He the Best.

Sebab gua pernah dihempap oleh batu besar, gua tau apa rasanya bila dipulaukan oleh mereka.

Dan bila gua sedar di manakah silapnya, gua mula perbaiki keadaan.

Ubah masa hadapan. - Itu yang gua janji dihati.

Dan hari ini satu persoalan timbul;

Jika gua tidak sedar di mana kekurangan, di mana kesilapan dan di mana tempat yang sebenar-benarnya gua berada dan dalam situasi mana gua tika itu, - mungkin kejayaan ini tidak akan gua gapai.

Dan MUNGKIN,

Tika ini gua sedang sesali tentang apa yang tidak gua lakukan pada masa lalu.

Menyesal tidak sudah mungkin.

Dan yang pasti, gua tidak dapat ubah masa lalu gua yang penuh dengan perkara sia-sia itu.


Alhamdulillah.
Pada masa lalu Allah tidak biarkan gua dalam keadaan yang terumbang-ambing. Malah, Dia memberi gua petunjuk untuk memilih jalan  yang benar. Subhanallah.

Jika tidak, masa sekarang sudah pasti gua kenangkan masa lalu yang melalaikan.

Senyum.

Tiada ulasan: