Mendung Hati


Aku tak pernah menagis dihadapan bonda seperti hari ini. Aku tak punya tempat untuk mengadu. Akhir-akhirnya aku kembali juga pada bonda. Walaupun kami tak serapat seperti pasangan anak-ibu yang lain, tapi ini perihal keluarga. Aku tak rasa aku boleh bercerita pada orang lain hal masalah ini. Hati aku terbeban. Renyuk hati aku. Dan bila aku luahkan apa aku rasa, apa yang terjadi sebenarnya hati mula rasa ringan. Tak ada senandung lagu sedih. Aku tau tak baik kalau berkecil hati dengan orang, tapi aku cuba menafikan perasaan itu. Pengakhirannya, aku meluahkan segalanya kepada bonda. Bonda juga tempat aku mengadu. Walau selalu berperang di medan dapur, aku baru rasa penangan seorang bergelar ibu. 

Terima kasih, bonda.

Aku tau hari ini sepatutnya hari gembira bagi aku, tapi lain pula yang jadi.




p/s: TST - Tahu Sama Tahu





-5.45 pm, dapur; aku, bonda dan kek coklat

Tiada ulasan: