Hari Basah Kuyup

                                                                                                          -not my picture


Hari itu hujan lebat, gua tahu gua dah lewat ke sekolah. Gua tak pernah selewat itu. Memegang title "pelajar baik" lah katakan. Perli. Bonda mula bimbang, hujan lebat tak berhenti dari subuh tadi.

"Pergi sekolah dengan bapak kamu! Hari nak hujan ni." - Bonda

"Tak nak, motor kan ada, tak hujan punya. Redah jelah nanti." -Gua

Dan benar kata bonda, hari itu hujan lebat yang amat! Seharian hujan tak berhenti. Air di baruh, mula menutupi jalan.

Jam hampir 7.30 pagi. Lagi 15 minit lagi kelas hendak bermula. Hati gua berbolak balik lagi. Hujan tak berhenti-henti. Tak boleh jadi ni. Gua monolog sendiri. Gua cuim tangan bonda, kemudian terus ke LC135 merah kesayangan gua. Sambil lap tempat duduk dengan kain buruk, gua started motor, terus menuju ke jalan utama.

Hujan makin lebat bila gua keluar. Di sebabkan dah terlampau lewat, dalam otak gua cuma ada satu. Sampai sebelum kelas bermula. Tanpa gua sedar, gua terus memecut. Setiap kereta gua potong. Meter menunjukkan 90 km/h. Pedulikan sahaja- hati gua membentak. Bila hampir sampai di simpang empat, dalam 1 km dari sekolah gua, gua tukar line kanan. Sudah tak peduli akan kereta yang sibuk. Motor gua terus mencelah antara kereta-kereta di atas jalan raya yang basah.

Bandan gua sudah basah kuyup. Gua sudah tak ambil kira, Dengan berbaju hijau dan seluar hijau gua, semua sudah basah.. Alang-alang redah hujan biar sampai basah kuyup.- hati gua bermonolog lagi. Tika hampit sampai di trafik light, tiba-tiba kereta hadapan break mengejut. Motor gua masih laju memecut di antara kereta-kereta di atas jalan raya. Tanpa berfikir panjang, gua menarik picu break tangan. Tiba-tiba tayar belakang mula tak seimbang. Ke kira dan ke kanan. Hydorplaning! Mati lah aku.- Itu je yang aku ingat masa itu. Hati gua cuba tidak panik. Dalam kedudukan motor gua dihimpit dengan kereta, gua istifar panjang. Kalau memang nak berlaku kemalangan ni, memang tak dapat elak. Tak SPM lah gua jawabnya. - Monolog sendiri lagi. Gua cuba tenangkan diri. Dan akhirnya, gua dapat kawal kembali motor gua. Selamat sampai ke sekolah.

Bila sampai di kelas kawan gua tegur, " Weh JUNKS basah kuyup kau eh ? Seronok mandi hujan?" Aku terus duduk di meja rehat belakang, sambil keluarkan buku-buku. Manalah tahu takut basah. "Kau tahu, kau patut bersyukur dapat jumpa aku hari ini, kalau tak kau datang melawat aku dekat hospital lah nanti. Tak SPM lah aku..." Gua tersengih-sengih sambil melihat kawan gua.




- Around 7.50 AM, Tuesday in March or April 2011 ;- Cikgu belum masuk kelas lagi. Hahaha

Tiada ulasan: