21 March.

Satu lagi hari yang kau buat aku tersenyum riang. Hari ini, hujan lebat. Kau mati akal hendak parking kereta dekat mana. Parking lot dekat McD semuanya dah penuh. Akhir nya aku bagi cadangan Drive Thru je dekat McD. Lagi pun masa tu takde orang. Macam biasa kau order Big Mac regular punya. Aku hanya pesan Mac Chicken plus Oreo's McFlurry kegemaran kau, aku belanja.

Kau bilang hari ini, nak tukar selera tempat makan. Kau cakap nak makan dekat tepi pantai. Aku tak tau apa bermain dalam fikiran kau. Yang aku nampak hanya lah hari ini hujan turun lebat. Macam mana nak pergi makan dekat tepi pantai? sigh.

Sampai sahaja di tepi pantai kau parking kereta dekat tengah-tengah lopak air. Kau cakap nampak macam kita tengah duduk atas pulau. Aku tertekan-tekan perut tahan ketawa. Mulanya aku pelik jugak, sebab tak pernah dibuat orang, tapi kau slumber jer parking tengah-tengah lopak air. Dah la lopak air tu luas pulak. Muat-muat untuk kereta Vios kau. lol. Kau tarik muncung 14. Okey, aku mengaku kalah. Apa sahaja lah kehendak kau, sayang.

Sambil hujan lebat, aku dengan kau makan dalam kereta. Seronak la pulak rasa! Biar kau agak kebudak-budakkan tapi aku suka. Sebab kau buat aku ceria.. Usai sahaja makan, mak aku telefon. Bimbang kan aku sebab demam aku sebelum ini tak pulih sepenuhnya lagi. Tiba-tiba kau tepuk kepala, kau bilang mama kau suruh pulang awal. Katanya suruh jaga butik.

Terus kau start enjin kereta, dan hendak pulang ke rumah. Tiba-tiba kereta tak bergerak, macam tersekat sesuatu. Aku keluar kereta dan terus check apa yang tak kena. Rupanya, tayar kereta dah tengelam separuh dek pasir pantai. Kau terus keluar dari kereta, ambil sebatang kayu dan cuba mengais pasir yang membuatkan tayar tengelam.

Then, dua orang uncle datang, dia suruh kau masuk kerata dan start enjin. Hendak tak hendak, terpaksa lah tolak kereta Vios kesayangan kau ne. Fuh, nasib lepas, kalau tak jamin kena panggil lori penunda. Lol. Kemudian datang sorang brader yang duduk tak jauh dari kereta kita orang. Brader tu cakap, "Dari tadi dah gua perhati dia orang ne parking kereta tengah-tengah lopak air. Entah ape ke jadahnya pun gua tak tau."

Telinga aku merah dengar brader tu sound. Datang bukan nak menolong, tapi nak buat sakit hati. Harapkan awek aku nak cepat jer kalu tak dah lama aku belasah brader tu. Lepas ucap terima kasih dekat 2 orang uncle tu, aku suruh kau cepat-cepat blahh dari situ. Aku tak cerita apa brader tu cakap kat kau, takut nanti kau kecik hati.

Curious

Gua pandang tingkap dan lihat ke langit, rupanya matahari sudah menegak di atas kepala. Lagu-lagu Black Eyed Peas masih berkumandang di corong speaker. Kuat! Bergema jantung setiap kali lagu berdentum. Ape lah nak jadi dengan gua. Sambil mengemas buku dan novel yang berteraburan di lantai tiba-tiba gerak gua terhenti. Sehelai kertas keputusan peperiksaan final year di tangan. 3A, cukup makan ke?

*diam*

*termenum sejenak*

Spm, 3 abjad terlintas di minda. Sigh. Gua masih tercangkung di hadapan kertas dan buku berteraburan. Perancangan masa depan masih belum teratur. Semua kabur!


"You think I'm pretty 
Without any make-up on 
You think I'm funny
 When I tell the puch line wrong"


Nada Teenage Dream berkumandang di handpon gua. Sekeping text masuk. Setiap patah perkataan gua baca dengan teliti.

"So how, jadi nak tukar sekolah?"

*diam*

Monolog sendiri; semua dah sibuk pasal sekolah. Gua? Gua pula macam hendak tak hendak. Berbelah bagi bila member-member bincang pasal sekolah. -,- Tapi yang pasti gua Senior tahun depan, 2011. Dunia gua masih mimpi. Tak bangkit lagi ke alam realiti. Dan sekarang terasa seperti di alam hayalan. Terlalu berat memikul beban, mungkin. Sampai kan gua tak sanggup berjumpa realiti.

Tidak! Gua mesti kuat, mesti semangat, mesti sanggup berdepan dengan dugaan-Nya. Dan yang pasti walaupun masih bermimpi gua belum lagi putus asa. Tiada Putus Asa dalam kamus hidup gua. Dan semestinya gua kena berjaya. Amin.

Perfect Two, Auburn.




Gua pun nak jugak jadi perfect two :)

Aku Dengan Kau. 3


Kemarin , aku keluar lepak dengan Amer dan Amoi chii. Entah kenape bosan sangat hari hari petang aku, kini. Mungkin sebab ahli keluarga aku asyik busy. Sampai aku mati akal untuk buat aktiviti. Tv, Ps3, Facebook, semua dah meloyakan. Di McD kemarin buat aku rasa chill. Dengan Oreo's McFlurry di tangan dan bergelak ketawa bersama teman-teman menghilangkan rasa bosan aku. Alah, kawan je lah yang paling aku rapat. Harapkan family, semua sibuk dengan hal masing-masing.

Si Amer pula sibuk bertanya. "Eh, bila kau nak couple lagi?" pfft. Memang dah takde ayat lain si Amer ni. Sekali aku lempang mulut tu baru tau..Ikutkan hati ingin saja aku nak cari yang baru. Tapi kerna SPM, aku batalkan sahaja niat setan kecil dalam hati. Berkorban demi masa depan lah kata kan.

*diam*

Kemarin juga aku meet lagi Danial. Aku tak tahu kebetulan atau disengajakan. Masih lagi bersama cewek barunya. Amoi chii jeling 45 darjah dekat aku. Amer pulak buat-buat senyum kambing depan aku. Dah aku? Aku tak perlu buat apa-apa. Just jadi diri aku. Ape, ingat aku nak gelabah ke tengok dia berkepit dengan awek baru? Ini Tia lah, bukan jenis suka ambil tahu pasal tepi kain atau seluar orang. Lantak lahh, bentak hati kecil aku. Tak aku duga, Danial menyapa aku dengan slumber.

Danial: Hye Tia, join sekali dengan korang boleh?

*diam*

Aku pandang Amer, aku pandang Amoii chii. Masing masing bagi signal nak blah dari situ. Keadaan kusut bila Danial datang. Memang rosak kan petang aku! pfft. Sambil buat buka blur, aku senyum dekat Danial.

Aku: Hah, duduk arh ape tercegat lagi tu?!
-Amer dengan Amoii chii jeling lagi sama aku. "Argh, lantak la" bisik aku sendiri.

Danial: Ne aku kenal kan awek baru aku, pengganti kau. Ini Fill, sama form dengan kita.

Aku: Ouh, Fill. "Fill in the blank" erk?
-ketawa Amer meledak, Amoi chii sudah tertekan tekan perut dia menahan ketawa.

Danial terdiam. Aku pandang muka Fill, merah! Kesian nya dia jadi bahan ketawa aku hari ini. Har har har. Tak sampai 5 minit, Danial dah angkat punggung. Mungkin dah nak meletup sebab panas sangat. Sambil tarik tangan Fill, terus dia blah dari meja kami. Nah kau! Padan muka. Ada hati nak kena kan aku. Tak pasal-pasal jadi bahan ujikaji fooling around dengan aku. Ah, petang yang menyeronokkan!

*senyum*

So-so Addicted.

Lepas sahaja gua keluar dari Starbuck, dua orang lelaki yang bergaduh menarik perhatian gua tuk menghampiri mereka. Cis, rupanya gaduh pasal perempuan.. Gua tak ambil pusing sebab benda tu remeh sangat bagi gua. Gua terus melangkah tanpa mempedulikan mereka lagi.Gua bukan jenis suka ambil tahu pasal relationship orang. Lantak la mahu bertumbuk ke, sepak ke, terajang sampai terberak sekali pun apa nak heran.

Ketika lepak di taman sambil makan aiskrim, tiba-tiba lelaki yang bergaduh tadi duduk sebelah. Muka dia merah. Tengah-tengah gua makan aiskrim tu, dia buat buat batuk depan gua. pfft. Saje nak cari pasal ne. Gua alih pandangan gua ke arah lain. Sorang lagi lelaki berjalan ke arah gua. Lelaki yang bergaduh dengan mamat sebelah gua tadi.

"Ape lagi ne dua ekor mamat nieh" marah dalam hati.

Gua tetap duduk di situ. Lantak la dia orang nak gaduh tepi gua, jangan sabitkan gua sudah! Gua bukak beg sandang, terus gua capai majalah Macho! Model lelaki cover majalah tu hensem siot, tapi rasa macam pernah nampak lah pulak. Gua pun padang lelaki sebelah gua tadi. Eh, serupa!! Gua tak puas hati. Lalu gua tarik baju dia pelan-pelan.

Gua: Brader, macam pernah nampak lah lu ne! 
*Gua terus letak cover majalah tadi di sebelah muka dia.
Gua: Same lahh braderr! Dennis Oh kan kan kan?
*gua tunjuk muka excited teramat.

Dennis Oh: Aah, you baru kenal ke I? I kan model.
*mulut gua terlopong luas..

Tanpa mempedulikan dia, gua jilat aiskrim tu lagi sambil selak majalah. pfft, semua hensem hensem. Tapi hensem sahaja tak cukup bagi gua. Perangai hodoh buat ape? Dah la dia bergaduh depan orang ramai. Nak kata ada set lakonan tadi kat sana takde lah pulak. Tiba-tiba sorang lagi lelaki duduk sebelah gua. 

"Ape kess ne? Kene kepit di lelaki pulak hari ni." bebel hati gua lagi.

Tak silap gua mamat sebelah kiri ne actor korea. Ape lah pelik sangat hari gua hari ni. Lepas meet model, actor pulak dahhh! Gua pandang kiri lalu gua cubit lengan baju actor korea tu dengan kuat. Nama dia Gong Yoo.

 Gua: Brader, boleh tepi sikit tak? Rimas lah. Dah takde tempat lain ke nak duduk?
Gong Yoo: Eh ikut suka hati aku lah. Ne bukak tempat duduk kau. 
*sambil dia mengesot rapat ke arah gua
Gua: Elok elok la brader, gua duduk sini dulu. Kalau nak gaduh, gaduh la kat lain.
*Gua pandang Dennis Oh, boleh pulak dia buat relex? pfft

Gua tak puas hati gua pun bangun. Tiba-tiba si Gong Yoo tarik beg sandang gua.. "Pop" aiskrim gua jatuh atas baju gua. Hati gua panas. Lalu gua ambil aiskrim yang jatuh atas baju gua, gua sapu muka Gong Yoo. Terus gua jalan laju, meneju ke tandas awam. "Ape lah malang sangat nasib hari ni." tu lah yang bermain di fikiran gua. Gua tak puas hati, baju gua baru je beli. Dah la mahal pulak tu, habis kotor! Akibat warna coklat dari askrim yang jatuh tadi, terpaksa la gua masuk ke kedai Topshop dan berpusu-pusu bersama orang ramai ke dalam perut pusat beli belah.

Lepas memilih baju yang sesuai, gua pergi ke casher. Sambil memcari purse, sorang laki datang bayar baju gua. Argh, Dennis Oh? Ape cer lak ne? Suruh gua hutang budi dengan dia ke ape? Gua tarik muka masam bersama mulut itik 4 inci. Protes tunjuk gua marah. Gua hulurkan duit kepada dia, dia menolak dengan baik. Pfft, ikut suka kau lah. Orang dah belanja, nasib aku lah hari ni. Keluar sahaja dari kedai, gua menuju ke restroom. Yelah nak salin baju yang kotor ne.. Dennis masih ikut gua. Gua buat bodoh je. Nak tengok, dia masuk ke tak restroom nanti. Har har har. Otak jahat gua tengah bermain.

Dennis: You marah?
Gua: Eh tak lah, suka sangattt! *muncung 4 inci masih di bibir.
Dennis: I tunggu you dekat luar ye??
Gua: Hurmm... *"lantak lu lah" bisik dengan pelahan.

Ketika berjalan menuju ke dalam, gua nampak tanda, AWAS LICIN! Gua masih berjalan dengan slumber. Mak cik yang sedang mop lantai bagi jeling 90 darjah. Gua pulak senyum sahaje. Annoying kan? Har har har. Tanpa ambil peduli mak cik tu tengah berleter dan mop-kan kembali tempat yang gua pijak tadi, tiba tiba gua terjatuh..

Bila gua bangun, gua raba dahi licin gua. pfft Benjol? Itu yang pertama muncul dalam otak gua sebelum rasa sakit. Gua perasan gua tercium lantai. Bila bukak mata gua nampak kertas kerja cuti sekolah bertaburan di lantai bilik.. Wtf? Mimpi lagi ke? Harharhar,


pssst*Igauan akibat overdos layan korean sepanjang cuti sekolah!


To fast,

Cuti, cuti, cuti, cuti, cuti, cuti, cuti dan sekolah. 



-Bye cuti. 


*Hello sekolah.


psstt*cuti present for how much week we spend for school holiday

Disember Malam.

Kepala mula rasa berdenyut. Hidung mula berair. Dah tak salah lagi. Gua demam! Body temprature naik lagi. Selepas minta bonda buatkan satu mug milo panas, gua terus cari duit. Kutip beberapa keping syiling bersama dua keping not RM 1. Dah, cukup tu.. Gua omong sendirian. Lepas semua dah cukup terus gua minta kebenaran bonda untuk ke kedai.

Dengan berseluar tido dan T-shirt Shell gua terus mencapai shawal dan mengenakan dengan ala kadar. Tak perlu berdandan, bukan nya hendak ke mall. Melangkah keluar dari pintu pagar sahaja, gua terbau bau yang sangat busuk. Gua dongak ke langit, nampaknya bulan mengambang penuh. Alang alang sudah melangkah, biar lah sampai ke kedai. Tiba tiba gua tersepak sesuatu! Tak guna, sape lah buang perut ikan depan pintu belakang rumah gua ne! pffft. omong dalam hati.

Ketika berjalan celah rumah jiran, gua pandang lah tingkap bilik rumah tu. Gua nampak anak jiran gua tengah pakai skaff sambil berpijami. Konon tiru stail modek. Dia berjalan sambil menilik muka di cermin tingkap itu. Gua yakin dia tak nampak gua. Gua terus senyum, dan terus mengetuk tingkap bilik dia. "Hoii," jerit Lukman. Gua terus gelak dan blahh. Nampak nya dia baru perasan.

Lepas beli Meggi Kari dan Mee Sedap, terus gua masuk meluru pulang ke rumah. Cuaca sejuk gaban macam dekat Iceland dalam mimpi gua. Bonda masih di bilik gua bersama bapak. Ber-facebook-ing. pfft. Air milo gua juga tak siap nampak gaya nya. Gua malas nak ambil tahu, terus gua masuk dapur masak meggi yang di beli tadi. Sudah takde yang lain untuk dilahap malam ni..

Oleh sebab gua terlambat hendak menonton mega movie, terus gua angkut periuk meggi yang baru masak ke depan tv. Sruppp, gua hirup meggi tu pelahan-lahan. Lepas teguk air sejuk dari peti, tiba tiba tahi cicak jatuh dihadapan periuk meggi gua. Cis, !@#$% punya cicak. Hilang selera gua nak makan meggi!

Bila Ramai Orang,


Itu hari, gua check lesen memandu gua. Tilik punya tilik. Rupanya dah expired date. Gua terus ajak bapak gua pergi sambung lesen. Alah, gua baru jer dapat lesen L so gua masih sengal sengal gaban sikit, tak tau nak pergi sambung macam mana. Member gua bilang sambung dekat Pejabat Pos pun boleh. Tapi dah alang-alang lalu depan JPJ, bapak gua terus singgah. Dia kata mudah dan cepat. Tak payah pergi Pejabat Pos, then minggu ne gua boleh terus buat QTI untuk lesen P.

Nak di jadikan cerita, gua baru pulang dari Kelantan. Singgah la JPJ yang berhampiran. Masuk ke dalam dengan muka poyo lagi sengal, gua terus duduk. Bapak gua jeling jeling, bagi isyarat suruh ambil number. Gua sengeh dan buat selamber. Bapak gua terus ambil number giliran. Gua masih ingat, angka giliran gua 189. Sekarang baru sahaja 174. Keadaan tak crowded mana. Sedang sedang sahaja.

Lepas 2 3 minit gua duduk, bapak gua bilang nak keluar jumpa member dia. So gua sit alone there. Datang la sorang awek duduk berhampiran gua. Gua perasan ada budak laki seorang dengan dia. Mungkin adik dia kowt, gua omong dalam hati. Gua jadi tak sedap duduk, yelah kerusi bertentangan dengan gua. Tak lama lepas tu datang sorang brader. Brader tu dudk antara dua orang tadi tu. Gua dengar lah brader tu cakap dengan awek tu.

Brader: Awok make dok lagi ni *slang kelantan.
Awek: I tak makan lagi. Takut nanti tak sempat pulak awak nak datang sini.

**********

Punggung gua mula rasa panas. Nak keluar ke tak nak. Itu yang tengah bermain dalam fikiran gua masa tu. Gua perasan, budak lelaki tu ada curi curi pandang gua. Tapi gua buat bodoh. Sambil tengah tunggu bapak gua, gua perhati sekeliling. Gua nampak sorang budak laki umor 5 tahun sedang bermain. Tiba-tiba dia tarik seluar sorang pak cik ni. Pak cik tu jeling, budak tu pun lari dekat bapak dia. Dengan slumber nya budak itu terus menarik kembali seluar pak cik tu dekat kaunter pembaharuan lesen. Tak sempat pak cik tu nak marah, budak tu dah bukak langkah seribu.

Mata gua tiba tiba tertumu dekat sorang uncle ne. Dari tadi keluar masuk dalam ofis JPJ. Dengan berseluar jeans dan t-shirt yang tak berjenama, dia pergi dari satu kuanter ke kuanter yang lain. Tiba-tiba bapak budak kecik tadi sound. "Jale molek sikit. Dok soh nok debey sangat gak." Gua gelak tertahan tahan. Kesian uncle tu.

Gua pandang sebelah kiri gua, budak tu masih lagi memerhati gua. Tiba tiba je gua geram. Gua gigit bibir gua. Terus gua berdiri, budak lelaki tu macam terkejut. Gua mula nak maki hamun budak tu, tiba tiba terhenti. Gua nampak bapak gua masuk dalam ofis balik. Gua dengan slumber nya duduk kembali. Niat gua terhalang. pfft.

Lebih kurang 5 minit kemudian, angka giliran gua tiba. Gua bukak purse klasik gua sambil jeling cermin di dalam purse, gua kasi Lesen Memandu gua dekat bapak gua. Bapak gua terus pergi ke kuanter bayaran. Gua pandang dekat budak lelaki tu dan kasi mata berapi gua. Gua terus berdiri dan keluar dari ofis JPJ bila dengar bapak gua panggil. Ok, dude lu terlepas kali ne. Line kali ada chance, gua sambar lu... Gua terus melangkah keluar dari ofis JPJ. Dan bonda gua pula tersenyum sambil menunggu kami di dalam kereta. The end.

Ofghilen.

Keadaan di dapur kelam kabut. Itu la keadaan nya. Tapi gua tak kesah. Sebab golongan ibu sibuk memasak. Gua turut join sekali. Turun dapur, kasi kotor tangan sikit. Baru anak perempuan. Hampir sebulan tidak meng-update blog. So sorry dude and babe. Gua lihat di dashboard, follower dah berkurang. Gua mintak maaf banyak banyak.. Siaran blog tergendala buat sebulan. Harap follower yang lain masih setia. Nanti ada masa senggang gua update ini blogeh. Yang pasti dalam waktu terdekat ni, gua dah kurang busy. :)