Tak Mengapa, Aku Ada.


Petang,

Aku bimbang. Rakan sebilik makin berkurang. Daripada lapan orang tinggal tujuh orang. Kemudian kurang lagi seorang. Sunyi. Itu yang akan aku bakal rasa. Selepas berbulan-bulan kami bersama, bermacam-macam telah kami lalui. Gelak tawa bersama, makan minum bersama, buat lawak bodoh dan tidur bersama. Walaupun dalam hati, kadang ada rasa tak kena, tapi ukhwah kami masih kekal sehingga hari ini.

Tadi sore, seorang lagi bekas rakan sebilik semesta lepas aku datang. Katanya, semesta depan sudah tak dapat bersama, - tukar hostel. Tadi juga ada khabar dari rakan sebilik aku yang lain, yang dia tak dapat nak tukar course. Rasa simpati kepada dia, tapi tidak tahu harus bagaimana aku berikan reaksi padanya. Sebab aku tahu, aku tak pakar dalam bab ni. Tapi terselit juga gembira dalam hati, kerna tak perlu kehilangan seorang lagi rakan sebilik kerna sudah pasti dia juga akan berpindah hostel apabila bertukar course.

Friendship - satu perkataan bermakna buat aku. Antara yang paling aku treasure. Mungkin kedengaran agak bodoh, tapi jika diberi pilihan untuk memilih teman lelaki ataupun kawan-kawan, aku akan pilih kawan-kawan. Walaupun mereka tak selalu ada untuk aku, tapi aku akan selalu ada untuk mereka. Bila mereka gembira, sedih, mahupun sakit.


May our friendship long lasting until Jannah. Amin.


- 7:45PM, atas katil roommate yang satu kepala dengan aku.


Tiada ulasan: