Tegang.


Dengan irama lagu Hujan yang perlahan, buat gua rasa lebih senang. Semuanya di sekeliling gua sedang berbalik abu. Sigh. Dah mula gua rasa tertekan. Bukan di sebabkan rentak muzik. Cuma akibat rasa simpati pada diri sendiri. Entah lah. Buntu lagi, fikiran ini.

Jilid-jilid buku komik Jepun yang di terjamah ke bahasa melayu sudah habis ditelaah. Hujan tadi petang memang lebat, sampai satu tahap, bilik gua dibasahi hujan akibat terlupa tutup tingkap. -,-' Gua seorang yang cemerkap dan gua admit benda itu. Mudah terleka apabila membuat sesuatu perkara.

Sekali lagi hari ini, gua bukak buku Biology. Otak sarat dengan pengisian data-data dan komplikasi bab terakhir Tingkatan 4. Ianya bukan terlalu rumit, cuma terasa seperti tidak cuku oxygen di dalam otak. Secawan kopi cukup buat mata terkankang luas untuk menelaah. 

Pabila terlihat buku matamatik tambahan pula, formula sibuk bertengkar di dalam otak. Peperangan antara soalan yang tidak mempunyai jalan kira buat gua buntu sekali lagi. Itu lah kelemahan gua. Soalan yang mempunyai jalan kira yang rumit bagi gua kerjanya mudah. Tapi bila keluar soalan yang tiada jalan kira otak sudah mula berasap. Sudah! Mati katak gua apabila masuk exam. Kertas 1 selalu sahaja rendah. Average mark hanya 50-60. Rendah betul. Masuk Kertas dua boleh pulak dapat 60-70. Fuuu.. fuuu.. Perlukan lebih usaha.

Belum lagi masuk tolak campur subjek lain lagi. Tapi apa yang pasti, gua tetap Tingkatan 5 tahun hadapan. Apa yang perlu gua buat sekarang hanya habiskan bab-bab Tingkatan 4 sebelum bermulanya pembelajaran tahun hadapan. Moga, tahun hadapan Tuhan mempermudahkan gua untuk menerima ilmu-ilmu yang akan dipelajari. Amin.

2 ulasan:

Ninaa Joyy berkata...

Hahaa. Aku pernah rasa macam kau dulu. So good luck okay ! :)

I'm JUNKS berkata...

Huhuhu. Ok nina. Thanks :)