Mimpi

Di taman yang indah, lu datang pada gua lalu perlahan-lahan lu mengucup dahi gua.

Astarfirullahhalazim..

Gua terkejut dari tidur yang lena. Gua pandang kiri dan kanan, keadaan masih gelap gelita. Gua raba di hujung kepala gua sambil mata terpejam mencari-cari jam. Jarum pendek pada angka 3.

Gua keluar bilik gua capai mug lalu, menuang air kosong ke dalamnya. Dengan hausnya, gua minum dengan nikmat.

Tidak sampai 5 minit gua berada di situ, bulu roma gua terasa tegak, gua tengok toleh kiri tiba-tiba gua nampak lu yang disaluti darah dan amat mengerikan. Mug di tangan gua jatuh. Kaca seramik habis berteraburan di lantai.

*kringggg*

Jam loceng gua berbunyi. Mimpi di dalam mimpi rupanya.


Mainan syaitan durjana lagi.

*diam*

Gua pun sekian hal terlalu meningatkan dia sampai terbawa-bawa ke dalam mimpi.

Tiada ulasan: