Hari Lesen, dan Lulus

Dengan cepat, gua sarung sandle yang menjerit di hadapan gua. Gua tak tau apa kes sandle tu menjerit. Mungkin sebab gua dah lama tak pakai dia kowt? Dengan berbaju kurung, gua mengagahkan kaki gua melangkah ke motor LC 135 merah. Bapak gua masih menunggu di motor itu. Mata gua pula tertumpu, di bahagian tayar. Kotor! Dipenuhi dengan lumpur dan kotoran yang menjengkelkan. 

Sampai sahaja di Real Photo, sorang awek berbaju kurung kuning datang meluru ke arah gua.

Awek: Boleh saya tolong?
Gua: Err, nak ambil gambar pasport boleh?
Awek: Okey, okey mari ikut saya.

Dengan berat kakinya gua melangkah perlahan-lahan. Kedainya cukup sederhana. Sudah gua masuk dalam bilik ambil gambar. Gua tenum muka gua di cermin. Ah, jerawat di kening! Jerit hati gua sorangan. Sambil tilik-tilik muka, betulkan selendang biru yang gua pakai, awek tu datang dengan senyuman. Sambil dia bagi isyarat tangan suruh duduk, gua pun duduklah atas kerusi di hadapan kamera Nikon nya.

Awek: Err, badan tegak sikit yer, dik.
*Gua buat kool dan terus tegakkan badan
Awek: Kepala tepi sikit sebelah kiri.
*Gua ikut apa yang dia bilang.

Tak lama kemudian, dia terus datang dekat gua. Tangan dia sibuk bermain di kepala dan bahu gua. Baiki posisi kedudukan gua nak ambil. gambar. 

*senyumm*

Flash light terpancar di mata gua. Argh silau! Jerit hati gua lagi. Dah, kemudian siap. Awek tu terus keluar dari bilik itu.. Gua mengekori dengan perlahan dari belakang. Lemas. Itu yang bermain di fikiran gua. Di kaunter, sambil menunggu gambar siap, gua terpandang album gambar penganting. Cantik dan kreatif. Tapi sayang, jika digunakan effect Photoshop pasti lebih cantik.

Awek: Nah, dah siap.
Gua: Berapa ringgit?
Awek: Sepuluh sahaja.

Sambil buat muka cuak akibat kaki gua sakit bengkak ketika menunggu, bapak gua hulur not 10 kepadanya. Gua senyum dan terus blahhh dari situ. 

Gua: Bapak, kenapa mata kakak nampak macam sepet ni. Macam mata stim pun ada gak.
Bapak: Dah jangan banyak songeh. Esok pergi buat lesen P dekat JPJ guna gambar tu.
Gua: Mata macam bapak lah. Anak sape lah ne kan? *wink-wink





*psss: Motor LC gua penuh dengan lumpur sebab gua malas basuh dan gua bawak hari-hari ke sekolah. Sebelum tu berenang dalam lumpur dulu sebelum sampai ke sekolah. Har har har. Kejam.

Tiada ulasan: