Waklu,


Dengan suhu 16 darjah Celsius gua menaip ditemani Sally-melly. Kertas dan buku-buku latihan berteraburan di lantai. Apa ? Angin malas gua sudah datang. Jangan banyak soal.

*diam*

Gua tak tau mengapa sejak akhir-akhir ni gua jadi malas. SANGAT PEMALAS. Seorang pemalas yang luar biasa. Kerja yang diberi selalu sahaja tidak siap atau buat time last minit. 

*mengeluh*

Kalau boleh gua nak undur kembali waktu. Gua nak beli time machine satu dengan RM20. Gua nak reverse semua perkara yang sia-sia yang telah gua buat sejak awal tahun 2010. Tapi itu semua tak mungkin kan ? Ingat kereta ke nak main reverse dengan undo semula masa ? =='

*mengeluh*

Kedengaran macam menyesalkan ? Menyesal. Mungkin ada sedikit terbit perasaan itu dalam hati gua.Sudah tiada erti jikalau menyesal sekali pun. Tapi gua masih boleh ubah masa depan gua walaupun masa lalu gua pahit macam kopi. Itulah dinamakan hidup.

Life must go one. Lets get it start again. Its still not too late for someone like me. I'm just need many cup of coffee and caffeine so I could breath out from this uncomfortable condition. Poison could be medicine when we know how to deal with em. Am I rite ? So breath in and breath out nicely. World is not too mean to endure the atmosphere. 

Tiada ulasan: