Disember Malam.

Kepala mula rasa berdenyut. Hidung mula berair. Dah tak salah lagi. Gua demam! Body temprature naik lagi. Selepas minta bonda buatkan satu mug milo panas, gua terus cari duit. Kutip beberapa keping syiling bersama dua keping not RM 1. Dah, cukup tu.. Gua omong sendirian. Lepas semua dah cukup terus gua minta kebenaran bonda untuk ke kedai.

Dengan berseluar tido dan T-shirt Shell gua terus mencapai shawal dan mengenakan dengan ala kadar. Tak perlu berdandan, bukan nya hendak ke mall. Melangkah keluar dari pintu pagar sahaja, gua terbau bau yang sangat busuk. Gua dongak ke langit, nampaknya bulan mengambang penuh. Alang alang sudah melangkah, biar lah sampai ke kedai. Tiba tiba gua tersepak sesuatu! Tak guna, sape lah buang perut ikan depan pintu belakang rumah gua ne! pffft. omong dalam hati.

Ketika berjalan celah rumah jiran, gua pandang lah tingkap bilik rumah tu. Gua nampak anak jiran gua tengah pakai skaff sambil berpijami. Konon tiru stail modek. Dia berjalan sambil menilik muka di cermin tingkap itu. Gua yakin dia tak nampak gua. Gua terus senyum, dan terus mengetuk tingkap bilik dia. "Hoii," jerit Lukman. Gua terus gelak dan blahh. Nampak nya dia baru perasan.

Lepas beli Meggi Kari dan Mee Sedap, terus gua masuk meluru pulang ke rumah. Cuaca sejuk gaban macam dekat Iceland dalam mimpi gua. Bonda masih di bilik gua bersama bapak. Ber-facebook-ing. pfft. Air milo gua juga tak siap nampak gaya nya. Gua malas nak ambil tahu, terus gua masuk dapur masak meggi yang di beli tadi. Sudah takde yang lain untuk dilahap malam ni..

Oleh sebab gua terlambat hendak menonton mega movie, terus gua angkut periuk meggi yang baru masak ke depan tv. Sruppp, gua hirup meggi tu pelahan-lahan. Lepas teguk air sejuk dari peti, tiba tiba tahi cicak jatuh dihadapan periuk meggi gua. Cis, !@#$% punya cicak. Hilang selera gua nak makan meggi!

2 ulasan:

eqacashperlala berkata...

kurengg punye cicakk

siyes memang putus seleraa

I'm JUNKS berkata...

aah, buat gua makin demam pown ada sis. pfft