My lips getting MORON,


Malam gelap gelita. Semua kabur. Tiada yang nyata. Bulan mengambang.. Cerah ! Gua berdiri di tepi tingkap. Memerhati keadaan di luar. Mengintai apa yang berlaku. Merenum malam gala.. Kesakitan masih menari riang.. Gila. Sungguh gila. Tapi ia masih di situ.

*sunyi*

Gua raba bibir gua. Jari jemari sibuk bermain di bibir. Sedang membaiki. Baiki bibir yang bengkak. Alergik mungkin ? Tapi tiada apa makanan yang "pelik" gua makan hari ini. Sighs. Plasma darah tak betul, mungkin. Shrugged. Macam-macam andaian boleh gua buat selagi belum berjumpa doktor. Tapii...

Ini 12.30 malam. Klinik ? Bapak dah tidur. Tak perlu menyusahkan. Baik sendiri nanti. Tolak tambah, mungkin esok pulih kembali.

Gua malas nak ambil pusing Syazwani Ramzi bilang #verysexy. Mungkin sexy selagi dia belum kena dan rasa sendiri. Gua lihat cermin. Tilik bibir yang bengkak lagi berminyak dah macam muncung itik. 

Arrhhh.. Hodohnya.

Cepat lah bibir. Baik cepat.. 


Tiada ulasan: