O Level

Bergerak perlahan, semua bagaikan mimpi. Mengeluh. Gua penat, penat dengan diri sendiri. Apa? Semuanya lu hendak letakkan atas bahu gua? Bila gua ditanya cita-cita gua hanya mengeleng dan menjungkit bahu.

Biar sahaja waktu yang mementukan. Gua hanya mampu meneraju arah tujunya sahaja tapi belum tahu adakah ia akan berjaya. Nah, mood gua sudah hilang. Apa mahu lu buat? Tampar pipi chubby gua? Berani, cubalah! Huuh.

Ini effect. Effect daripada gua tidur dari 4.00 petang sampai 8.45 malam. Segalanya serabut. Dari atas katil beralih ke atas kerusi. Gila betul. Masih belum mandi, masih belum siapkan kerja, masih belum itu, masih belum ini. Jangan tanya gua sembahyang atau tidak?! Faham-faham jelah, gua ne manusia bernama perempuan.

Cukuplah gua berhenti mengarut. Gua cuma nak pesan, jangan tidur overdos. Nanti jadi macam gua ; lingkungan gelap bawah mata. Pipi semakin mengembang. Dan macam-macam lagi

Dan malam ini gua akan berjaga sampai pagi. Atau lebih tepat, tidak tidur. Hhaha, Rasa macam tak sabar sahaja. Bye.

Tiada ulasan: