Enchanted to meet you 2

"Here I was again tonight force laughter, 
faking smiles
Same old tired, lonely place 
wall insincerity 
Shifting eyes and vancancy vanished when I saw your face
All I can say it was enchanting to meet you."

*Gua dah nampak, perasaan itu terpaksa di ripped-off dari jiwa dan raga gua. Trimas dude. Gua faham, sangat faham dengan apa yang diertikan, walaupun yang sebenarnya gua sukar untuk melepaskan fakta itu. Dan kita mesti "macam ne" sahaja. Gua masih tak tau lagi apa motif lu bila saja buat gua tinggikan suara dan kemudian buat gua ketawa dengan gelagak lu. Walau apa pun motifnya, gua dah tak peduli sudah. Gua dah fikir masak-masak. Keputusan di tangan gua sudah. So, selamat berbahagia.

Enchanted to meet you



Ayat pertama :
Gua pun perempuan. Punya hati punya perasaan. Sekasar mana pun gua, status perempuan gua takkan bertukar menjadi lelaki.

Ayat kedua :
Gua tak tau, apa lu rasa tapi gua tak ingin tahu kalau boleh. Sebab gua tak nak lu dengan gua jadi macam "benda asing" bila hendak bercakap, bergelak, berlawak, bergurau, bertentang mata. 

Ayat ketiga :
Lu text gua. Tanya itu dan ini. Tapi apa motif lu ? Gua keliru. Gua bercelaru. Tapi gua tak mahu fikir semua tu. Sebab masa depan gua tiada tercatat nama lu. Maaf.

Ayat keempat :
Hey, lu punya perasaan kan ? Jadi lebih baik kita berteman. Sebagai teman mungkin lebih perfect atau macam "perfect two" bila gua dengan lu. Ouh, maaf gua perasan seorang diri.

Ayat kelima :
Gua suka lu tapi gua tak tahu mana nak mula. Jadi gua buat kesimpulan sendiri, kita kawan sudah lah. Gua pun tak pasti "suka" gua itu kawan atau lebih. 

Konklusinya :
Selamat berkawan, kawan. Dan semoga gua dengan lu berkawan sampai kekal. Gua tak minta lebih, cukup sekadar kawan.

*senyum*

Talking to you
makes my day

Gah.


Hey-hoo , hello. 

For sure I am pretty busy with ;
books , twitter , colouring my kindergarten's class ,
sleep , Cross-country for last week , homeworks ,
korean's movie for weekend and ect.

I'm sure that everyone has their on life to handle on.
So chill out, if I do not post any enrty.
Act, I'm start feeling lazy to update this old-folk's blogeh.

I don't know what I'm going to write about.
Fyi, today I really get pissed off with everything around me.
Sorry dear mother, I don't know what made me felt pissed today. :|

Haish, I wish my schedule was fulled for
every-minute-second or what so ever,
But . . . I don't know how to start it.
I'm pretty jealous with my friends because, 
her schedule was fulled with study, tuition and ect.
She don't have enough time to online.
Hehehe, Shay if you read this, I wish I could be like you.
;p

Well, that all for today and I am really sorry because I don't have enough time to update this blog.
Mian Hamnida !

O Level

Bergerak perlahan, semua bagaikan mimpi. Mengeluh. Gua penat, penat dengan diri sendiri. Apa? Semuanya lu hendak letakkan atas bahu gua? Bila gua ditanya cita-cita gua hanya mengeleng dan menjungkit bahu.

Biar sahaja waktu yang mementukan. Gua hanya mampu meneraju arah tujunya sahaja tapi belum tahu adakah ia akan berjaya. Nah, mood gua sudah hilang. Apa mahu lu buat? Tampar pipi chubby gua? Berani, cubalah! Huuh.

Ini effect. Effect daripada gua tidur dari 4.00 petang sampai 8.45 malam. Segalanya serabut. Dari atas katil beralih ke atas kerusi. Gila betul. Masih belum mandi, masih belum siapkan kerja, masih belum itu, masih belum ini. Jangan tanya gua sembahyang atau tidak?! Faham-faham jelah, gua ne manusia bernama perempuan.

Cukuplah gua berhenti mengarut. Gua cuma nak pesan, jangan tidur overdos. Nanti jadi macam gua ; lingkungan gelap bawah mata. Pipi semakin mengembang. Dan macam-macam lagi

Dan malam ini gua akan berjaga sampai pagi. Atau lebih tepat, tidak tidur. Hhaha, Rasa macam tak sabar sahaja. Bye.

Tak tau,


Dulu :

1. Fynn Jamal

2. Yuna

3. Ana Rafali

4. Zahiril Azim

5. Hanis Zalikha

- Gua tak kenal mereka siapa mereka-mereka di atas pada suatu ketika dahulu. Nama yang selalu bergelora dijiran-jiran tetangga sebelah blog gua. Siapa mereka?  Sighs.

Gua search dengan enjin google. Boleh dikatakan mereka ini agak popular. Tapi bagi makcik-makcik jiran sebelah rumah gua mungkin tak kenal. Bonda gua sendiri tidak kenal siapa Hanis Zalikha, apatah lagi bagi teman-teman gua yang kurang bermain dengan dunia alam maya ini. Mereka bukan kolot cuma sibuk dengan kerja sendiri. Kalau makcik-makcik sibuk bermain blog, facebook , twitter dan ect. siapa yang hendak memasak di dapur? Jawabnya tak berasap la dapur, kempunan lah perut suami mereka tak dapat makan air tangan isteri.

Gua jumpa Fynn Jamal dalam Facebook, gua dengar suaranya di Youtube, gua baca penulisannya di blog. Di pendekkan cerita, gua masih belum betul-betul kenal dengannya. Tapi gua betul-betul tahu, dia cuma seorang insan biasa yang lahir dengan kelebihan berpuisi dengan suara yang lunak yang tidak ada pada sesetengah insan contohnya gua sendiri. Ada bisik-bisik suara halus mengatakan, dia cuma membaca satu persatu patah perkataan ketika menyanyi. Tapi, bagi gua dia tetap ada daya tarikan sendiri. Manusia, sering ada rasa hasad dengki. Lumrah. Fynn Jamal, ini nota ringkas gua ingin katakan ; teruskan usahamu, jangan biar kata-kata yang menjengkelkan melanggar prinsip hidupmu.

*senyum*

Kemudian Yuna Zarai, tahniah, dapat masuk final masa AJL baru-baru ini. Yuna - Nama yang agak asing bagi gua tika masih di Menengah Rendah beberapa tahun dahulu. Pertama kali gua dengar suaranya, boleh di agak, punya satu magika yang boleh menarik perhatian orang. Mungkin dulu, ramai orang tak mengenalinya. Nama yang agak asing dahulunya, namun sekarang di sekolah gua selalu dengar, ada lagi suara-suara sumbang ataupun lunak menyanyikan lagunya terutama sekali Dan Sebenarnya. Dahulu, bila gua nyanyikan lagunya, jiran-se-meja gua tanya. Siapa penyanyi lagu tu? Senyum. Dalam hati gua bilang Yuna, mulut gua masih berkumat-kamit yang menyanyikan lagu Dan Sebenarnya.

Ana Rafali - Tahniah juga kerana menang dalam AJL baru-baru ini. Anda memang layak! Pedulikan apa orang kata di Twitter. Mereka tidak mengenali erti susah payah keringat kau. Nama Ana Rafali masih asing bagi gua. Pertama kali mendengar namanya ketika pertengahan bulan July tahun lepas. Terus gua search di 4shared. Apa yang boleh diperkatakan, penampilannya agak menarik. Seorang penyanyi yang baru sahaja muncul di arena nyanyian terus merembat juara pada AJL25. Mungkin sesetengah orang "terkena" kejutan budaya, kerna nama Ana Rafali terlalu asing! Pedulikan mereka. Gosip-gosip di tv mahupun surat khabar masih bergelora tentang ke menangan Ana Rafali. Tapi yang pasti Ana Rafali sudah johan. Fakta yang tak dapat di sangkal.

Zahiril Adzim - Baru sahaja beberapa kali meng-klik laman blognya, tapi gua masih tidak tahu siapa dia. Bila di-search rupanya dia merupakan seorang artis. Tapi gua masih jarang melihat mukanya di kaca tv, tapi mungkin juga silap gua sendiri sebab jarang sangat tengok tv? Penulisannya di blog boleh di katakan agak memberangsangkan. Senyum lah kau dengan bangga, kerna punya bakat menulis.

Hanis Zalikha - Lebih kurang dengan Zahiril Adzim, seorang blogger yang glamour plus seorang model yang nature beauty. Btw, gua memang agak tidak kenal sangat dengan diri nya. Buka blognya pun jarang-jarang. Mungkin sifat gua sendiri yang kurang feminin dan tidak suka benda yang ke perempuanan. Blognya penuh dengan tips yang berguna, tapi gua tak penah cuba. *gelak sendiri* Maaflah Cik Hanis Zalikha, saya cuma baca entri anda yang tertentu sahaja. *senyum ikhlas* 



pst - gua tak layak untuk mengkritik mahupun memberi komen kepada anda sekalia. Gua bukan juri yang handal, ini cuma monolog dan pendapat gua sendiri.

A Sista,

Gua selalu harap gua ada sista atau brother. Tapi punya sorang cousin yang baik dan cukup baik, buat gua rasa chill selalu. Macam sudah ada kakak sebenar. Okeh, hari ni gua pergi shopping barang nak buat korean food. Macam biasa, tempat yang di tuju cuma Mydin Mall dan Giant. Fyi, mula-mula cousin gua dengan gua nak buat pizza. Tapi bila fikir kosnya balik, mahal lah pulak. Jadi gua ambil pusing pasal money ne. Sebab semua benda pakai duit. Takkan lu nak beli pakai air liur kot? Tuih. Nah, kau aku ludah! Dapat aku beli McFlurry? Tak jugak. Hurmm. -,-

Pendekkan cerita, malam ne gua buat jajangmyu. So, gua nak share sikit resepi dia.

Jajangmyu Resepi:

Bahan yang diperlukan ;
-Black bean paste
-1 cawan mentah kentang yang dipotong dadu
-1 1/2 cup zucchini (timun jepun) yang dipotong dadu
-1 bawang besar yang dipotong dadu
-1 cangkir daging yang dipotong dadu
- 1/2 cawan ja jang ( black peas)
- 2 sudu teh tepung jagung yang dibancuh 1/4 cawan air sejuk
- segengam kacang peas beku
- 1 paket mee atau spegeti noodle ( anything else that suitable)

Cara-caranya ;
1. Chopping semua diperlukan untuk memotong
2. Gunakan kuali besar, panaskan minyak dan tumis daging dan kentang tadi.
3. Setelah bawang dan daging masak, masukkan zucchini dan bawang besar.
4. Kacau sehingga sebati, biarkan beberapa minit kemudian masukkan ja jang (black bean)
5. Masukkan kanji dan air, kemudian kacau serata.
6. Akhir sekali masukkan frozen peas ke dalam periuk.

Extra tips ;
- Perlahankan api ketika memasukkan kanji dan air

A lovely sound,



Over fall break you're comin' down to see me.
I know that the distance doesn't make this easy.

But when we come together it makes such a lovely sound.
That's why I'd give anything I have to work this out.

And everything I ever did didn't matter up 'till now.
You make my life worth while like you've completed me somehow.

And when we come together it makes such a lovely sound.
That's why I'd give anything I have to work this out.

For the first time in my life I know that I'm in love.
I could write a thousand songs about you, they would never be enough.

When we come together it makes such a lovely sound.
That's why I'd give anything I have to work this out

As you though,

everyone is born, 
but not everyone is born the same. 
some will grow to be butchers, or bakers, or candlestick makers. 
some will only be really good at making jell-o salad. 
one way or another, though,
 every human being is unique, 
for better or for worse.

Laugh Out Loud,

First Story,


Second Story,


*pss - What are they? They just a corny and funny jokes for us! LOL.

All right move,


It really bothers me when people on here show off how much of a low self esteem they have, and all of this thinspiration crap! I’m not having a go at any one in particular, I just really don’t understand it. If you feel ugly, then stop for a minute and research some books that can help you boost your confidence and give you advice, not research beautiful models with faces that don’t actually look humanly possible. If you feel fat, then why are you sat on a laptop or desktop lazing through blogs full of boney girls, huh? If you hadn’t noticed, not eating makes you look like a zombie. You will always be better off getting off your butts and going for a jog instead of crying about girls who look like Slim from A Bug’s Life.

Not only are you guys feeling bad about yourselves, but you’re even setting yourselves up to feel even worse. so stop it, it’s ridiculous! Unless you are Quasimodo, you’re fine. Unless you’re classed as morbidly obese, you’re fine too. And if you have a problem with the way they look, change it! Wear a new style, read a few books, try playing with a skipping rope for an hour. You can’t expect these things to happen by themselves. Unless you do something about it, you’re always going to feel the way you do.

Tak ke Mana.

Spesis cinta yang tak ke mana. Ah, kesian. How pathetic are they? Gua tak tau apa hebat sangat kuasa cinta. Bagi gua yang masih darah muda ne, "Love just for fun" itu lah yang gua selalu keep in my mind. Ada yang sampai crush tahap gaban. Tapi cinta tak terbalas juga.

Gua pernah la jugak bercinta sekali dua. Mungkin akibat terlalu putus arah. Gua dah give up dengan mende alah ne. So sebagai pemerhati, gua tak mampu nak kata apa-apa. Sebab gua pun bukan yang berpengalaman.

 Kesah dia;
Mula-mula dulu couple dengan si A, lepas clash konon sedih ingatkan dia. Lepas tu rasa marah dan kutuk diri sendiri sebab terlalu percaya cinta. Dan berkali-kali lagi dia crush dan jatuh cinta. Bende yang sama. Tahap cinta tak ke mana. Dan lagi, sekarang dia crush.

Di atas itu bukan cerita gua. Itu ialah apa yang gua nampak dan baca. Kesian. Dia lelaki yang malang. Sering jatuh cinta tapi, takut untung meluahkan nya. Konon takut kehilangan gadis yang dia sayang apabila menyatakan rasanya itu. Itu ialah realiti yang gua nampak. Mungkin sebab dia pernah dipermainkan perempuan. Entah lah. Sighs

Ah lantak lah. Bukan ada kena mengena dengan gua. Tapi hati gua tetap kesihan pada lelaki itu. Nasib lu tak baik lelaki. Harap lu akan jumpa true love lu. Dan gua akan keep support kau dari belakang walaupun lu tak tahu gua siapa, dan tidak pernah tau gua ada di belakang kau sambil memerhati. Maaf gua bukan stalker, gua cuma membaca apa yang lu taip. Harap lu tak salah faham. Be strong, man!



**Gua tak tau, lu follow gua atau tidak. Tapi kalau lu baca, harap lu sedar suatu hari nanti.

Hari Lesen, dan Lulus

Dengan cepat, gua sarung sandle yang menjerit di hadapan gua. Gua tak tau apa kes sandle tu menjerit. Mungkin sebab gua dah lama tak pakai dia kowt? Dengan berbaju kurung, gua mengagahkan kaki gua melangkah ke motor LC 135 merah. Bapak gua masih menunggu di motor itu. Mata gua pula tertumpu, di bahagian tayar. Kotor! Dipenuhi dengan lumpur dan kotoran yang menjengkelkan. 

Sampai sahaja di Real Photo, sorang awek berbaju kurung kuning datang meluru ke arah gua.

Awek: Boleh saya tolong?
Gua: Err, nak ambil gambar pasport boleh?
Awek: Okey, okey mari ikut saya.

Dengan berat kakinya gua melangkah perlahan-lahan. Kedainya cukup sederhana. Sudah gua masuk dalam bilik ambil gambar. Gua tenum muka gua di cermin. Ah, jerawat di kening! Jerit hati gua sorangan. Sambil tilik-tilik muka, betulkan selendang biru yang gua pakai, awek tu datang dengan senyuman. Sambil dia bagi isyarat tangan suruh duduk, gua pun duduklah atas kerusi di hadapan kamera Nikon nya.

Awek: Err, badan tegak sikit yer, dik.
*Gua buat kool dan terus tegakkan badan
Awek: Kepala tepi sikit sebelah kiri.
*Gua ikut apa yang dia bilang.

Tak lama kemudian, dia terus datang dekat gua. Tangan dia sibuk bermain di kepala dan bahu gua. Baiki posisi kedudukan gua nak ambil. gambar. 

*senyumm*

Flash light terpancar di mata gua. Argh silau! Jerit hati gua lagi. Dah, kemudian siap. Awek tu terus keluar dari bilik itu.. Gua mengekori dengan perlahan dari belakang. Lemas. Itu yang bermain di fikiran gua. Di kaunter, sambil menunggu gambar siap, gua terpandang album gambar penganting. Cantik dan kreatif. Tapi sayang, jika digunakan effect Photoshop pasti lebih cantik.

Awek: Nah, dah siap.
Gua: Berapa ringgit?
Awek: Sepuluh sahaja.

Sambil buat muka cuak akibat kaki gua sakit bengkak ketika menunggu, bapak gua hulur not 10 kepadanya. Gua senyum dan terus blahhh dari situ. 

Gua: Bapak, kenapa mata kakak nampak macam sepet ni. Macam mata stim pun ada gak.
Bapak: Dah jangan banyak songeh. Esok pergi buat lesen P dekat JPJ guna gambar tu.
Gua: Mata macam bapak lah. Anak sape lah ne kan? *wink-wink





*psss: Motor LC gua penuh dengan lumpur sebab gua malas basuh dan gua bawak hari-hari ke sekolah. Sebelum tu berenang dalam lumpur dulu sebelum sampai ke sekolah. Har har har. Kejam.

Kelabut

Gua sudah speechless bila masuk hari kedua sekolah. Sigh. Tup tup, teacher kesayang gua dah pindah ke unizar, jadi pensyarah. Nasib agak tak menentu. Semua orang sedang tertanya-tanya. Siapa guru bahasa inggeris baru kelas kami? Hari ini gua ketawa teramat over semasa di kelas, sambil buat corny jokes dan bercerita pasal actor korea dengan member sekelas. Patut lah mula-mula gua happy sangat. Ketawa sampai naik rak, rupanya dalam suka ada duka.

*diam*

Hari pertama sekolah, memang tak belajar lagi. Semua di sekeliling gua masih baru. Kelas baru, tablemate baru, cikgu baru, jadual baru atau lebih tepat serba-serbi baru. Hai, kepada tablemate baru gua. Maaflah, kalau perangai bodoh gua buat lu rasa tak selesa dan cuak gile. Gua cuma nak cheer up keadaan jer. Bukan berniat hendak menggangu.

Dah tutup buku lama bukak buku baru. Meh kita peluk ramai-ramai jangan duka jangan lara. Kita sama-sama minum air rebusan buku-buku text sains tulen dan semoga berjaya Spm nanti. Cheers,