Gua, Satay dan Phobia.


Gua - 4 Tahun


Hendak dijadikan cerita, malam itu ada satu jamuan kecil. Seorang budak perempuan yang masih hingusan, sedang seronok menaiki basikal. Dia tahu bapaknya pasti akan memarahinya jika sesuatu yang buruk berlaku, tapi dia mula sekadar buat acuh tak acuh akan hal itu.

Malam itu juga bapaknya sibuk. Sibuk membakar satay. Bondanya juga sibuk melayan tetamu yang hadir. Jadi, peluang keemasan itu tidak akan sekali-kali dia lepaskan. Sambil mengayuh basikal, secucuk satay di dalam gengaman eratnya. Disebabkan basikal itu basikal roda tiga, dengan bangganya dia mengayuh basikal sambil melepaskan sebelah tanggannya untuk makan satay tersebut.

Sedang menikmati satay tersebut, matanya sudah hilang fokus kepada arah tuju yang hendak dipergi. Tidak lama selepas itu, satu bunyi kuat kedengaran. 

Bangggggg!!

Basikalnya jatuh ke dalam longkang. Badannya rebah ke bumi. Sataynya sudah hilang dari gengaman. Air mata masih belum menitis, rasa perit dan sakit mula menular diseluruh badan.

Bapaknya bergegas menuju ke halaman depan, melihat anaknya tersungkur di atas pasir dan roda basikal depannya berada di dalam longkang. Dengan muka yang marah, dia menuju ke arah anak perempuan tunggalnya. Satu cubitan yang perit lagi memedihkan singgah di bahu kanak-kanak 4 tahun itu. Apalah dia mengerti agaknya ?

Tangisan mula kedengaran. Air mata mula mengalir laju. Sedang bersuka ria duka menjelma. Satay sudah hilang, basikal ditinggalkan, lantas dia berlari menaiki tangga menuju ke arah bondanya.






#4 Tahun, apa yang dia mengerti ? Satay always gives her such a hard time.





p/s: Nasib longkang tu kecil sahaja, kalau tak memang nahas gua malam tu. Di tambah lagi dengan suprise bapak pada aku.





Satayphobia to-be-continue.

Tiada ulasan: