Otai,

Sejak aku berubah, banyak perkara sekeliling aku pun berubah. Sebagai contoh, aku tak jadi hardcore blogger macam dulu dah, bahasa blog aku pun dah tak ada sumpah seranah yang entah apa-apa itu. Uncertainly, kadang aku sendiri tak sedar apa berlaku dekat blog ni. Terbiar macam sesawang labah-labah.

Luaran aku pun dah tak otai atau rugged macam dulu. Like seriously, aku MATANG! LOL. Matang. Itu yang aku nak tekankan. Tapi bila cakap dekat diri aku sendiri yang "Aku dah matang." selalu je senyum sendiri. Mungkin sebab tak ada orang nak cakap aku matang, so aku puji diri aku sendiri.

Lagu hardcore atau rock kapak omputih pun aku dah tak dengar sangat. Dengar tapi jarang. Perubahan diri aku sendiri pun menyebabkan blog aku berubah secara tak langsung. Cara penyampaian itu sendiri sudah menunjukkan kelainan.Cara percakapan pun dah tak kasar macam dulu, dulu cakap ikut sedap mulut tapi sekarang cakap bertapis dahulu.

Teman lelaki ? - Tak ada dalam list hidup aku sekarang. Tak berminat.
Kawan lelaki? - Aku tak ada kawan lelaki sejak aku masuk sini. Semua classmate lelaki aku dekat sini aku banned awal-awal. Tak berminat nak buat kawan. They're so helpless. Cukuplah kawan-kawan lelaki aku masa sekolah menengah. Yang kenal perangai otai dan gila aku. Yang tu pun dah cukup. Aku tak nak tambah dah kawan lelaki yang lain.

Apa lagi yang aku berubah ? Hurm, banyak. Tapi tak perlu mention semua. Malas nak ungkap cerita lama.






13:2 - Heart Attack, - But you make me wanna act like a girl

Tiada ulasan: