Aku tak pernah kenal kau siapa. Nama apa. Umur berapa. Dan kita hanya pernah berjumpa dua kali sahaja. Tanpa bersua kata. Tapi aku suka kau. Tapi aku tak nak ada hubungan apa-apa dengan kau. Walaupun kadang hati ini berharap, Allah jodohkan aku dengan kau. Aku tau perjalanan aku masih panjang. Jadi aku biarkan hati ini kosong, tanpa pengisian cinta manusia kerna aku tau Allah telah tetapkan yang terbaik untuk aku. Kalau kau jodoh aku, panjang umur tak lari ke mana tali ikatan kita.