Bila Ramai Orang,


Itu hari, gua check lesen memandu gua. Tilik punya tilik. Rupanya dah expired date. Gua terus ajak bapak gua pergi sambung lesen. Alah, gua baru jer dapat lesen L so gua masih sengal sengal gaban sikit, tak tau nak pergi sambung macam mana. Member gua bilang sambung dekat Pejabat Pos pun boleh. Tapi dah alang-alang lalu depan JPJ, bapak gua terus singgah. Dia kata mudah dan cepat. Tak payah pergi Pejabat Pos, then minggu ne gua boleh terus buat QTI untuk lesen P.

Nak di jadikan cerita, gua baru pulang dari Kelantan. Singgah la JPJ yang berhampiran. Masuk ke dalam dengan muka poyo lagi sengal, gua terus duduk. Bapak gua jeling jeling, bagi isyarat suruh ambil number. Gua sengeh dan buat selamber. Bapak gua terus ambil number giliran. Gua masih ingat, angka giliran gua 189. Sekarang baru sahaja 174. Keadaan tak crowded mana. Sedang sedang sahaja.

Lepas 2 3 minit gua duduk, bapak gua bilang nak keluar jumpa member dia. So gua sit alone there. Datang la sorang awek duduk berhampiran gua. Gua perasan ada budak laki seorang dengan dia. Mungkin adik dia kowt, gua omong dalam hati. Gua jadi tak sedap duduk, yelah kerusi bertentangan dengan gua. Tak lama lepas tu datang sorang brader. Brader tu dudk antara dua orang tadi tu. Gua dengar lah brader tu cakap dengan awek tu.

Brader: Awok make dok lagi ni *slang kelantan.
Awek: I tak makan lagi. Takut nanti tak sempat pulak awak nak datang sini.

**********

Punggung gua mula rasa panas. Nak keluar ke tak nak. Itu yang tengah bermain dalam fikiran gua masa tu. Gua perasan, budak lelaki tu ada curi curi pandang gua. Tapi gua buat bodoh. Sambil tengah tunggu bapak gua, gua perhati sekeliling. Gua nampak sorang budak laki umor 5 tahun sedang bermain. Tiba-tiba dia tarik seluar sorang pak cik ni. Pak cik tu jeling, budak tu pun lari dekat bapak dia. Dengan slumber nya budak itu terus menarik kembali seluar pak cik tu dekat kaunter pembaharuan lesen. Tak sempat pak cik tu nak marah, budak tu dah bukak langkah seribu.

Mata gua tiba tiba tertumu dekat sorang uncle ne. Dari tadi keluar masuk dalam ofis JPJ. Dengan berseluar jeans dan t-shirt yang tak berjenama, dia pergi dari satu kuanter ke kuanter yang lain. Tiba-tiba bapak budak kecik tadi sound. "Jale molek sikit. Dok soh nok debey sangat gak." Gua gelak tertahan tahan. Kesian uncle tu.

Gua pandang sebelah kiri gua, budak tu masih lagi memerhati gua. Tiba tiba je gua geram. Gua gigit bibir gua. Terus gua berdiri, budak lelaki tu macam terkejut. Gua mula nak maki hamun budak tu, tiba tiba terhenti. Gua nampak bapak gua masuk dalam ofis balik. Gua dengan slumber nya duduk kembali. Niat gua terhalang. pfft.

Lebih kurang 5 minit kemudian, angka giliran gua tiba. Gua bukak purse klasik gua sambil jeling cermin di dalam purse, gua kasi Lesen Memandu gua dekat bapak gua. Bapak gua terus pergi ke kuanter bayaran. Gua pandang dekat budak lelaki tu dan kasi mata berapi gua. Gua terus berdiri dan keluar dari ofis JPJ bila dengar bapak gua panggil. Ok, dude lu terlepas kali ne. Line kali ada chance, gua sambar lu... Gua terus melangkah keluar dari ofis JPJ. Dan bonda gua pula tersenyum sambil menunggu kami di dalam kereta. The end.

Tiada ulasan: