Tak Mengapa, Aku Ada.


Petang,

Aku bimbang. Rakan sebilik makin berkurang. Daripada lapan orang tinggal tujuh orang. Kemudian kurang lagi seorang. Sunyi. Itu yang akan aku bakal rasa. Selepas berbulan-bulan kami bersama, bermacam-macam telah kami lalui. Gelak tawa bersama, makan minum bersama, buat lawak bodoh dan tidur bersama. Walaupun dalam hati, kadang ada rasa tak kena, tapi ukhwah kami masih kekal sehingga hari ini.

Tadi sore, seorang lagi bekas rakan sebilik semesta lepas aku datang. Katanya, semesta depan sudah tak dapat bersama, - tukar hostel. Tadi juga ada khabar dari rakan sebilik aku yang lain, yang dia tak dapat nak tukar course. Rasa simpati kepada dia, tapi tidak tahu harus bagaimana aku berikan reaksi padanya. Sebab aku tahu, aku tak pakar dalam bab ni. Tapi terselit juga gembira dalam hati, kerna tak perlu kehilangan seorang lagi rakan sebilik kerna sudah pasti dia juga akan berpindah hostel apabila bertukar course.

Friendship - satu perkataan bermakna buat aku. Antara yang paling aku treasure. Mungkin kedengaran agak bodoh, tapi jika diberi pilihan untuk memilih teman lelaki ataupun kawan-kawan, aku akan pilih kawan-kawan. Walaupun mereka tak selalu ada untuk aku, tapi aku akan selalu ada untuk mereka. Bila mereka gembira, sedih, mahupun sakit.


May our friendship long lasting until Jannah. Amin.


- 7:45PM, atas katil roommate yang satu kepala dengan aku.


Gua, Satay dan Phobia.


Gua - 4 Tahun


Hendak dijadikan cerita, malam itu ada satu jamuan kecil. Seorang budak perempuan yang masih hingusan, sedang seronok menaiki basikal. Dia tahu bapaknya pasti akan memarahinya jika sesuatu yang buruk berlaku, tapi dia mula sekadar buat acuh tak acuh akan hal itu.

Malam itu juga bapaknya sibuk. Sibuk membakar satay. Bondanya juga sibuk melayan tetamu yang hadir. Jadi, peluang keemasan itu tidak akan sekali-kali dia lepaskan. Sambil mengayuh basikal, secucuk satay di dalam gengaman eratnya. Disebabkan basikal itu basikal roda tiga, dengan bangganya dia mengayuh basikal sambil melepaskan sebelah tanggannya untuk makan satay tersebut.

Sedang menikmati satay tersebut, matanya sudah hilang fokus kepada arah tuju yang hendak dipergi. Tidak lama selepas itu, satu bunyi kuat kedengaran. 

Bangggggg!!

Basikalnya jatuh ke dalam longkang. Badannya rebah ke bumi. Sataynya sudah hilang dari gengaman. Air mata masih belum menitis, rasa perit dan sakit mula menular diseluruh badan.

Bapaknya bergegas menuju ke halaman depan, melihat anaknya tersungkur di atas pasir dan roda basikal depannya berada di dalam longkang. Dengan muka yang marah, dia menuju ke arah anak perempuan tunggalnya. Satu cubitan yang perit lagi memedihkan singgah di bahu kanak-kanak 4 tahun itu. Apalah dia mengerti agaknya ?

Tangisan mula kedengaran. Air mata mula mengalir laju. Sedang bersuka ria duka menjelma. Satay sudah hilang, basikal ditinggalkan, lantas dia berlari menaiki tangga menuju ke arah bondanya.






#4 Tahun, apa yang dia mengerti ? Satay always gives her such a hard time.





p/s: Nasib longkang tu kecil sahaja, kalau tak memang nahas gua malam tu. Di tambah lagi dengan suprise bapak pada aku.





Satayphobia to-be-continue.

Imaginary Boyfriend


Since I'm just settle down a novel for one night, I started to thinking about my ideal types for A-boyfriend. I'm not pretty good in this stuff, but I'll try my best to do so. Actually, I'm not really in-to a guys. Doesn't mean that I am Lesbian. Nauzibillah! Yet, I don't really think it is necessary because, A Guy Stuff and ect bla bla bla is quite tiring and irritating me.

After finished reading Need by Carries Jones. I could tell you that, I really need a werewolf. Not Jacob in ze Twillight, okay ?! He is NOT SO MANLY. So I end up to give an exception for him from being my werewolf boyfriend. Nah, like it will happen in reallity.

To have a werewolf boyfriend,
who save you ,
cook for you,
comfort with
his warm body
is a good things.

So, let's meet in my dream okay. WEREWOLF BF ?





p/s: Imagination and Dreamland never fail you.


- 7:20 AM , Off to dreamland.

Memori.


Malam ; bulan hanya separa. Tapi masih segar dengan kekuningan-nya. Cantik! Pernah sekali masa dulu kala, aku menagis di luar bawah cahaya bulan. Tapi itu ceritara lama. Sudah lapuk. Dan tadi, sekali lagi aku rasakan seperti masa dulu kala. Tapi aku tidak menagis, cuma.. Cuma cahaya bulan sahaja yang tidak ingin menampakkan air mata ini yang menitis. Menitis sedih kerana kehilangan sesuatu yang amat di sayangi. Sebagai teman, aku sayang mereka. Seminggu sudah berlalu, dan terlalu lama sudah tidak ketemu.

Hati masih tercari-cari, mungkin mereka ada di sini. Aku dapat rasa, tapi aku tidak dapat pasti di mana mereka. Dan aku cuma mampu berharap dan berdoa supaya mereka kembali kepada aku :'(



- Monday, 13 September 2010 at 02:48 ; Cuma Ceritara 

Planet Popcorn

Planet Popcorn and Bloody Monday.

Itu je yang mampu buat aku bertahan malam ini.
Hebat. Sampai sekarang pun, aku masih di sini.
Masih belum memejamkan mata.

Rutin lama kembali.
Rutin yang paling aku anti.
Bila siang menjadi malam, dan malam menjadi siang.
Trauma ? Ya. Quiz aku teruk bila hari aku bertukar ganti.
Macam tahi.

Habiskan not 10 untuk Planet Popcorn memang berbalaoi.
Untuk satu malam sahaja, rutin aku bertukar kembali.
Menjadi kelawar di siang hari,
Dan seperti pungguk rindukan bulan bila hari malam.

Adios Amigos ~


- 6:16 AM , subuh menunggu.

Bertarung Dengan Diri Sendiri



Aku masih hidup di sini. Seperti zombi, aku rasa cacing memamah isi-isi aku ini. Semesta pendek memang pantas berlalu. Dua, tiga hari lagi, midterm muncul kembali. Kimia selalu buat aku tergadah. Seperti benci pada aku. Seperti tak rela untuk biarkan aku menelaahnya. 

Adakah masih timbul isu keberkatan? 

Dalam sujud aku, aku berdoa. Semoga guru-guru aku memaafkan aku, dan meredhai ilmu yang mereka berikan.. Mengeluh.. Dahulu aku selalu bertanya kepada diri sendiri, kenapa mesti perlu keberkatan seorang guru dalam menuntut ilmu ? Bukankah tanggungjawab mereka mencurah ilmu yang ada kepada kami sebagai pelajar? Suka atau tidak, itu masih kerja mereka. Mereka diberi gaji bulanan untuk berbakti kepada anak bangsa. Kenapa perlu ada isu redha dan tidak redha?

Terdiam..

Sekarang aku mengerti. Bila diri dimamah usia, pemikiran makin matang. Keberkataan dalam sesuatu perkara bukanlah sesuatu yang mudah. Seperti kita mentaati kepada ibu bapa kita, baru kita dapat keredhaan dari pada Ilahi. Baru kita terima keberkataan dalam perkara yang kita lakukan. Sukar untuk aku terangkan apa yang aku rasa sekarang.

Bagi kes menuntut ilmu, kita bukan sahaja menjaga hubungan kita dengan Allah. Kita patut menjaga hubungan kita dengan orang sekeliling kita. Baru dapat meraih keberkataan daripada Nya.

Sebagai contoh, aku yang dahulu - terlalu angkuh dengan kebijaksanaan sendiri, sehingga kadang lupa pada Sang Pencipta. Terlalu sombong dengan guru-guru ku sendiri sehingga keberkataan ilmu yang aku cari hilang. Dan bila terhantuk baru aku tersedar apa yang aku hilang. Seperti orang sasau aku mula mencari kesilapan aku sendiri untuk kembali.

-----------------------------------------------------------------------------------------


Sekarang aku di sini, bertarung separuh mati dengan kimia. Hampir putus asa tapi Al-Insyirah selalu penenang diri dikala dada aku kesempitan dan bahu aku terbeban. Mencari keredhaan Ilahi dan keberkataan dalam menuntut ilmu. Aku tak mahu masa lalu aku berulang kembali. Zaman perit yang penuh dengan dukacita dan kekecewaan atas kesilapan sendiri. 


Ya Allah, permudahkanlah aku untuk menelaah kimia.. Amin




- 1.31 AM, 227B, menumpang di katil orang.