Gua, Tok Ayah dan Buku



#nowplayying make it gold by Ohbijou

Lately hidup gua bosan. Gua ingat korea, novel, psp, game online, hangout dan komik ialah kemahuan gua yang sebenar-benarnya. Rupanya ia ZERO. Langsung tak bawak happiness dalam hidup gua. Dua minggu yang lalu gua spent masa gua dekat rumah baru gua. Dengan kuat dan tabahnya hati gua, gua tonton korea. Gua fikir itu ialah kebahagian yang gua cari, yang telah lama gua idamkan selepas tamat SPM. Segalanya ialah palsu. Fantasi yang gua reka sendiri di dalam minda khayalan gua.

*mengeluh

Dua minggu gua sia-siakan masa gua begitu sahaja. Tapi bukan semua masa gua, gua sia-siakan. Dua minggu itu juga gua busy menolong persiapan perkahwinan Tok Ayah gua. He is the best grandpa that I ever had. Tok Ayah gua dah jumpa HAPPINESS dia. Tapi gua bila ? Bila? Bila?

*diam

Sepanjang dua mingggu itu gua berfikir apa yang gua inginkan sebenarnya. Merenung sejenak perihal masa lalu. Segalanya sepi. Fikiran gua kabur. Apa yang perlu dilakukan ? Selama ini buku menjadi peneman setia gua. Tika gelaran Pelajar Sekolah masih dipegang, gua selalu mengeluh. "Lambatnya nak habis sekolah.." Tapi sekarang?? Gua rindu buku-buku pelajaran gua. Buku teks yang entah ke mana hilangnya. Dengan penuh contengan seni air tangan gua sendiri. Semua suck sekarang. Gua nak belajar lagi. Gua bosan duduk diam sambil goyang kaki dan mulut kunci. Itu bukan gua. Gua perempuan HYPER!!

*sunyi

Gua rindu kawan-kawan gua. Yang selalu gua kenakan mereka, yang gua duk buli sambil jeling-jeling manja.
Especially si Power Ranges, Si lubang hidung kecik, Si ayu, Si polan bin polan, dan ramai lagi lah.. Gua rindu dorm gua. Dulu bukan main. Guling-guling atas katil kes nak balik rumah. Sekarang guling-guling depan laptop sambil taip gua RINDU buku, kawan, cikgu, (katil, loker baju, loker buku, bilik mandi num 1, dorm and junior-junior) nak cerita betapa gua rindukan dorm Ummu Habibah, dan aku rindu sebenar-benarnya subjek Add Math, Kimia, Biologi dan Fizik (pelajaran yang tak membosankan even kadang kadang tidur). Sebagai anak tunggal memang terasa kehilangan. Rutin norma yang sering gua jalani dahulu kini sudah berubah. Perjalanan sebenar baru sahaja bermula.

Gua tak nak baring sambil termenum di siling kapur. Itu kerja bodoh. Baik gua belajar something new even I'm not school kid anymore. K, bai. Gua nak belajar.