Jodoh


Gua pernah tanya ustazah gua pasal jodoh. Ustazah gua cakap semua orang ada jodoh masing-masing yang telah ditetapkan. Itu memang pasti.

*diam*

Tadi nenek gua datang. Kebetulan gua baru sahaja bangun tidur. Tiba-tiba nenek gua tanya.

"Bila nak kawin ? Dah ada calon ke belum ? Mak dah tak sabar tu nak timang cucu.."

Woah, memang kaw-kaw soklan nenek gua. Dalam keadaan separa sedar, telinga gua masih dapat tertangkap butir bicara nenek gua.

"Tak kawin la nenek. Nak study dulu."

Gua masih lagi lentok di atas kerusi sambil gosok mata gua yang tak pedih tu. Keadaan gua masih separa sedar.

"Nenek nanti kalau Junks nak kawin, nenek tolong cari Tok Imam yang baru balik Mesir erk ?"

Gua senyum sendiri.

"Ok, calon dah ada kalau yang macam tuu. Tok imam dekat masjdi ******* ada."

Terus gua tersentap dari kerusi. Gua betulkan keadaan gua, gua senyum control cool.

"Eh nenek nak belajar dulu lah. Baru setahun jagung ne takkan nak kawin dah kot?"

Gua cuba berdalih dengan nenek gua.

"Alah, badan dah macam mak orang. Takpe lah. Tok imam tu pak arab "

"Pandai cakap melayu tak tu nenek ? Kang tak pasal-pasal nanti." Gua cuba berdalih lagi.

"Pandaii punya. Suara dia sedap. Sejuk je hati dengar dia mengaji."

Gua terdiam....

"Nenek gua ne serius  ke ?" monolog hati gua sendiri.

Terus gua bangun dari kerusi, capai tuala dan mandi. Nenek dan bonda tersenyum sahaja tengok gelagat gua. 



p/s: Selamat Hari Ibu <3 xoxo

Tiada ulasan: