Hari Akhir.

Hari ini, langit PJ menangis lagi. Kalau difikirkan balik, pagi tadi langit cerah. Sangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari. Macam aku dengan bapak. Bapak dapat 3.80 cgpa. Aku ? Tak tahu lagi. Agak tercabar. Tapi bukan aku tak berusaha. Usaha! Tapi, mungkin bukan reazki aku lagi. Kadang rasa marah, kenapa aku usaha tapi tak dapat apa yang aku impikan ? Namun, bila muhasabah diri sendiri balik, aku nampak silapnya. Tak mengapa, final baru ini aku dah cuba yang terbaik. Sekarang tinggal doa dan tawakal. Itu je yang aku ada sekarang.

Hari ni hari akhir aku di sini. Mengakhiri sisa-sisa semester ke dua. Dan dua minggu lagi aku akan kembali ke sini. Meneruskan pengajian aku. Mungkin hari aku tak selalu cerah. Tapi dalam mendung itu, masih aku dapat melihat dengan jelas perjalanan aku.


Harap, malam ini hujan berhenti. Kalau tidak lecun habis badan aku dek air hujan.

Tiada ulasan: