Kahwin

Sembilan belas tahun. Terlalu mentah bagi aku untuk memasuki alam perkahwinan. Dan aku tahu, bonda pasti tidak bersetuju jika aku menyatakan hasrat untuk berkahwin awal. Sebenarnya, sampai sekarang pun tidak terdetik untuk aku, berkahwin diumur sebegini.

Hati aku agak hiba. Bila, sepupu aka kawan baik aka counselor yang aku ibaratkan dah macam kakak aku sendiri hendak berkahwin di bulan March ini. Tapi, perkara yang paling mengecewakan aku ialah bila, aku tak dapat menghadirkan diri di majlis perkahwinan tersebut.

Jangan di tanya mengapa, biar aku bercerita.

23hb & 24hb March -Midterm Examination.

Dan sudah pasti aku tidak dapat ponteng diwaktu tersebut semata-mata untuk menghadiri majlis perkahwinan dia. Tambahan lagi, abah sudah warning aku,

 "Jangan balik, utamakan exam dulu!"

Aku tahu, bila dia sudah berkahwin nanti, dia sudah menjadi milik orang lain. Sudah tentu tidak serupa seperti dahulu,

 "SUAMI DIDAHULUKAN, PERSAHABATAN DIKEMUDIANKAN".

It sound very pathetic, but that is the truth, yet even when I'm getting married I need to give my priority to my husband. Perkara yang sama tetap akan berlaku pada aku nanti, tapi bukan sekarang..

Aku tak sedia untuk ditinggalkan. Even I was being trained to survive-for-being-alone, tapi aku dah tak mahu keseorangan. Dah bertahun-tahun aku berjaya survived. Jatuh dan bangun sendiri. Tapi bila ada yang seseorang dibelakang aku, aku rasa lebih kuat. Aku takut kehilangan, dan aku tahu kehilangan ialah sesuatu yang perit.

Aku redha. Ya, kawan aku beribu tapi bukan semua sahabat aku.

Ugly Truth - Ramai yang memalingkan muka bila aku jatuh dan hanya sebilangan dari mereka yang setia di sisi aku. Yang lain, hanya mendegar tapi memalingkan muka bila aku mohon dibantu walaupun tidak dinyatakan hasrat itu. Bila aku jatuh ramai yang lari. Tak, aku bukan mengungkit, cuma aku ingin tekankan yang Sahabat ini sukar bagi aku untuk dicari ganti. Aku dah kenal banyak ragam manusia, yang jenis tikam belakang, musuh dalam selimut, etc. Walau seburuk manapun aku, mereka tetap terima aku, menasihati aku dan cuba memahami situasi aku. Terima kasih sahabat.

Akhir kata,
Buat sepupuku, selamat melangkah ke alam perkahwinan. Mungkin terlalu awal untuk diucapkan tapi aku tahu aku tak dapat berada di sisi mu pada waktu kau menjadi raja sehari. I'm not gonna be in our family picture on the day you get married. I'm soo sorry.




- 00:05 ; Burst in tears. Ily kunor hidayah. Ukhwah fillah abadan abada.

Tiada ulasan: