Tak tau,


Dulu :

1. Fynn Jamal

2. Yuna

3. Ana Rafali

4. Zahiril Azim

5. Hanis Zalikha

- Gua tak kenal mereka siapa mereka-mereka di atas pada suatu ketika dahulu. Nama yang selalu bergelora dijiran-jiran tetangga sebelah blog gua. Siapa mereka?  Sighs.

Gua search dengan enjin google. Boleh dikatakan mereka ini agak popular. Tapi bagi makcik-makcik jiran sebelah rumah gua mungkin tak kenal. Bonda gua sendiri tidak kenal siapa Hanis Zalikha, apatah lagi bagi teman-teman gua yang kurang bermain dengan dunia alam maya ini. Mereka bukan kolot cuma sibuk dengan kerja sendiri. Kalau makcik-makcik sibuk bermain blog, facebook , twitter dan ect. siapa yang hendak memasak di dapur? Jawabnya tak berasap la dapur, kempunan lah perut suami mereka tak dapat makan air tangan isteri.

Gua jumpa Fynn Jamal dalam Facebook, gua dengar suaranya di Youtube, gua baca penulisannya di blog. Di pendekkan cerita, gua masih belum betul-betul kenal dengannya. Tapi gua betul-betul tahu, dia cuma seorang insan biasa yang lahir dengan kelebihan berpuisi dengan suara yang lunak yang tidak ada pada sesetengah insan contohnya gua sendiri. Ada bisik-bisik suara halus mengatakan, dia cuma membaca satu persatu patah perkataan ketika menyanyi. Tapi, bagi gua dia tetap ada daya tarikan sendiri. Manusia, sering ada rasa hasad dengki. Lumrah. Fynn Jamal, ini nota ringkas gua ingin katakan ; teruskan usahamu, jangan biar kata-kata yang menjengkelkan melanggar prinsip hidupmu.

*senyum*

Kemudian Yuna Zarai, tahniah, dapat masuk final masa AJL baru-baru ini. Yuna - Nama yang agak asing bagi gua tika masih di Menengah Rendah beberapa tahun dahulu. Pertama kali gua dengar suaranya, boleh di agak, punya satu magika yang boleh menarik perhatian orang. Mungkin dulu, ramai orang tak mengenalinya. Nama yang agak asing dahulunya, namun sekarang di sekolah gua selalu dengar, ada lagi suara-suara sumbang ataupun lunak menyanyikan lagunya terutama sekali Dan Sebenarnya. Dahulu, bila gua nyanyikan lagunya, jiran-se-meja gua tanya. Siapa penyanyi lagu tu? Senyum. Dalam hati gua bilang Yuna, mulut gua masih berkumat-kamit yang menyanyikan lagu Dan Sebenarnya.

Ana Rafali - Tahniah juga kerana menang dalam AJL baru-baru ini. Anda memang layak! Pedulikan apa orang kata di Twitter. Mereka tidak mengenali erti susah payah keringat kau. Nama Ana Rafali masih asing bagi gua. Pertama kali mendengar namanya ketika pertengahan bulan July tahun lepas. Terus gua search di 4shared. Apa yang boleh diperkatakan, penampilannya agak menarik. Seorang penyanyi yang baru sahaja muncul di arena nyanyian terus merembat juara pada AJL25. Mungkin sesetengah orang "terkena" kejutan budaya, kerna nama Ana Rafali terlalu asing! Pedulikan mereka. Gosip-gosip di tv mahupun surat khabar masih bergelora tentang ke menangan Ana Rafali. Tapi yang pasti Ana Rafali sudah johan. Fakta yang tak dapat di sangkal.

Zahiril Adzim - Baru sahaja beberapa kali meng-klik laman blognya, tapi gua masih tidak tahu siapa dia. Bila di-search rupanya dia merupakan seorang artis. Tapi gua masih jarang melihat mukanya di kaca tv, tapi mungkin juga silap gua sendiri sebab jarang sangat tengok tv? Penulisannya di blog boleh di katakan agak memberangsangkan. Senyum lah kau dengan bangga, kerna punya bakat menulis.

Hanis Zalikha - Lebih kurang dengan Zahiril Adzim, seorang blogger yang glamour plus seorang model yang nature beauty. Btw, gua memang agak tidak kenal sangat dengan diri nya. Buka blognya pun jarang-jarang. Mungkin sifat gua sendiri yang kurang feminin dan tidak suka benda yang ke perempuanan. Blognya penuh dengan tips yang berguna, tapi gua tak penah cuba. *gelak sendiri* Maaflah Cik Hanis Zalikha, saya cuma baca entri anda yang tertentu sahaja. *senyum ikhlas* 



pst - gua tak layak untuk mengkritik mahupun memberi komen kepada anda sekalia. Gua bukan juri yang handal, ini cuma monolog dan pendapat gua sendiri.

Tiada ulasan: