Sekadar Sepintas Lalu,

Cuba kau lihat dunia luar. Apa yang kau nampak? Kosong. Itu jawapan minda aku. Pernah aku terfikir, orang zaman sebelum 21st century memang best. Kalau lah aku ada mesin masa, dah lama dah aku nak balik zaman 90-an.

Student zaman sebelum 21st century ne kira beruntung. Langsung takde ganguan nak study except cinta-cintan, tv dan kecuali lagi sekali DIA SEORANG YANG PEMALAS.. You know why I'm saying like that? Cuba kau perhati sekeliling kau sekali lagi. Apa yang kau nampak? Aku hanya nampak golongan seperti ini sibuk bersosial. Tak kira dari segi sosial dalaman dan luaran. Maksud aku, sibuk ber-Facebook, ber-Twitter and ect.. Tak kurang juga sosial luaran, dress up sampai naik rak. Aku tak tau kenapa macam tu. Adakah mereka fikir orang akan menilai mereka dari sudut pakaian?

Bagi anak kecil pula, aku rasa mereka ne kurang sihat. Nak tau mengapa? Pagi petang, siang malam. PSP, Ps2, Ps3 dan ect tak lekang di mata tak jauh di tangan. Zaman kanak-kanak aku tak macam sekarang. Petang-petang, riuh sekampung. Pergi kejar anak lembu, main polis dan pencuri, bergelumang di dalam sawah dan baruh. Baru rasa real hidup. What a pathetic bagi children zaman sekarang. Aku faham, sekarang dah tak macam dulu. Silap hari bulan, lepaskan anak pergi main ke taman tak tentu pasal kena culik. Dulu mana ada kes macam tu. Kalau ada, boleh hintung dengan jari je. Maksud nya betapa sikitnya kes culik budak zaman dulu. Kalau aku pun jadi mak orang, aku pun tak biar anak anak keluar macam tu. Baik beli PSP kasi anak main.

Okey, cukup lah tazkirah dan celoteh aku buat hari ini. Cuma nak ingat kan kembali zaman dulu-dulu bagi sepintas lalu kepada pembaca sekalian. Hidup zaman sekarang terlalu banyak cabaran dan dugaan. Jadi sila kumpul courage anda bagi menempuhinya dengan tenang. :)

Tiada ulasan: