Hati, Jiwa, Amarah dan monolog


Gua harap, gua seekor burung.
Ditetaskan dari telur.
Yang makan cacing dan serangga,
Yang berkicauan dengan gembira.
Dan akhirnya,
Mati akibat ditembak / ditangkap / dilanggar.

Mengapa gua ingin menjadi burung ?

Kerna jangka hayat gua tidak panjang.
Ancaman bahaya di mana-mana sahaja. 
Senang untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

Tidak seperti manusia,
memikul beban, amanat dan tanggungjawab.
Sehingga kadang kala membuat seseorang itu tertekan.
Dan mati kandang kala ada yang menyeksakan.

Monolog sendiri;

Hati,
tabahlah.
Jangan putus asa.
Biar kering air mata.
Jangan putus asa lagi.

Ini dugaan-Nya.
Cuba lawan amarah dan sifat mu yang jelik.
Cuba ubah perangai dan sikap kasar mu.
Jangan biarkan ia menguasai jiwa dan akal mu.
Kerna itu agama mesti tetap didada.
Itulah satu-satunya panduan yang ada.

Tiada ulasan: