Bertarung Dengan Diri Sendiri



Aku masih hidup di sini. Seperti zombi, aku rasa cacing memamah isi-isi aku ini. Semesta pendek memang pantas berlalu. Dua, tiga hari lagi, midterm muncul kembali. Kimia selalu buat aku tergadah. Seperti benci pada aku. Seperti tak rela untuk biarkan aku menelaahnya. 

Adakah masih timbul isu keberkatan? 

Dalam sujud aku, aku berdoa. Semoga guru-guru aku memaafkan aku, dan meredhai ilmu yang mereka berikan.. Mengeluh.. Dahulu aku selalu bertanya kepada diri sendiri, kenapa mesti perlu keberkatan seorang guru dalam menuntut ilmu ? Bukankah tanggungjawab mereka mencurah ilmu yang ada kepada kami sebagai pelajar? Suka atau tidak, itu masih kerja mereka. Mereka diberi gaji bulanan untuk berbakti kepada anak bangsa. Kenapa perlu ada isu redha dan tidak redha?

Terdiam..

Sekarang aku mengerti. Bila diri dimamah usia, pemikiran makin matang. Keberkataan dalam sesuatu perkara bukanlah sesuatu yang mudah. Seperti kita mentaati kepada ibu bapa kita, baru kita dapat keredhaan dari pada Ilahi. Baru kita terima keberkataan dalam perkara yang kita lakukan. Sukar untuk aku terangkan apa yang aku rasa sekarang.

Bagi kes menuntut ilmu, kita bukan sahaja menjaga hubungan kita dengan Allah. Kita patut menjaga hubungan kita dengan orang sekeliling kita. Baru dapat meraih keberkataan daripada Nya.

Sebagai contoh, aku yang dahulu - terlalu angkuh dengan kebijaksanaan sendiri, sehingga kadang lupa pada Sang Pencipta. Terlalu sombong dengan guru-guru ku sendiri sehingga keberkataan ilmu yang aku cari hilang. Dan bila terhantuk baru aku tersedar apa yang aku hilang. Seperti orang sasau aku mula mencari kesilapan aku sendiri untuk kembali.

-----------------------------------------------------------------------------------------


Sekarang aku di sini, bertarung separuh mati dengan kimia. Hampir putus asa tapi Al-Insyirah selalu penenang diri dikala dada aku kesempitan dan bahu aku terbeban. Mencari keredhaan Ilahi dan keberkataan dalam menuntut ilmu. Aku tak mahu masa lalu aku berulang kembali. Zaman perit yang penuh dengan dukacita dan kekecewaan atas kesilapan sendiri. 


Ya Allah, permudahkanlah aku untuk menelaah kimia.. Amin




- 1.31 AM, 227B, menumpang di katil orang.

Tiada ulasan: