Kelabut

Gua sudah speechless bila masuk hari kedua sekolah. Sigh. Tup tup, teacher kesayang gua dah pindah ke unizar, jadi pensyarah. Nasib agak tak menentu. Semua orang sedang tertanya-tanya. Siapa guru bahasa inggeris baru kelas kami? Hari ini gua ketawa teramat over semasa di kelas, sambil buat corny jokes dan bercerita pasal actor korea dengan member sekelas. Patut lah mula-mula gua happy sangat. Ketawa sampai naik rak, rupanya dalam suka ada duka.

*diam*

Hari pertama sekolah, memang tak belajar lagi. Semua di sekeliling gua masih baru. Kelas baru, tablemate baru, cikgu baru, jadual baru atau lebih tepat serba-serbi baru. Hai, kepada tablemate baru gua. Maaflah, kalau perangai bodoh gua buat lu rasa tak selesa dan cuak gile. Gua cuma nak cheer up keadaan jer. Bukan berniat hendak menggangu.

Dah tutup buku lama bukak buku baru. Meh kita peluk ramai-ramai jangan duka jangan lara. Kita sama-sama minum air rebusan buku-buku text sains tulen dan semoga berjaya Spm nanti. Cheers,

Tiada ulasan: