Dairi Cinta Seorang Lelaki, 3


21 March.

Satu lagi hari yang kau buat aku tersenyum riang. Hari ini, hujan lebat. Kau mati akal hendak parking kereta dekat mana. Parking lot dekat McD semuanya dah penuh. Akhir nya aku bagi cadangan Drive Thru je dekat McD. Lagi pun masa tu takde orang. Macam biasa kau order Big Mac regular punya. Aku hanya pesan Mac Chicken plus Oreo's McFlurry kegemaran kau, aku belanja.

Kau bilang hari ini, nak tukar selera tempat makan. Kau cakap nak makan dekat tepi pantai. Aku tak tau apa bermain dalam fikiran kau. Yang aku nampak hanya lah hari ini hujan turun lebat. Macam mana nak pergi makan dekat tepi pantai? sigh.

Sampai sahaja di tepi pantai kau parking kereta dekat tengah-tengah lopak air. Kau cakap nampak macam kita tengah duduk atas pulau. Aku tertekan-tekan perut tahan ketawa. Mulanya aku pelik jugak, sebab tak pernah dibuat orang, tapi kau slumber jer parking tengah-tengah lopak air. Dah la lopak air tu luas pulak. Muat-muat untuk kereta Vios kau. lol. Kau tarik muncung 14. Okey, aku mengaku kalah. Apa sahaja lah kehendak kau, sayang.

Sambil hujan lebat, aku dengan kau makan dalam kereta. Seronak la pulak rasa! Biar kau agak kebudak-budakkan tapi aku suka. Sebab kau buat aku ceria.. Usai sahaja makan, mak aku telefon. Bimbang kan aku sebab demam aku sebelum ini tak pulih sepenuhnya lagi. Tiba-tiba kau tepuk kepala, kau bilang mama kau suruh pulang awal. Katanya suruh jaga butik.

Terus kau start enjin kereta, dan hendak pulang ke rumah. Tiba-tiba kereta tak bergerak, macam tersekat sesuatu. Aku keluar kereta dan terus check apa yang tak kena. Rupanya, tayar kereta dah tengelam separuh dek pasir pantai. Kau terus keluar dari kereta, ambil sebatang kayu dan cuba mengais pasir yang membuatkan tayar tengelam.

Then, dua orang uncle datang, dia suruh kau masuk kerata dan start enjin. Hendak tak hendak, terpaksa lah tolak kereta Vios kesayangan kau ne. Fuh, nasib lepas, kalau tak jamin kena panggil lori penunda. Lol. Kemudian datang sorang brader yang duduk tak jauh dari kereta kita orang. Brader tu cakap, "Dari tadi dah gua perhati dia orang ne parking kereta tengah-tengah lopak air. Entah ape ke jadahnya pun gua tak tau."

Telinga aku merah dengar brader tu sound. Datang bukan nak menolong, tapi nak buat sakit hati. Harapkan awek aku nak cepat jer kalu tak dah lama aku belasah brader tu. Lepas ucap terima kasih dekat 2 orang uncle tu, aku suruh kau cepat-cepat blahh dari situ. Aku tak cerita apa brader tu cakap kat kau, takut nanti kau kecik hati.

2 ulasan:

Ninaa Joyy berkata...

:) selama ni aku ingat kau perempuan. ehe.

I'm JUNKS berkata...

:D lah aku memang perempuan lah. Lol, ini cuma cerita imaginasi gua. har har har