Realiti Vs. Fantasi


Bila aku buka PSP, perkara pertama yang aku cari adalah Burnout Legends. Aku tahu sekarang semua tu dah lapuk. Tapi kala zaman aku di sekolah menengah, kami selalu beradu lumba kereta. Cuba hendak unlock semua level. Multiplayer dengan kawan-kawan lain. Kadang, sampai online pun pakai psp. 

Zaman Burnout Legends dah berlalu. Sekarang zaman tab, ipad, android, iphone etc.. Bila kenangkan balik, main burnout selalu buat aku rasa 'alive'. You knows what I mean right? Bawak kereta laju-laju, bila sampai dekat selekoh tajam, tekan boost nak naikkan speed, sekali dengan badan aku sekali bergerak konon nak selekoh. Itu zaman sekolah menengah. Bukan sekarang.

Kalau dahulu aku tak ada lesen kereta, nah sekarang aku ada. Nak kata driving setiap hari tak juga. Kala pulang cuti semester, boleh kira dengan jari berapa kali aku driving. Mungkin aku sedar, fantasi bawa kereta dalam psp cuma sekadar fantasi. Bila realiti, aku perlu fikir orang sekeliling aku. Especially penumpang dalam kereta aku. Sebab itu aku selesa bawak motor, tak perlu fikir keselamatan passenger. Bahayakan diri sendiri? Tak mengapa. Tapi bila masuk family, aku peduli.

Dan tadi siang, aku driving Kelantan-Terengganu. Di sebabkan ketinggian aku ni tak sesuai untuk sebuah kancil. Aku cepat penat. Turun jer dari kereta, satu badan sakit. Bila diingat balik, aku selalu buat lap dekat selekoh tajam. Pernah satu kali, hampir terbabas, dekat selekoh maut. Aku tahu itu selekoh maut, tapi kaki degil nak makin tekan pedal minyak. Nasib aku dapat kawal steering kereta dan tak panik, kalau tak memang dah masuk kubur dah sekarang. Kalau aku sorang tak apa, ni dengan bapak aku. Lepas tu kena perli dengan bapak aku. Nasib tak jadi arwah. Btw, jalan tu pernah meragut pasangan pengantin yang baru kahwin.

Kalau dalam Burnout, aku boleh tekan minyak, sampai accident beratus kali tak terkita entah. Tapi bila aku memandu dekat realiti aku teringat,yang aku cuma ada satu nyawa sahaja. Realiti tak ada button "Restart" or "New Game". Kalau dah ada, dah lama aku bawak secara berbahaya atas jalan raya uh.

Konklusi, safety comes first. Ini bukan burnout ni betul-betul punya.



p/s: Driving a car never satisfy me. How pathetic it is ?


- 3:16 ; Baju merah, bercermin mata nerd, earphone di telinga.

Tiada ulasan: