Enchanted to meet you 3


Hari ni, hari yang biasa-biasa aje. Gua masih buat cool. Tanpa peduli apa orang kata. Lu nak sound gua ke? Fine, sound lah, gua tembak lu balik nanti. Tadi lu sound gua, gua lawan balik. Maaf dude, mulut gua tak boleh duduk diam. Mulut lu pun sama, gua tau itu fakta. Lu cakap macam kentut dalam kain tapi bisanya kuat. Gua cakap gegar satu bangunan, bahasa lagi tepat dan padat. So anggap lah seri atau estimate, ok?

Masa pulang lu berjalan belakang gua. Gua perasan, tapi gua buat bodoh. Malas nak peduli. Sebelum pulang tadi, dah dua tiga kali lu cakap, "gua nak pulang dulu" last-last berjalan belakang gua, mengikut sambil menghentak tapak kasut dengan kuat. Lagi sekali apa motif lu ? 

*diam*

Atau gua masih lagi perasan seorang diri ? Nah, itu yang paling gua takut. Menjadi seorang yang perasan pada sesuatu yang bukan untuk gua.

*termenum*

Tadi juga masa gua tengah lepak dengan member-member gua, gua tak perasan lu duduk sebaris dengan gua. Sambil gelak ketawa, gua terpandang ke arah lu. Lu tenum gua tepat ! Atau gua masih lagi perasan seorang diri ? Sighs. Gua tak suka bila keadaan jadi begini. Macam gua pulak yang over. 

*mengeluh*

Apa lagi gua nak cakap pasal hari ini ? Entah lah. Gua nak cerita banyak perkara, tapi banyak juga sebab yang menghalang. So mari kita diam dan termenum sebentar. Fikir elok-elok. Relevan atau tidak... Jadi kesimpulannya keadaan kita masih estimate. Masih belum tahu. Atau lebih baik buat-buat tidak tahu. 

Tiada ulasan: