Can You be Our Imam?


When it comes about solat, we always querrel to each other. Who's gonna be our imam for today's prayer? Well, here, in CFS we have a lot of students who came from religious high school. For sure, when it comes about solat, we'll choose them as our Imam. However, sometimes for an ordinary student like me, there will be a time where we need to be Imam during solat.

Then, it come this day where, there are only me and my senior in mussolla for Isyak.

"Junk, kau jadi imam malam ni, asyik akak je jadi imam. Nak jugak rasa orang lain jadi imam." - One of my senior said this to me.

"Akak, takkan saya kot. Kita tunggulah Ilah (bukannamasebenar) , tak nak lah saya jadi imam."

"Alah, asyik akak dengan Ilah je jadi imam, awak bila lagi? Masa ni lah nak cungkil bakat terpendam."

"Tak nak, tak nak. Cepat lah akak, jadi imam, saya qamat eh? Saya nak pergi makan pulak nanti lepas solat."

"Awak ni asyik makan je, petang tadi tak makan ke?"

I'm smiling and showing my pity face.

At the end of our conversation, Ilah and my roommates came for Isyak prayer. So at the end of the conversation, one of my roommates become the Imam that night.

So here, when it comes about who gonna be imam in solat, sometimes it become hard to decide as  sometimes we did tried to avoid from be a Imam. However we still perform our solat jemaah together because at the there will be a volunteer to be Imam. Hehe.

Well when it comes about Imam, my self-esteem become lower because there are a lot of students here who got such a melodious voice to be an Imam. I don't know what the other student think about it but I don't think that this is only on my imagination. But that is one of my reason, to not to be an Imam here, in CFS.

May I gain my self-esteem back. Amin.


12:16 AM ; In-the-making of the ibumie goreng. Lol.

Sadis, Bila Perempuan Menagis.


Aku tak nafi, perempuan ni hati lembut. Sebab aku sendiri pun perempuan. Tapi bagi aku, dalam banyak-banyak sebab perempuan menagis, lelaki ialah adalah salah satu punca yang paling tipikal. Mengeluh. Aku tak salahkan lelaki, cuma kadang kala, lelaki ni macam langit dengan bumi bila dibandingkan dengan perempuan.

Pernah satu ketika, alkisahnya, seorang perempuan yang tak dapat menerima kenyataan perpisahannya bersama bekas teman lelakinya. Berderai air mata hanya kerana seorang lelaki yang tidak berhati perut. Bagi aku, perempuan ni complicated. Ada masa, aku sendiri tak dapat mentafsirkan perasaan aku sendiri.

Aku pernah terbaca, lelaki ini mudah sahaja. Bila masuk prihal perasaan, yang mereka tahu cuma perasaan gembira, sedih dan kabur. Aku sendiri pun tidak faham dengan perangan tersebut. Apa itu perasaan kabur? Pelik.

Dan bagi aku perempuan yang menagis kerana takut kepada Allah lebih mulia dibadingkan menagis kerana cinta tak berbalas. Bukan perempaun sahaja, lelaki pun sama. Aku tak tuju dekat sesiapa. Alik-alik terkena di muka sendiri juga nanti.





p/s: Perempuan ni complicated sebab penuh dengan emosi.




- 11:43PM ; kawan aku pangil aku gila sebab menagis, senyum, gelak dan tawa, marah bila baca novel mahupun menonton movie/drama. Even sometimes I cried without any exactly reason.

Heart-breaking News

How I supposed to explain about my situation ? It is a heart breaking news for me. Well, I don't know how to describe my feeling right now. Am I alright or not. Upset or not. Whatever it is, I still need to accept it with open heart.

Do not ever and never cry over the past. Sigh. It's not like I don't put a lot of affords. Damn, I am trying the best, I put so much afford on this..  But that is all I got. I do reflect myself about my mistakes. I do asked forgiveness. I do forgive people. But still..

I'm not losing a hope.  I keep my faith on Him. Keep believe in Him. And even right now, I believe in Him. He put me in this situation to test me..

There is a time, when my world is getting worst than ever, somebody showed me into the light. The right thing.

I'm still hoping that the news is wasn't true, as it is not an official announcement yet.



- 4:33AM ; Even I fail for a hundred times, I won't give up till I'm succeed.

Hari Basah Kuyup

                                                                                                          -not my picture


Hari itu hujan lebat, gua tahu gua dah lewat ke sekolah. Gua tak pernah selewat itu. Memegang title "pelajar baik" lah katakan. Perli. Bonda mula bimbang, hujan lebat tak berhenti dari subuh tadi.

"Pergi sekolah dengan bapak kamu! Hari nak hujan ni." - Bonda

"Tak nak, motor kan ada, tak hujan punya. Redah jelah nanti." -Gua

Dan benar kata bonda, hari itu hujan lebat yang amat! Seharian hujan tak berhenti. Air di baruh, mula menutupi jalan.

Jam hampir 7.30 pagi. Lagi 15 minit lagi kelas hendak bermula. Hati gua berbolak balik lagi. Hujan tak berhenti-henti. Tak boleh jadi ni. Gua monolog sendiri. Gua cuim tangan bonda, kemudian terus ke LC135 merah kesayangan gua. Sambil lap tempat duduk dengan kain buruk, gua started motor, terus menuju ke jalan utama.

Hujan makin lebat bila gua keluar. Di sebabkan dah terlampau lewat, dalam otak gua cuma ada satu. Sampai sebelum kelas bermula. Tanpa gua sedar, gua terus memecut. Setiap kereta gua potong. Meter menunjukkan 90 km/h. Pedulikan sahaja- hati gua membentak. Bila hampir sampai di simpang empat, dalam 1 km dari sekolah gua, gua tukar line kanan. Sudah tak peduli akan kereta yang sibuk. Motor gua terus mencelah antara kereta-kereta di atas jalan raya yang basah.

Bandan gua sudah basah kuyup. Gua sudah tak ambil kira, Dengan berbaju hijau dan seluar hijau gua, semua sudah basah.. Alang-alang redah hujan biar sampai basah kuyup.- hati gua bermonolog lagi. Tika hampit sampai di trafik light, tiba-tiba kereta hadapan break mengejut. Motor gua masih laju memecut di antara kereta-kereta di atas jalan raya. Tanpa berfikir panjang, gua menarik picu break tangan. Tiba-tiba tayar belakang mula tak seimbang. Ke kira dan ke kanan. Hydorplaning! Mati lah aku.- Itu je yang aku ingat masa itu. Hati gua cuba tidak panik. Dalam kedudukan motor gua dihimpit dengan kereta, gua istifar panjang. Kalau memang nak berlaku kemalangan ni, memang tak dapat elak. Tak SPM lah gua jawabnya. - Monolog sendiri lagi. Gua cuba tenangkan diri. Dan akhirnya, gua dapat kawal kembali motor gua. Selamat sampai ke sekolah.

Bila sampai di kelas kawan gua tegur, " Weh JUNKS basah kuyup kau eh ? Seronok mandi hujan?" Aku terus duduk di meja rehat belakang, sambil keluarkan buku-buku. Manalah tahu takut basah. "Kau tahu, kau patut bersyukur dapat jumpa aku hari ini, kalau tak kau datang melawat aku dekat hospital lah nanti. Tak SPM lah aku..." Gua tersengih-sengih sambil melihat kawan gua.




- Around 7.50 AM, Tuesday in March or April 2011 ;- Cikgu belum masuk kelas lagi. Hahaha

Realiti Vs. Fantasi


Bila aku buka PSP, perkara pertama yang aku cari adalah Burnout Legends. Aku tahu sekarang semua tu dah lapuk. Tapi kala zaman aku di sekolah menengah, kami selalu beradu lumba kereta. Cuba hendak unlock semua level. Multiplayer dengan kawan-kawan lain. Kadang, sampai online pun pakai psp. 

Zaman Burnout Legends dah berlalu. Sekarang zaman tab, ipad, android, iphone etc.. Bila kenangkan balik, main burnout selalu buat aku rasa 'alive'. You knows what I mean right? Bawak kereta laju-laju, bila sampai dekat selekoh tajam, tekan boost nak naikkan speed, sekali dengan badan aku sekali bergerak konon nak selekoh. Itu zaman sekolah menengah. Bukan sekarang.

Kalau dahulu aku tak ada lesen kereta, nah sekarang aku ada. Nak kata driving setiap hari tak juga. Kala pulang cuti semester, boleh kira dengan jari berapa kali aku driving. Mungkin aku sedar, fantasi bawa kereta dalam psp cuma sekadar fantasi. Bila realiti, aku perlu fikir orang sekeliling aku. Especially penumpang dalam kereta aku. Sebab itu aku selesa bawak motor, tak perlu fikir keselamatan passenger. Bahayakan diri sendiri? Tak mengapa. Tapi bila masuk family, aku peduli.

Dan tadi siang, aku driving Kelantan-Terengganu. Di sebabkan ketinggian aku ni tak sesuai untuk sebuah kancil. Aku cepat penat. Turun jer dari kereta, satu badan sakit. Bila diingat balik, aku selalu buat lap dekat selekoh tajam. Pernah satu kali, hampir terbabas, dekat selekoh maut. Aku tahu itu selekoh maut, tapi kaki degil nak makin tekan pedal minyak. Nasib aku dapat kawal steering kereta dan tak panik, kalau tak memang dah masuk kubur dah sekarang. Kalau aku sorang tak apa, ni dengan bapak aku. Lepas tu kena perli dengan bapak aku. Nasib tak jadi arwah. Btw, jalan tu pernah meragut pasangan pengantin yang baru kahwin.

Kalau dalam Burnout, aku boleh tekan minyak, sampai accident beratus kali tak terkita entah. Tapi bila aku memandu dekat realiti aku teringat,yang aku cuma ada satu nyawa sahaja. Realiti tak ada button "Restart" or "New Game". Kalau dah ada, dah lama aku bawak secara berbahaya atas jalan raya uh.

Konklusi, safety comes first. Ini bukan burnout ni betul-betul punya.



p/s: Driving a car never satisfy me. How pathetic it is ?


- 3:16 ; Baju merah, bercermin mata nerd, earphone di telinga.

Semaster Break

I gonna waste my holiday with this!!

Published with Blogger-droid v2.0.9

Hari Akhir.

Hari ini, langit PJ menangis lagi. Kalau difikirkan balik, pagi tadi langit cerah. Sangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari. Macam aku dengan bapak. Bapak dapat 3.80 cgpa. Aku ? Tak tahu lagi. Agak tercabar. Tapi bukan aku tak berusaha. Usaha! Tapi, mungkin bukan reazki aku lagi. Kadang rasa marah, kenapa aku usaha tapi tak dapat apa yang aku impikan ? Namun, bila muhasabah diri sendiri balik, aku nampak silapnya. Tak mengapa, final baru ini aku dah cuba yang terbaik. Sekarang tinggal doa dan tawakal. Itu je yang aku ada sekarang.

Hari ni hari akhir aku di sini. Mengakhiri sisa-sisa semester ke dua. Dan dua minggu lagi aku akan kembali ke sini. Meneruskan pengajian aku. Mungkin hari aku tak selalu cerah. Tapi dalam mendung itu, masih aku dapat melihat dengan jelas perjalanan aku.


Harap, malam ini hujan berhenti. Kalau tidak lecun habis badan aku dek air hujan.

Semut dan Tahun Baru


Aku tak tahu apa masalah laptop aku hari ini. Semut kecil banyak gila. Manis sangat ke laptop aku sampai gula sebiji pun boleh tinggalkan ?

Orang kata minum air semut otak jadi lembab 40 hari. 
Tapi kalau pakai laptop bersemut, aku tikam semut tu sampai mati.
Habis laptop aku nak diteroka. 

Btw, Happy New Year.
2012 is past and 2013 is present.

New Year Resolution ? 
Nothing much. Just wake up early in the morning.

Cheers.



p/s: Unofficially nineteen.