So-so Addicted.

Lepas sahaja gua keluar dari Starbuck, dua orang lelaki yang bergaduh menarik perhatian gua tuk menghampiri mereka. Cis, rupanya gaduh pasal perempuan.. Gua tak ambil pusing sebab benda tu remeh sangat bagi gua. Gua terus melangkah tanpa mempedulikan mereka lagi.Gua bukan jenis suka ambil tahu pasal relationship orang. Lantak la mahu bertumbuk ke, sepak ke, terajang sampai terberak sekali pun apa nak heran.

Ketika lepak di taman sambil makan aiskrim, tiba-tiba lelaki yang bergaduh tadi duduk sebelah. Muka dia merah. Tengah-tengah gua makan aiskrim tu, dia buat buat batuk depan gua. pfft. Saje nak cari pasal ne. Gua alih pandangan gua ke arah lain. Sorang lagi lelaki berjalan ke arah gua. Lelaki yang bergaduh dengan mamat sebelah gua tadi.

"Ape lagi ne dua ekor mamat nieh" marah dalam hati.

Gua tetap duduk di situ. Lantak la dia orang nak gaduh tepi gua, jangan sabitkan gua sudah! Gua bukak beg sandang, terus gua capai majalah Macho! Model lelaki cover majalah tu hensem siot, tapi rasa macam pernah nampak lah pulak. Gua pun padang lelaki sebelah gua tadi. Eh, serupa!! Gua tak puas hati. Lalu gua tarik baju dia pelan-pelan.

Gua: Brader, macam pernah nampak lah lu ne! 
*Gua terus letak cover majalah tadi di sebelah muka dia.
Gua: Same lahh braderr! Dennis Oh kan kan kan?
*gua tunjuk muka excited teramat.

Dennis Oh: Aah, you baru kenal ke I? I kan model.
*mulut gua terlopong luas..

Tanpa mempedulikan dia, gua jilat aiskrim tu lagi sambil selak majalah. pfft, semua hensem hensem. Tapi hensem sahaja tak cukup bagi gua. Perangai hodoh buat ape? Dah la dia bergaduh depan orang ramai. Nak kata ada set lakonan tadi kat sana takde lah pulak. Tiba-tiba sorang lagi lelaki duduk sebelah gua. 

"Ape kess ne? Kene kepit di lelaki pulak hari ni." bebel hati gua lagi.

Tak silap gua mamat sebelah kiri ne actor korea. Ape lah pelik sangat hari gua hari ni. Lepas meet model, actor pulak dahhh! Gua pandang kiri lalu gua cubit lengan baju actor korea tu dengan kuat. Nama dia Gong Yoo.

 Gua: Brader, boleh tepi sikit tak? Rimas lah. Dah takde tempat lain ke nak duduk?
Gong Yoo: Eh ikut suka hati aku lah. Ne bukak tempat duduk kau. 
*sambil dia mengesot rapat ke arah gua
Gua: Elok elok la brader, gua duduk sini dulu. Kalau nak gaduh, gaduh la kat lain.
*Gua pandang Dennis Oh, boleh pulak dia buat relex? pfft

Gua tak puas hati gua pun bangun. Tiba-tiba si Gong Yoo tarik beg sandang gua.. "Pop" aiskrim gua jatuh atas baju gua. Hati gua panas. Lalu gua ambil aiskrim yang jatuh atas baju gua, gua sapu muka Gong Yoo. Terus gua jalan laju, meneju ke tandas awam. "Ape lah malang sangat nasib hari ni." tu lah yang bermain di fikiran gua. Gua tak puas hati, baju gua baru je beli. Dah la mahal pulak tu, habis kotor! Akibat warna coklat dari askrim yang jatuh tadi, terpaksa la gua masuk ke kedai Topshop dan berpusu-pusu bersama orang ramai ke dalam perut pusat beli belah.

Lepas memilih baju yang sesuai, gua pergi ke casher. Sambil memcari purse, sorang laki datang bayar baju gua. Argh, Dennis Oh? Ape cer lak ne? Suruh gua hutang budi dengan dia ke ape? Gua tarik muka masam bersama mulut itik 4 inci. Protes tunjuk gua marah. Gua hulurkan duit kepada dia, dia menolak dengan baik. Pfft, ikut suka kau lah. Orang dah belanja, nasib aku lah hari ni. Keluar sahaja dari kedai, gua menuju ke restroom. Yelah nak salin baju yang kotor ne.. Dennis masih ikut gua. Gua buat bodoh je. Nak tengok, dia masuk ke tak restroom nanti. Har har har. Otak jahat gua tengah bermain.

Dennis: You marah?
Gua: Eh tak lah, suka sangattt! *muncung 4 inci masih di bibir.
Dennis: I tunggu you dekat luar ye??
Gua: Hurmm... *"lantak lu lah" bisik dengan pelahan.

Ketika berjalan menuju ke dalam, gua nampak tanda, AWAS LICIN! Gua masih berjalan dengan slumber. Mak cik yang sedang mop lantai bagi jeling 90 darjah. Gua pulak senyum sahaje. Annoying kan? Har har har. Tanpa ambil peduli mak cik tu tengah berleter dan mop-kan kembali tempat yang gua pijak tadi, tiba tiba gua terjatuh..

Bila gua bangun, gua raba dahi licin gua. pfft Benjol? Itu yang pertama muncul dalam otak gua sebelum rasa sakit. Gua perasan gua tercium lantai. Bila bukak mata gua nampak kertas kerja cuti sekolah bertaburan di lantai bilik.. Wtf? Mimpi lagi ke? Harharhar,


pssst*Igauan akibat overdos layan korean sepanjang cuti sekolah!


Tiada ulasan: