Memori,

Aku masih di sini. Masih berbaring dan tidak bermaya di atas buaian. Sekali lagi, sekali lagi aku nampak kau dalam bayangan. Dan itu cuma imaginasi aku sendiri. Penat. Aku sangat penat dengan segalanya yang kau cipta dalam kenangan. Kau buat aku rasa, seperti ketinggalan di alam realiti. Dan buat aku, selalu menoleh ke masa silam, hanya kerna hendak mengingati memori itu. Sehingga aku alpa dengan kehidupan realiti aku. Aku cuma harap suatu hari nanti semoga aku tidak menoleh lagi ke belakang, dan tidak  mengingati zaman aku bersama kau. Kerna memori itu, akan buat aku lemah dan tak bermaya. Seperti apa yang aku alami sekarang.

Tiada ulasan: