Tak Mengapa, Aku Ada.


Petang,

Aku bimbang. Rakan sebilik makin berkurang. Daripada lapan orang tinggal tujuh orang. Kemudian kurang lagi seorang. Sunyi. Itu yang akan aku bakal rasa. Selepas berbulan-bulan kami bersama, bermacam-macam telah kami lalui. Gelak tawa bersama, makan minum bersama, buat lawak bodoh dan tidur bersama. Walaupun dalam hati, kadang ada rasa tak kena, tapi ukhwah kami masih kekal sehingga hari ini.

Tadi sore, seorang lagi bekas rakan sebilik semesta lepas aku datang. Katanya, semesta depan sudah tak dapat bersama, - tukar hostel. Tadi juga ada khabar dari rakan sebilik aku yang lain, yang dia tak dapat nak tukar course. Rasa simpati kepada dia, tapi tidak tahu harus bagaimana aku berikan reaksi padanya. Sebab aku tahu, aku tak pakar dalam bab ni. Tapi terselit juga gembira dalam hati, kerna tak perlu kehilangan seorang lagi rakan sebilik kerna sudah pasti dia juga akan berpindah hostel apabila bertukar course.

Friendship - satu perkataan bermakna buat aku. Antara yang paling aku treasure. Mungkin kedengaran agak bodoh, tapi jika diberi pilihan untuk memilih teman lelaki ataupun kawan-kawan, aku akan pilih kawan-kawan. Walaupun mereka tak selalu ada untuk aku, tapi aku akan selalu ada untuk mereka. Bila mereka gembira, sedih, mahupun sakit.


May our friendship long lasting until Jannah. Amin.


- 7:45PM, atas katil roommate yang satu kepala dengan aku.


Gua, Satay dan Phobia.


Gua - 4 Tahun


Hendak dijadikan cerita, malam itu ada satu jamuan kecil. Seorang budak perempuan yang masih hingusan, sedang seronok menaiki basikal. Dia tahu bapaknya pasti akan memarahinya jika sesuatu yang buruk berlaku, tapi dia mula sekadar buat acuh tak acuh akan hal itu.

Malam itu juga bapaknya sibuk. Sibuk membakar satay. Bondanya juga sibuk melayan tetamu yang hadir. Jadi, peluang keemasan itu tidak akan sekali-kali dia lepaskan. Sambil mengayuh basikal, secucuk satay di dalam gengaman eratnya. Disebabkan basikal itu basikal roda tiga, dengan bangganya dia mengayuh basikal sambil melepaskan sebelah tanggannya untuk makan satay tersebut.

Sedang menikmati satay tersebut, matanya sudah hilang fokus kepada arah tuju yang hendak dipergi. Tidak lama selepas itu, satu bunyi kuat kedengaran. 

Bangggggg!!

Basikalnya jatuh ke dalam longkang. Badannya rebah ke bumi. Sataynya sudah hilang dari gengaman. Air mata masih belum menitis, rasa perit dan sakit mula menular diseluruh badan.

Bapaknya bergegas menuju ke halaman depan, melihat anaknya tersungkur di atas pasir dan roda basikal depannya berada di dalam longkang. Dengan muka yang marah, dia menuju ke arah anak perempuan tunggalnya. Satu cubitan yang perit lagi memedihkan singgah di bahu kanak-kanak 4 tahun itu. Apalah dia mengerti agaknya ?

Tangisan mula kedengaran. Air mata mula mengalir laju. Sedang bersuka ria duka menjelma. Satay sudah hilang, basikal ditinggalkan, lantas dia berlari menaiki tangga menuju ke arah bondanya.






#4 Tahun, apa yang dia mengerti ? Satay always gives her such a hard time.





p/s: Nasib longkang tu kecil sahaja, kalau tak memang nahas gua malam tu. Di tambah lagi dengan suprise bapak pada aku.





Satayphobia to-be-continue.

Imaginary Boyfriend


Since I'm just settle down a novel for one night, I started to thinking about my ideal types for A-boyfriend. I'm not pretty good in this stuff, but I'll try my best to do so. Actually, I'm not really in-to a guys. Doesn't mean that I am Lesbian. Nauzibillah! Yet, I don't really think it is necessary because, A Guy Stuff and ect bla bla bla is quite tiring and irritating me.

After finished reading Need by Carries Jones. I could tell you that, I really need a werewolf. Not Jacob in ze Twillight, okay ?! He is NOT SO MANLY. So I end up to give an exception for him from being my werewolf boyfriend. Nah, like it will happen in reallity.

To have a werewolf boyfriend,
who save you ,
cook for you,
comfort with
his warm body
is a good things.

So, let's meet in my dream okay. WEREWOLF BF ?





p/s: Imagination and Dreamland never fail you.


- 7:20 AM , Off to dreamland.

Memori.


Malam ; bulan hanya separa. Tapi masih segar dengan kekuningan-nya. Cantik! Pernah sekali masa dulu kala, aku menagis di luar bawah cahaya bulan. Tapi itu ceritara lama. Sudah lapuk. Dan tadi, sekali lagi aku rasakan seperti masa dulu kala. Tapi aku tidak menagis, cuma.. Cuma cahaya bulan sahaja yang tidak ingin menampakkan air mata ini yang menitis. Menitis sedih kerana kehilangan sesuatu yang amat di sayangi. Sebagai teman, aku sayang mereka. Seminggu sudah berlalu, dan terlalu lama sudah tidak ketemu.

Hati masih tercari-cari, mungkin mereka ada di sini. Aku dapat rasa, tapi aku tidak dapat pasti di mana mereka. Dan aku cuma mampu berharap dan berdoa supaya mereka kembali kepada aku :'(



- Monday, 13 September 2010 at 02:48 ; Cuma Ceritara 

Planet Popcorn

Planet Popcorn and Bloody Monday.

Itu je yang mampu buat aku bertahan malam ini.
Hebat. Sampai sekarang pun, aku masih di sini.
Masih belum memejamkan mata.

Rutin lama kembali.
Rutin yang paling aku anti.
Bila siang menjadi malam, dan malam menjadi siang.
Trauma ? Ya. Quiz aku teruk bila hari aku bertukar ganti.
Macam tahi.

Habiskan not 10 untuk Planet Popcorn memang berbalaoi.
Untuk satu malam sahaja, rutin aku bertukar kembali.
Menjadi kelawar di siang hari,
Dan seperti pungguk rindukan bulan bila hari malam.

Adios Amigos ~


- 6:16 AM , subuh menunggu.

Bertarung Dengan Diri Sendiri



Aku masih hidup di sini. Seperti zombi, aku rasa cacing memamah isi-isi aku ini. Semesta pendek memang pantas berlalu. Dua, tiga hari lagi, midterm muncul kembali. Kimia selalu buat aku tergadah. Seperti benci pada aku. Seperti tak rela untuk biarkan aku menelaahnya. 

Adakah masih timbul isu keberkatan? 

Dalam sujud aku, aku berdoa. Semoga guru-guru aku memaafkan aku, dan meredhai ilmu yang mereka berikan.. Mengeluh.. Dahulu aku selalu bertanya kepada diri sendiri, kenapa mesti perlu keberkatan seorang guru dalam menuntut ilmu ? Bukankah tanggungjawab mereka mencurah ilmu yang ada kepada kami sebagai pelajar? Suka atau tidak, itu masih kerja mereka. Mereka diberi gaji bulanan untuk berbakti kepada anak bangsa. Kenapa perlu ada isu redha dan tidak redha?

Terdiam..

Sekarang aku mengerti. Bila diri dimamah usia, pemikiran makin matang. Keberkataan dalam sesuatu perkara bukanlah sesuatu yang mudah. Seperti kita mentaati kepada ibu bapa kita, baru kita dapat keredhaan dari pada Ilahi. Baru kita terima keberkataan dalam perkara yang kita lakukan. Sukar untuk aku terangkan apa yang aku rasa sekarang.

Bagi kes menuntut ilmu, kita bukan sahaja menjaga hubungan kita dengan Allah. Kita patut menjaga hubungan kita dengan orang sekeliling kita. Baru dapat meraih keberkataan daripada Nya.

Sebagai contoh, aku yang dahulu - terlalu angkuh dengan kebijaksanaan sendiri, sehingga kadang lupa pada Sang Pencipta. Terlalu sombong dengan guru-guru ku sendiri sehingga keberkataan ilmu yang aku cari hilang. Dan bila terhantuk baru aku tersedar apa yang aku hilang. Seperti orang sasau aku mula mencari kesilapan aku sendiri untuk kembali.

-----------------------------------------------------------------------------------------


Sekarang aku di sini, bertarung separuh mati dengan kimia. Hampir putus asa tapi Al-Insyirah selalu penenang diri dikala dada aku kesempitan dan bahu aku terbeban. Mencari keredhaan Ilahi dan keberkataan dalam menuntut ilmu. Aku tak mahu masa lalu aku berulang kembali. Zaman perit yang penuh dengan dukacita dan kekecewaan atas kesilapan sendiri. 


Ya Allah, permudahkanlah aku untuk menelaah kimia.. Amin




- 1.31 AM, 227B, menumpang di katil orang.

Mendung Hati


Aku tak pernah menagis dihadapan bonda seperti hari ini. Aku tak punya tempat untuk mengadu. Akhir-akhirnya aku kembali juga pada bonda. Walaupun kami tak serapat seperti pasangan anak-ibu yang lain, tapi ini perihal keluarga. Aku tak rasa aku boleh bercerita pada orang lain hal masalah ini. Hati aku terbeban. Renyuk hati aku. Dan bila aku luahkan apa aku rasa, apa yang terjadi sebenarnya hati mula rasa ringan. Tak ada senandung lagu sedih. Aku tau tak baik kalau berkecil hati dengan orang, tapi aku cuba menafikan perasaan itu. Pengakhirannya, aku meluahkan segalanya kepada bonda. Bonda juga tempat aku mengadu. Walau selalu berperang di medan dapur, aku baru rasa penangan seorang bergelar ibu. 

Terima kasih, bonda.

Aku tau hari ini sepatutnya hari gembira bagi aku, tapi lain pula yang jadi.




p/s: TST - Tahu Sama Tahu





-5.45 pm, dapur; aku, bonda dan kek coklat

Hari Malang ?

Hari itu panas terik. Aku pulang sendiri dari sekolah. Tak lama kemudian 2 orang perempuan menyapa aku. Tak perlu di tanya siapa. Tapi yang pasti aku kenal mereka. Sibuk bertanya; apa berlaku pada aku. Aku?

11 October bersamaan 2 Ramadhan.

Hidup aku kacau bilau. Perlu ke aku ungkit kembali kisah ini ? Mungkin belum tiba masa yang sesuai. Sebab aku masih rasa terancam dengan perkara ini. Dan hard copy "entry" masih bersama mereka. Mungkin. Bukan bacul. Cuma berjaga-jaga. Tak mahu ulang mistake yang serupa.

Blah blah blah

Published with Blogger-droid v2.0.9

PSYCHO Day


Yesterday, I got into a fight. Not a real fight like those men always do. It is a PSYCHO fight. Actually,I didn't want to end it that way. But, my heart is already exploded a day before it. I was screaming all over the house. And my mom did called me crazy for my lunatic behavior. I don't know what the hell is going on right now. I think our relationship end that way. I did asked him to act like we're never knew each other. Mean girl. I knew that. Yet, that is the best way for me. I don't care what he thinks about it. Actually, I'm already forget his number since before I entered my collage, and moreover, I did ask him to delete my phone number. That was the best decision that I ever made you know ?! 

Then, he did whatsapp me on my phone. Like seriously, wishing me for good luck in examination. I know it is not a bad thing. But you know, when you already forget someone and not long after that when you reread the phone number that on the screen, you just realize that it was your !@##$$%^&&. Wow, amazing! And the thing that put a shame on me is, how could I asked him "who is this?" with a smile on the last sentences. 

Enough!

About yesterday, I felt so angry over him. Actually a couple months ago, I didn't end it really well. I'm just asked him to stop contact me and delete my number. Yesterday, I asked him to act like we're never knew each other, and if he meet me in person, just walk away like he always do. Quite daring, for those words. Even back then, we're just friend, but I wanted to stop being friend with him. For what happen in past few year, I don't think that I can continue it like this. Even, you still want to be friend with me. Let's stop it here. These days, you kept annoying me. Felt harted that I can't ignore it. Till now, I'm sick of man. Sick of you, sick of every man in this world. I don't want to hate you, but your behavior was a shamed on me. No its not a shamed on me but yourself. Hopefully, you'll realize what is the biggest mistake you ever done on yourself. Until now, I don't think that I can tell you why I feel this way. 

Beautiful Assassin




Recently, I am pretty busy with this book.
A historical fiction novel by Micheal White.
After all, it is nice to be read
Yet, I'm still not finish reading this book.
Will continue my holiday by reading this book.



прощавайте

Durjana Manusia

Aku ada cerita hendak dikhabarkan.
Tapi celaka tiba bila aku buka Tumblr.



I'm need to deactivate Tumblr account ASAP!
Aku tak pernah kenal kau siapa. Nama apa. Umur berapa. Dan kita hanya pernah berjumpa dua kali sahaja. Tanpa bersua kata. Tapi aku suka kau. Tapi aku tak nak ada hubungan apa-apa dengan kau. Walaupun kadang hati ini berharap, Allah jodohkan aku dengan kau. Aku tau perjalanan aku masih panjang. Jadi aku biarkan hati ini kosong, tanpa pengisian cinta manusia kerna aku tau Allah telah tetapkan yang terbaik untuk aku. Kalau kau jodoh aku, panjang umur tak lari ke mana tali ikatan kita.
Gua stalk lu.. Apasal? Marah.
Marah lah. Langsung tak kesahhh

Kenyit mata sebelah

Gua stay sini, hidup gua selalu diexposekan pasal kahwin awal.


Kahwin awal ?



Hehehe
I was about to cry. But I hold my tears from rolling on my cheeks. Can I cry now ? :'(

Godai 2

Syaitan gua selalu berbisik..

"Junks just send a text to him. Nothing will goes wrong. Just a text. It will never affect your life. Please? I know you miss him very much. Just follow what your heart said. I know you very well Junks."

Okay, pandaikan syaitan gua speaking. Gua pun tak terror sampai macam tu sekali. Ohsem betul syaitan ni. Lepas tu dia reka skandal dalam mimpi gua. Mahu buat gua rasa bersalah seumur hidup kononnya. Gua tauu gua ada silap dulu. Tapi gua dah berhenti. Cukup sampai di sini. 

Dan gua dah tak nak ulang mistake yang serupa. Bikin dosa, dan gua tau, suatu hari nanti ada seseorang yang akan datang dan tarik gua keluar dari belengu ni.

Allah dah tetapkan yang terbaik bagi hambaNya. I believe in Him.

Godai

It's killing me when I still keep the memories of yours.

Walking Tall

The Rock is Cooking.


Hihihi.

He the Best.

Sebab gua pernah dihempap oleh batu besar, gua tau apa rasanya bila dipulaukan oleh mereka.

Dan bila gua sedar di manakah silapnya, gua mula perbaiki keadaan.

Ubah masa hadapan. - Itu yang gua janji dihati.

Dan hari ini satu persoalan timbul;

Jika gua tidak sedar di mana kekurangan, di mana kesilapan dan di mana tempat yang sebenar-benarnya gua berada dan dalam situasi mana gua tika itu, - mungkin kejayaan ini tidak akan gua gapai.

Dan MUNGKIN,

Tika ini gua sedang sesali tentang apa yang tidak gua lakukan pada masa lalu.

Menyesal tidak sudah mungkin.

Dan yang pasti, gua tidak dapat ubah masa lalu gua yang penuh dengan perkara sia-sia itu.


Alhamdulillah.
Pada masa lalu Allah tidak biarkan gua dalam keadaan yang terumbang-ambing. Malah, Dia memberi gua petunjuk untuk memilih jalan  yang benar. Subhanallah.

Jika tidak, masa sekarang sudah pasti gua kenangkan masa lalu yang melalaikan.

Senyum.

Gua dan Interview


Foster The People - Helena Beat


Sometimes life it takes you by the hair, pulls you down
Before you know it, it's gone and you're dead again
I've been in places and I wont pretend
Yeah I'd make it out just to fall on my head



#Gua di tengah bandar yang asing - Sri Iskandar, UTP, 24 April and 25 April

Remain The Same

My heart still remain the same. However, I'm glad that you're not the number one in my heart.

Kiss.

Driving License

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, gua lulus test JPJ untuk lesen kereta.




Kelantan, here I come !!

Tahi Lalat.



Tadi gua memasak di dapur. Sambil-sambil memasak bonda jadi juri disebelah. Juri merasa.

Bonda : Untung lah suami kakak nanti, bini pandai masak
Gua : Heh, yer lah tu bonda.
Bonda : Eh, tahi lalat kakak makin besar ? Meh bonda nak rasa. Kau gosok ehh.
Gua : Mana ada bonda. Alah, jangan la sentuh, nanti makin besar !
Bonda : Bonda teringat budak lelaki tu. Dia pun ada tahi lalat dekat pipi sama macam kakak. Biasanya suami isteri selalu ada chemistry. 
Gua : Ingat lagi lelaki tu ? Aduh ! Ingat ke bonda dah lupa. 
*gua senyum kambing, sambil sorok senyum malu dalam saku baju.
Bonda : Sesuailah kakak dengan dia. Hahahaha.
Gua : Apa bonda merepek ni. Tak nak lah ! -,-
Bonda : Tapi tak boleh kahwin dengan orang ada pertalian darah dengan kita. Tak elok. Tapi, kakak dengan dia dah jauh kot. Kakak dengan dia dua pupu kan ?
Gua : Aah. Tapi takde makne nye bonda.


-The End






#p.s : Bonda, anakmu ini baru 18 tahun. Ape lah sangat nak bincang soal jodoh. Usia mentah lagi ni.




#p.ss: Rasa awkward bila mention yang gua sudap 18 tahun yang tidak rasmi lagi. Cheers, 2012





*senyum sendiri

Gua, dan jam 5.17 pagi

Mata gua masih keras.

Lagi keras dari batu.

Kenapa?

Adalah tuuu.

Mane boleh kasi tau.

K, bai.





p/s: Bapak selamat sekolah esok, anak mu dah tak sekolah dahhh.. Hahahhaa :D