Jodoh lah Jodoh.

Gua tak tau apa kes. Hari ni gua memang happening gila dengan bonda gua. Bercakap pasal lelaki yang kami jumpa masa kenduri kawin sepupu bapak gua. Btw, gua tak kenal pun siapa lelaki tu. Bonda yang sibuk cerita yang dia dapat masuk UPSI. Gua pula senyap sahaja masa itu, perut tengah meradanglah katakan.

Hari ni, sekali lagi bonda keluarkan cerita pasal lelaki tu. Gaya percakapan bonda memang lain. Haish, takkan bonda dah berkenan kot ? Gua gelak besar bila bonda tanya, ada tak lelaki tu bercakap dengan gua masa hari tu ? Lah, rupanya memang sah, bonda berkenan. Bonda kata, "Rupa ada, hensem, tinggi, sesuai lah dengan kakak." Semakin kuat gua ketawa.

Perspeksi bonda memang lain kali ni. Huh, gua sendiri tak faham. Bila gua tanya, bonda, dia nak jadikan lelaki tu calon menantu dia ke ? Bonda senyum meleret.

Ok, dah. Gua tak nak bayangkan perkara yang lebih jauh. Mengerikan siot. -,-

Btw, hubungan bonda dengan gua makin erat sepanjang cuti sekolah ni. I love you mom. <3

Tiada ulasan: