Curious

Gua pandang tingkap dan lihat ke langit, rupanya matahari sudah menegak di atas kepala. Lagu-lagu Black Eyed Peas masih berkumandang di corong speaker. Kuat! Bergema jantung setiap kali lagu berdentum. Ape lah nak jadi dengan gua. Sambil mengemas buku dan novel yang berteraburan di lantai tiba-tiba gerak gua terhenti. Sehelai kertas keputusan peperiksaan final year di tangan. 3A, cukup makan ke?

*diam*

*termenum sejenak*

Spm, 3 abjad terlintas di minda. Sigh. Gua masih tercangkung di hadapan kertas dan buku berteraburan. Perancangan masa depan masih belum teratur. Semua kabur!


"You think I'm pretty 
Without any make-up on 
You think I'm funny
 When I tell the puch line wrong"


Nada Teenage Dream berkumandang di handpon gua. Sekeping text masuk. Setiap patah perkataan gua baca dengan teliti.

"So how, jadi nak tukar sekolah?"

*diam*

Monolog sendiri; semua dah sibuk pasal sekolah. Gua? Gua pula macam hendak tak hendak. Berbelah bagi bila member-member bincang pasal sekolah. -,- Tapi yang pasti gua Senior tahun depan, 2011. Dunia gua masih mimpi. Tak bangkit lagi ke alam realiti. Dan sekarang terasa seperti di alam hayalan. Terlalu berat memikul beban, mungkin. Sampai kan gua tak sanggup berjumpa realiti.

Tidak! Gua mesti kuat, mesti semangat, mesti sanggup berdepan dengan dugaan-Nya. Dan yang pasti walaupun masih bermimpi gua belum lagi putus asa. Tiada Putus Asa dalam kamus hidup gua. Dan semestinya gua kena berjaya. Amin.

2 ulasan:

Ninaa Joyy berkata...

Yakinkan diri yang lu boleh . itu je senjata lu ada sekarang :)

I'm JUNKS berkata...

Trimas, gua akn ingt kata-kata lu. ;)